Ini salah satu rahsia buat mak-mak yang dah lama niat nak turunkan berat badan dan buang angin alam badan, amalkan minum jus halia bermadu.
Menurut Puan Fandy Mieyza, dia biasanya buat stok banyak-banyak dan amal minum setiap pagi dan sebelum nak tidur. Katanya lagi, jus ini cukup bagus sebab boleh keluarkan angin di dalam badan, rendahkan paras kolesterol, turunkan berat badan dan lain-lain lagi.
Haa… mak-mak bolehlah cuba, bahan-bahan pun senang je.
Bahan:
3 biji lemon
6 inci halia
3 cawan air
3 cawan madu
Cara Buat Jus Halia:
Potong lemon dan halia.
Rebus dalam periuk + 3 cwn air (750 ml).
Rebus hingga air tinggal separuh.
Sejukkn, lepas itu blender dan campur.
3 cawan madu (lebih kurang 250ml).
Masuk botol, terus simpan dalam peti sejuk.
Cara Minum:
Minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur.
Yang saya buat ni untuk 2 minggu je, simpan dalam peti sejuk.
Kalau nak manis, tambah madu lagi dan ikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI