Jus Epal Hijau, Bayam Hijau Dan Teh Hijau Detoks Singkir Toksin

Share

Jus elok diambil sekiranya kita malas hendak makan buah-buahan dalam kuantiti yang diperlukan dalam satu hari. Ia membantu kita mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh badan untuk tampil sihat.

Apabila tubuh sihat, secara tak langsung ia akan menyerlahkan lagi kecantikan luaran seseorang. Sebab itulah kita sering kali dengar, kecantikan dalaman yang menyerlahkan kecantikan kita dari segi luaran.

Sebab itu, bila seseorang yang tidak sihat, akan terlihat dari fizikalnya yang kurang bermaya, muka pucat dan tak berseri. Maka, sangat penting untuk menjaga kesihatan diri agar terhindar daripada segala penyakit berbahaya. Cantik pula bonus ye!

Jus Dalam Diet Harian

Untuk tampil sihat, antaranya mengamalkan diet yang sihat. Selain itu, pengambilan minuman kesihatan yang diolah dengan buah-buahan juga sangat bagus untuk diamalkan. Selain khasiat yang terkandung di dalamnya, minuman ini juga dipercayai dapat membantu mengeluarkan toksin yang tak diperlukan dalam badan.

Ada banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh dijadikan jus detoks. Bahkan gabungan yang kena dapat menjadikannya lebih berkhasiat dan lebih sedap dinikmati.

Boleh Cuba Jus Detoks Ini Ye!

JUS EPAL HIJAU DAN BAYAM HIJAU

Bahan-bahan:

1 genggam bayam hijau – bersihkan
1 biji epal hijau – potong
Air secukupnya

Cara Membuat:

  1. Kisar bayam, epal hijau dan air secukupnya hingga lumat.
  2. Tuang ke dalam gelas.
  3. Seeloknya diminum terus tanpa perlu ditapis seratnya.

TEH DAN LIMAU NIPIS


Bahan-bahan:

3 sudu besar serbuk teh Cina
2 biji limau nipis
Sedikit air

Cara Membuat:

  1. Rendam serbuk teh di dalam air panas. Tapis.
  2. Campurkan dengan air perahan limau nipis.
  3. Amalkan minum dua kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

https://www.mingguanwanita.my/cara-mudah-miliki-kulit-wajah-cantik-dan-mulus-guna-pisang/

 

Published by
Nurul Azwa Abu Bakar