KACANG GORENG Bawang Putih Sedap Rangup Berlemak, Rebus Sekejap Dengan Santan!

Share

Ada caranya supaya kacang goreng bawang putih yang kita buat sendiri rasanya sedap, rangup berlemak. Rupanya kena rebus sekejap dengan santan. Kacang bawang putih ini sedap dijadikan kudapan ketika tengok tv, berkelah tepi pantai dan sebagainya. Lebih jimat,berbaloi dan puas hati bila kita buat sendiri di rumah. Malah terjamin kebersihannya serta tanpa bahan pengawet. Paling menarik, ikut resipi ni, kali pertama cuba buat pun dah menjadi.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norazila Jowail ini.

Pertama kali goreng, Alhamdulillah menjadi rangup lemak.

Bahan-Bahan:

Kacang besar (saya guna Kacang Shandong)
2 cawan Santan pekat
3 cawan Air (agak-agak terendam kacang tu)
5 ulas bawang bawang putih
Setengah sudu Garam

  • Kacang Shandong murah boleh beli Di sini:

Cara Membuat:

1. Basuh kacang toskan.

2. Kemudian rebus dengan bahan di atas sampai mendidih, kira-kira dalam 20 minit lebih kurang, bagi lemak. Saya ikut cara orang Indonesia buat.

3. Angkat toskan biar air santan kering.
4. Kemudian, goreng hirisan bawang putih dan masukkan juga daun kari. Jangan goreng kacang lama sangat agak kekuningan bawang putih dah garing, boleh angkat.Kacau dalam 10 minit, boleh angkat.

Siap, Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Begini Caranya KACANG HIJAU Cepat Kembang, Tak Payah Rendam Berjam-Jam Rebus Lama-Lama
Artikel Menarik:KACANG KUDA Rendam Semalaman Sebelum Rebus, Tumis Cili & Daun Kari SANGAT SEDAP!
Lagi Di sini:Begini Caranya Nak Buat Kacang Bawang Putih Sedap, Kena Rebus & Perap Semalaman Dulu Barulah Digoreng!

Mingguan Wanita: Macam ni rupanya nak buat kacang bawang putih yang sedap, rangup berlemak. Kena rebus dengan santan sekejap. Boleh cuba nanti.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab