‘Kadang Orang Tak Suka Tengok Orang Lain Bahagia’ Baca Doa Ini Jadikan Pelindung

Share

Bukan semua, tapi segelintir memang ada perasaan kurang senang lihat kebahagiaan orang lain. Terutama dalam perniagaan. Peniaga kongsikan doa ini yang boleh diamalkan untuk jadi pelindung.

Malah, peniaga yang pernah diuji dengan sakit ’sihir’ ini mulai sembuh dengan doa yang diamalkan setiap hari. Dan kongsikan kisahnya oleh Saiful Bahari II.

Berniaga Hati Kena Ikhlas, Jangan Ada Iri

Sebak dada saya bila dengar cerita dari customer saya.

Masa tu dia tanya saya,
Lama berniaga dah?”
Baru lagi pakcik, masih cari pengalaman” kata saya padanya.
Baguslah. Berniaga hati kena ikhlas, hati tu jangan ada rasa iri hati, sakit hati dengan orang lain. Lagi-lagi kalau dia berniaga sama bidang.”

Baik pakcik, terima kasih atas nasihatnya. Doakan saya pakcik.” Masa tu pakcik tu buka cerita

Masa pakcik baya kamu, pakcik niaga kedai makan. Alhamdulilah memang laku.”
Wah! yeke pakcik, habis sekarang masih ada lagi kedai tu?”
Lama dah tutup, pakcik sempat niaga 3 tahun je. Lepas tu tutup terus. Sebab pakcik sakit.”
Allah, pakcik sakit apa?”

Ulang Alik Hospital Tetap Sakit, Orang Kata Kena Buatan

Pakcik pun tak tahulah masa tu, ulang alik hospital pun tak baik-baik. Orang kata kena buat orang. Pakcik diam je lah. Buat juga rawatan islam semua.. tapi keadaan pakcik sama juga.”

Saya hanya diam saja.. lihat raut wajah pakcik tu mengenang nampak dalam kesedihan.
Seketika kemudian, pakcik tu sambung

Pakcik bukanlah nak tuduh ada orang buat pakcik, itu semua Allah je yang tahu. Cuma masa pakcik sakit, jiran niaga pakcik pernah datang. Dia kata puas hati tengok pakcik tak dapat berniaga. Gara gara kedai pakcik, kedai dia tak laku.”

Tepuk dahi saya.
Allah. Sanggup dia kata macam tu.

Habis tu pakcik tak sound je balik?” Emo pulak saya masa tu. Serius geram gila rasa.
Taklah, cuma pakcik syukurlah asbab dia datang ke pakcik kata begitu, pakcik dah temukan penawarnya

.”

Jiran Niaga Mengaku, Puas Hati Tengok Kawan Tak Meniaga

Oh dia sihir pakciklah ye?”
Allahuallam, tapi apa pakcik tahu. Ada orang sakit hati dengan kebahagian pakcik. Jadi mula dari situ tiap tiap hari pakcik akan doakan untuk dia.”

Sentap saya. Betapa powernya hati pakcik nie. Dia tahu kot orang tu buat dia, tapi dia siap doakan.

Jadi saya cubalah mencungkil sikit apa doa yang pakcik tu doakan, kot dia doakan orang tu kena gigit kerangga tiap malam ke, makan tak rasa kenyang ke, Yelah, doa orang teraniaya kan di makbulkan.

Jadi pakcik tu bagitaulah doa dia apa,
Mengalir air mata saya.

Doa Ini Pelindung Diri Ketika Diuji Sakit Misteri

Ya Allah, bertapa mulianya hati pakcik nie. Besar sungguh jiwanya.
Doanya tidak ada sedikit pun untuk “menyakiti” pembuatnya malah doanya adalah sangat baik.

Inilah doanya,
Ya Allah, jika ada orang tidak suka melihat aku bahagia, maka kurniakanlah dia kebahagian yang mampu dia lupakan kebahagian aku.”

Sejak dari itu, sedikit demi sedikit kesihatan pakcik nie makin pulih. MasyaAllah.

Pakcik nie kata amalkan saja doa ini tiap tiap hari, mana tahu tanpa kita sedar ada orang tidak senang dengan kebahagian kita atau apa yang kita ada, bolehlah ia jadi sebagai pelindung.
Allah.

Sesungguhnya saya bersyukur kerana berjumpa dengan pelanggan yang berjiwa besar seperti pakcik nie.

Banyak benda kita boleh belajar dan amalkan.
Alhamdulilah.

Magisnya kuasa doa, tukar cara kita berdoa ikut 6 formula ini mampu ubah kehidupan lebih baik.

Mingguan Wanita : Kadangkala bertepuk tampar bagaikan teman, tapi jauh di sudut hati penuh iri dan dengki. Mohon Allah lindungi kita semua.

Sumber/Foto : Saiful Bahari II

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer