Kad Pengenalan Kucing Kesayangan, Penting Untuk Mengesan Hak Pemilik Yang Sah

Share

Sebaik mencecah usia 12 tahun, anak-anak perlu mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan menandakan kita sebagai penduduk tetap warganegara Malaysia. Di situlah, ia menyimpan segala maklumat diri dan secara tak langsung membantu memudahkan segala urusan.

Jangan tak tahu, buka nhanya kita sebagai warganegara yang kena ada kad pengenalan. Tapi, bagi anda pencinta kucing, ia boleh dilakukan pada kucing kesayangan anda. Ini kerana ia turut menyimpan segala maklumat tentang kucing tersebut dan istimewanya, jika berlaku sebarang kehilangan, ia masih mampu untuk mengesannya.

Ini antara perkongsian daripada Nazrin Nasir tentang perkara ini.

Baca Artikel menarik Lain Di Sini: Cara Buat Makanan Kucing ‘Home Made’. Senang Dan Boleh Berjimat Lagi

Air Rebusan RUMPUT PENDUL, Berkesan Rawat KUCING Sakit Parvo, Selsema Atau Demam

Info Lebih Menarik DI SINI

Kad Pengenalan Eva (Kucing Kesayangan)

Eva dah ada kad pengenalan.

Alhamdulillah. Saya nak kongsi kepada pencinta kucing di Malaysia..

Kalau orang yang tak suka haiwan akan cakap benda ni menyusahkan saja, Tapi bagi seorang pencinta kucing saya sanggup buat apa untuk Eva.

Nak dijadikan cerita tentang apa yang terlintas untuk membuat kad pengenalan Eva. Cerita dia sebab saya buat kad pengenalan si Nufa dan masa itu terpikir nak buat kad pengenalan untuk Eva.

Google punya google, saya terjumpa la satu post ni macam mana cara nak buat kad pengenalan untuk haiwan..

Caranya mudah sangat. Set temu janji dengan jabatan veterinar. Saya hanya telefon sahaja, nanti pihak sana akan berikan tarikh. Saya hanya pergi ke Jabatan Veterinar Hulu Langat.

Apabila sampai di sana, isi butiran Eva dan doktor akan panggil untuk cucuk microcip. Seperti cucuk vaksin saja prosesnya.

Lepas ini, Eva nak travel satu dunia pun dah boleh, yang penting bila kucing anda hilang dan jumpa balik, Jabatan veterinar boleh scan sama ada betul ke kucing tu kita punya.

Jadi, sekarang, Eva jadi warganegara Malaysia.

 

 

 

 

 

 

#kadpengenalanhaiwan

#evalavida

#pencintakucing

Sumber: Nazrin Nasir

 

Pet Passport Untuk Haiwan Kesayangan

Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, lebih 20,000 pendaftaran pasport atau Kad Pengenalan Haiwan diterima Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Pet Passport atau Kad Pengenalan Haiwan ini merupakan dokumen rasmi Kerajaan Malaysia yang hanya dikeluarkan setelah haiwan kesayangan didaftarkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Veterinawan Bertauliah berdaftar.

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah, Pet Passport menjadi satu kemestian sekiranya mereka ingin membawa masuk atau keluar haiwan kesayangan mereka dari sesebuah negara.

Kenapa Perlukan Pet Passport?

  1. Maklumat penting kesihatan haiwan kesayangan berada dalam satu dokumen sahaja.
  2. Mudah mengesan haiwan kesayangan anda jika hilang.
  3. Pengesahan pemilik haiwan kesayangan melalui cip mikro yang di tanam di bawah kulit haiwan.
  4. Mudah untuk mengesan kesihatan dan rekod imunisasi haiwan kesayangan anda ketika di sempadan negara.
  5. Senang untuk mengawal penyakit sekiranya berlaku wabak.

 

 

Jenis Haiwan Yang Boleh Didaftarkan

Semua jenis haiwan boleh didaftarkan. Walau bagaimanapun, buat masa ini jabatan hanya memfokuskan pendaftaran kucing, anjing, arnab dan kuda.

 

Sumber: Malaysia 3C – Complaints, Comments & Compliments

MW: Nanti bolehlah daftarkan kucing atau haiwan kesayangan ye. Paling penting, kalau hilang boleh kesan ia di mana.

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora