turunkan berat

Siapa kata wanita dah berisi tak boleh nak turunkan berat dalam masa tertentu? Walau hasilnya agak lambat tetapi akhirnya jarum penimbang menunjukkan hasil yang cukup memuaskan!

Ini dibuktikan oleh Puan Noraini Ismail, merupakan seorang guru yang mana dia mampu kuruskan badannya sedikit demi sedikit dengan beberapa cara yang sihat.

 

Ya, masa tahun 2012 tuan punya badan tak tak sedar langsung, bajet comel tambah suaminya pun tak penah tegur. Namun masuk tahun 2016, baru dia sedar itu pun sebab dia start sakit kaki dan dengar orang cakap “Nani kuat makan…”

Haaa… hakak-hakak kat luar nak tahu apa rahsianya sampai boleh hilangkan berat sebanyak 13.1kg?

Nah, godek tip ini dan sila paksa diri untuk amal kalau ada yang niat nak buang lemak sebelum raya.

BAGAIMANA TURUNKAN BERAT BADAN (72kg – 58.9kg)?

1. Bayangkan macam siapa kita nak kurus dan cantik.

IKLAN

2. Letakkan target nak turun berapa kg dalam masa berapa bulan.
– Contohnya bulan ni mesti turun 500g, bulan depan mesti total weight lost dah 1kg dan sekian-sekian.
– Sila rekodkan perubahan berat badan untuk rujukan diri sendiri.

3. Tak makan selepas pukul 7 malam.

4. Jangan skip sarapan pagi.

5. Elak minuman berkarbonat dan minuman manis.
– Coca Cola, Pepsi, Milo, Ribena dan lain-lain.

6. Senaman.
– Antaranya Bipasha Basu.
– Main badminton dan lari-lari anak tangga kat rumah.
– Senaman lain yang berkaitan seperti mengemas rumah.

IKLAN

7. Makan nasi dalam kuantiti yang sedikit.
– Lebihkan sayur.
– Kalau lapar, minum air masak (air putih) dulu. Lepas tu baru makan nasi.

8. Amalkan minum Green Tea, Apple Cider dan Chia Seed.
– Minum teh hijau dan apple cider 2 kali sehari, pagi dan malam.
– 1 cawan green tea.
– 1 cawan air sejuk campur dengan 1 sudu kecil apple cider.

9. Tak makan makanan berasaskan tepung dan mee.

10. Minum air masak 3 1/2 liter sehari.

IKLAN

11. Tak makan supplement.

12. Sokongan.
– Terutamanya dari orang yang dalam satu rumah.
– Sila elakkan diri dari join sembang dengan orang yang tengah makan kerana dikhuatiri akan terliur dan tergoda. Hihi.

13. Ganjaran.
– Ada ganjaran hebat dari suami kalau dapat turunkan berat badan. Jadi ganjaran buat diri lebih bersemangat.

*Kadang-kadang ada juga masa cheat day, sebab tu tempoh nak kuruskan badan agak lama (Oktober 2016 – Jun 2017).

*Uncang teh hijau lepas dah rendam, jangan buang. Masukkan dalam peti ais. Sebelum tidur letak kat mata. Boleh hilangkan hitam bawah mata.

Sekian.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI