Kunyit memang terbukti mempunyai banyak khasiat, lebih-lebih lagi bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Malah amalan minum Jus Kunyit pula sangat elok diamalkan ketika dalam tempoh berpantang untuk kembalikan kecergasan dan pulihkan tenaga dalaman. Cara nak buat pun mudah hanya perlu kisar halus dengan air masak, ditapis dan boleh terus diminum. Malah diminum dengan lebih pekat lebih bagus.
Remedi turun temurun keluarga saya untuk sihat dan cantik. Dalam rumah memang sentiasa ada kunyit. Luka je letak kunyit, kesan parut letak kunyit, jerawat letak kunyit. Lepas bersalin minum jus kunyit. Resepi senang je budak kecik pun boleh buat.
Kunyit hidup basuh bersih-bersih blend dengan air masak lepas tapis boleh terus minum. Lagi pekat lagi bagus. Anggaran kunyit ni mungkin hampir setengah kilo atau 400gram.
Botol. Redbull kosong saya isi air kunyit. Tak bagi tau suami biar dia terminum dan terkencing hahaha
Letak dalam peti sejuk nak minum panas kan dalam microwave sekali minum je.
Dalam pantang minum sehari 2 kali. Tak dalam pantang sehari sekali dan minum sekali sekala. AWAS JANGAN MINUM SELALU JIKA BUKAN DALAM PANTANG.
Jangan risau tak akan buat kita cepat monopos. Sebab bukan minum sekali 1 kilo kunyit. 1 kilo kunyit minum dekat sebulan kot.
Monopos ikut keturunan dan juga pemakanan harian kita jangan salah kan kunyit. Betul kan kalau saya salah. Sebab mak saya dah tua pun period elok je. Mak saya dalam pantang lagi ganas minum dalam 4, 5 kilo kot.
Anggaran sekali minum tak sampai setengah cawan.
Baca Lagi Di Sini :
Begini Cara Biakkan Pokok Kunyit, Hasilkan Isi Yang Lebat
Guna Serbuk Kunyit Untuk Halau Serangga, Elak Dahan Tanaman Rosak, Mudah Dan Murah
Resipi Air Jamu Asam Kunyit, Banyak Khasiat Senang Nak Buat!
Mingguan Wanita : Kunyit memang banyak khasiatnya. Mak-mak boleh jadikan amalan minum Jus Kunyit ini untuk kekal sihat dan cantik.
Sumber: May Vo Dyakonov
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita