Kecantikan

Jus Bawang Putih Bantu Turunkan Kolesterol, Amalkan 15ml Sebelum Sarapan

Share

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah bukan semata-mata boleh berlaku pada mereka yang berbadan gemuk atau berisi.Tak hairan sebenarnya jika mereka yang bertubuh kurus pun tinggi kolesterol. Tak sangka, campuran 15ml jus bawang putih dan lemon ini membantu turunkan kolesterol. Ini petua yang dikongsi Lin Zalika, pengasas grup berpengaruh Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Meskipun ia bukan dianggap penyakit, jumlah yang tinggi tetap mengundang bahaya pada tubuh. Ia boleh memberi komplikasi lain sehingga mampu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.

Sementara masih boleh diturunkan, cubalah usahakan dengan amalan pemakanan yang boleh membantu anda mengawalnya. Perkongsian Lin Zalika ini mudah saja. Wanita ini menjadikan jus minuman ini sebagai amalan harian untuk menurunkan paras kolesterol.

“Kawan saya Cina, bekas cikgu sekolah satu kelas pagi dengan saya. Dia bagi saya tip hanya guna dua bahan sahaja.” Katanya dalam status facebooknya.

Bahan-bahan

30 ulas Bawang Putih – yang besar-besar

5 biji lemon – dipotong sekali dengan kulit

Caranya

1. Kisar semua bawang putih dan lemon dengan 1 liter air.

2. Masak sampai mendidih.

3. Simpan dalam peti sejuk.

Amalkan Sebelum Sarapan

*    Setiap pagi ambil 10 atau 15 ml (lebih kurang 1 penutup plastik) dan minum.

*    Pada yang tak boleh minum, boleh campurkan dengan sedikit madu.

Nota

Bagi yang kolesterolnya tinggi boleh minum pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.

Sumber/Foto: FB Lin Zalika

Published by
Netty Ah Hiyer