
Benda paling seksa bila alami masalah sembelit ini. Rasa nak buat apa pun serba tak kena. Mulalah perut rasa sebu, kembung.. haish macam-macamlah.
Jadi sebelum seksa sembelit tu melarat, boleh cuba petua minum jus elak seksa sembelit yang dikongsikan Liza Salleh ini.
“Menanggung seksa sembelit? Dah lama tak membuang? Meh nak bagi tip/resepi di abad ini untuk melegakan sembelit.”
“Saya memang amalkan dulu. Dan wow, esok atau petang tu terus lancor membuang.”
“Untuk anak-anak pun sesuai buat ini jika ada masalah sembelit. Senang, bagus dan lazat. Nyum nyum gitu. Yang ada masalah sembelit boleh try.”
“Minum di waktu pagi tau. InsyaAllah melegakan sembelit.”
Resepi Jus Elak Seksa Sembelit
Bahan-bahan
- 7 biji Anggur hijau
- 7 biji Prune
- Susu 1 cawan
- Air secawan

- Masukkan kesemua bahan, kisar hingga halus.
- Sedia untuk diminum. Untuk anak 2 tahun sebaiknya ditapis.
Selamat mencuba! Mudah sajakan nak buat jus yang boleh redakan masalah sembelit ini.
Sumber/Foto : Liza Salleh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Abah Selalu Minta Buatkan Daging Ini, Jangan Tanya Sukatan Style Saya Main Agak-agak Je

Tertarik sungguh dengan perkongsian resepi Puan Nurlia Mohd Nor ini. Tak menggunakan bahan yang rumit, cara memasak daging ini pun mudah saja. Katanya, “abah selalu minta saya buatkan daging ini. Saya tak pasti nama apa.’
“Sebab warna seakan merah, saya panggil daging masak merah je. Resepi ini saya belajar dengan mak. Makan dengan nasi sangatlah sedap. Nak pula gu dia ikan goreng. Makan dengan roti, roti canai, lempeng, pulut, lemang pun mabeles!”
“Resepi saya jangan risau, simple je sebab saya bukanlah rajin sangat pun untuk menu yang rumit. Siapa nak share dipersilakan, Saya izinkan. Semoga bermanfaat.”
Cara Masak Daging Merah Style Nurlia








Sumber/Foto : Facebook Nurlia Mohd Nor
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shopping Raya, Buat Senarai Supaya Tak Terlebih Belanja!

Alhamdullilah dah hampir dua minggu berpuasa, kehangatan nak raya semakin dirasai. Rata-rata umat Islam sedang sibuk buat persiapan raya. Walaupun sedang asyik membuat persiapan raya jangan pula lupa untuk terus menggandakan ibadat dalam bulan yang mulia ni. Tambah-tambah pada 10 malam terakhir nanti. Moga kita diberi peluang untuk bertemu Malam Seribu Malam iaitu Malam Lailatul Qadar. InsyaAllah Amin.
Saya seperti juga umat Islam yang lain teruja nak menyambut Syawal yang bakal tiba. Saya memang dah buat senarai awal-awal apa yang nak dibeli supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu dan tidak membeli secara berlebihan.
Hari minggu baru-baru kebetulan gaji pun dah masuk, Saya dan kakak sepupu serta keluarganya sempat berkunjung ke salah satu pusat membeli belah yang sering menjadi tumpuan warga kota terutamanya ketika musim perayaan. Hajat dihati nak keluar awal sebelum pasaraya berkenaan dibuka, tapi bila dah terlelap selepas sahur dan solat Subuh tak dapek la nak nolongnya.
kalau ikutkan saya, dah tengah hari menjelang ke petang saya malas dah nak pergi, mengenangkan orang ramai dan jalan jem, tapi kami ambil keputusan untuk menaiki LRT sahaja. Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, orang memang sesak tapi masih terkawal. Sampai di sana kami berpecah dan mencari apa yang masing-masing hajatkan. Barang kat pasar raya biasalah ada yang murah dan ada yang mahal. paling penting pandai pilih dan ikut citarasa masing-masing. Soal harga ikut kemampuan, kalau ada bajet lebih apa salahnya berbelanja lebih sikit untuk raya.
Selesai dapatkan apa yang dihajati, sedar tak sedar dah hampir jam 6 petang. Punyalah kusyuk memilih sampai tak sedar hari dah petang. Alhamdullilah semua dah lengkap, tunggu nak raya sahaja. Bagi yang belum Shopping raya, selamat bershopping untuk semua. Ini antara tip saya bila tiba masa nak shopping raya:
1. Pergi awal ke destinasi pilihan untuk membeli persiapan raya supaya tidak terlalu bersesak dengan orang ramai. Orang lain baru nak sampai mungkin kita dah siap shopping. Lebih selesa dan kurang sesak.
2. Buat senarai apa yang hendak dibeli supaya tidak terjadi pembelian tanpa dirancang. Memang perkara biasa kalau beli benda yang tak dirancang, tapi dengan adanya senarai, kita lebih fokus untuk mendapatkan apa yang telah disenarai daripada membeli benda lain yang tiada dalam senarai.

3. Beli ikut bajet yang telah ditetapkan supaya tak over spend. Bukan apa persiapan untuk tunggu gaji bulan depan yang mungkin memakan masa yang lama. Bagi yang dapat bonus atau ada pendapatan lain oklah tapi bagi yang tak dapat bonus sebaiknya berbelanja mengikut kemampuan sahaja.
4. Beli barang yang praktikal. Selalunya baju raya yang dibeli hanya dipakai sekali kemudian tersimpan rapi dalam almari. Sebaiknya kelengkapan raya seperti baju raya dan lain-lain yang boleh anda pakai juga pada hari biasa. Barulah berbaloi beli walaupun agak mahal.
5.Kalau destinasi yang dituju itu mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti LRT sebaiknya gunakan sahaja pengangkutan tersebut. Tak sangkut jem dan lebih jimat kalau anda hanya berdua atau bertiga.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Sejukkan Badan Guna ‘Cold Towel’, Elak Rasa Bahang Panas, Anak Pun Selesa

Sejukkan badan. Dalam keadaan cuaca yang tak menentu cukup membimbangkan terutamanya pada anak-anak. Boleh dikatakan waktu malam pun boleh berpeluh dengan haba panas ni.
Sementelah bila memikirkan anak-anak ke sekolah dengan cuaca panas. Bukan itu saja, pakej dengan anak tak sihat lagi. Risau pula mak-mak.
Kalau setakat minum air saja tidak membantu untuk sejukkan badan. Bahagian luar badan yang terkena cahaya matahari buat kita rasa perit.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Manfaat Simpan Air Dalam LABU SAYONG, Sejukkan Ruang Dalam Rumah!
Puas Hati Buat Sendiri Air LAI CHI KANG, Hilangkan Dahaga Sejukkan Badan!
Sejukkan badan Dengan Cold Towel
Perkongsian daripada Zeeda Aziz ini boleh membantu mak-mak untuk sejukkan badan anak-anak terutamanya bila ke sekolah. Bukan setakat bagi anak selesa tapi elak rasa letih.
Hari ini saya nak kongsikan apa yang saya sediakan untuk membantu memberi keselesaan kepada anak-anak yang keletihan, dek panas haba sewaktu mereka balik dari sekolah.
Ini adalah Cold Towel/Tuala Sejuk.
Barang yang saya gunakan untuk siapkan tuala sejuk ialah:
• Suction bag/beg sedut (plastik biasa ikat getah atau ziplock bag pun boleh je)
• Cooler box
• Tuala muka
• EO Tea Tree/Peppermint (optional)
Cara penyediaan:
• Isikan air ke dalam suction bag/plastik/ziplock dan bekukan semalaman
• basahkan tuala, perah dan letakkan di dalam cooler box
• letakkan pek ais beku dan sedikit air (suhu peti sejuk) ke dalam cooler box
• Titiskan EO untuk bau yang menyegarkan (optional)
Sebelum ini, anak2 masuk je ke dalam kereta, mulut bising suruh kuatkan aircond. Sekarang bila dah ada cold towel ni, diorg santai-santai je sejukkan diri.
Mood masing-masing pun tenang je sebab tak rasa dah bahang panas tu.
.

Bukan sahaja anak-anak, untuk suami yang kerja luar, bolehlah isteri sediakan cold towel ni juga.
Terfikir juga, kalau cikgu sediakan cold towel ni dalam kelas, membantu juga kan? Anak-anak yang merungut panas, boleh ambil tuala dari cooler box untuk menyejukkan diri.
Mingguan Wanita : Idea yang baik untuk anak kat sekolah.
Sumber: Zeeda Aziz
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI