Hadamkan penjelasan jurutera profesional, Ir Abdul Rahman Bahasa berkaitan bil TNB yang melambung tinggi semasa PKP. Yang mana, jumlah itu ditentukan oleh penggunaan kilowatt per hour (kWh) yang digunakan setiap bulan.
Sebelum ni ramai yang tag saya kat post2 orang lain. Tak kurang juga ada yg DM minta saya komen berkenaan isu bil TNB yang melambung tinggi semasa PKP.
Saya decide untuk mendiamkan diri sebab saya tunggu bil BACAAN SEBENAR TNB saya sebelum saya nak beri apa-apa komen.
So,hari ni saya dapat bil saya. Jumlah bil yg perlu saya bayar adalah RM 265.55.
Isu bil melambung tinggi ni amat berkait rapat dengan berapa kilowatt per hour (kWh) yang digunakan setiap bulan.
Jumlah kWh ni lah yang akan menentukan bil Elektrik bulanan kita kan?
So, kalau nak compare. Kena lah compare dengan penggunaan Elektrik kita bulan sebelum-sebelum ni.
Untuk saya. Ini 4 bulan penggunaan Elektrik sebenar rumah saya sebelum PKP dilaksanakan.
Dec 19: 399 kWh
Jan 20: 406 kWh
Feb 20: 486 kWh (tinggi sebab musim panas)
Mar 20: 421 kWh (cut-off bil saya 13hb March – sebelum PKP fasa 1 dikuatkuasakan)
Total untuk 4 bulan: 1,712 kWh
Purata sebulan: 1,712 kWh / 4 = 428 kWh
Semasa PKP pula. Berapa pula jumlah kWh rumah saya?
Berdasarkan angka yang tertera di bil, ia menunjukkan jumlah 1,590 kWh untuk 92 hari penggunaan (lebih kurang 3 bulan). Saya dah validate kat meter. Pembaca meter TNB tidak melakukan apa-apa kesilapan. OK, part ni clear!
Jadi,purata sebulan penggunaan Elektrik saya sepanjang PKP adalah
1,590 kWh / 3 bulan = 530 kWh sebulan
Maknanya sepanjang PKP, ada PENINGKATAN penggunaan Elektrik sebanyak 23.5% di rumah saya untuk setiap bulan.
Logik ke tak logik saya guna 530kWh sebulan? Ini persoalan paling banyak diutarakan oleh rakyat kita.
Untuk saya, LOGIK.
Kalau dikira lebih lanjut.. Purata sehari penggunaan Elektrik rumah saya adalah 17.67 kWh..
Macam mana saya dapat 17.67 kWh?
Sebulan ada 30 hari..
So…
530kWh / 30 hari = 17.67 kWh sehari
Lepas tu. Barang Elektrik saya yang paling tinggi guna Elektrik adalah 2HP aircond di ruang tamu. Semasa PKP, secara purata nya.Saya ON aircond ruang tamu ni 6 jam sehari.
2HP aircond pula biasanya guna approx. 1.9kW kuasa Elektrik.
(Siapa background Electrical Engineering tau lah macam mana saya dapat 1.9kW ni.. 1 HP= 746W, eff 0.8..sila kira sendiri lah ye..hahha)
So,berapa penggunaan Elektrik untuk 2HP aircond apabila saya ON selama 6jam sehari?
Jawapannya..1.9kW x 6 hour = 11.4 kWh
Daripada 17.67 kWh sehari, saya ada baki lagi 6.27kWh (17.67 kWh minus 11.4 kWh) untuk barang-barang Elektrik yang lain seperti lampu,TV, komputer, kipas and bla bla bla..
So, saya tanya sekali lagi diri saya. Logik ke tak logik? Saya rasa sangat-sangat lah logik. Sebab apa?
Time PKP, satu family jadi “burung hantu”.
Bila jadi “burung hantu”.Malam tak leh tidur.
Dan Bila tak leh tidur, lampu pun sentiasa ON.
Bila dah ON naik lah sikit penggunaan Elektrik.
Tu belum kira lagi yang lain-lain..
Anak-anak pun ON TV sampai subuh.
ON microwave panaskan makanan sahur..
And bla bla bla..
Chup! Pasti ada yang bertanya. Kenapa orang lain pun lifestyle yang sama semasa PKP tapi bil Elektrik mereka melambung-lambung tinggi?
TNB tipu rakyat? TNB ambik kesempatan?
Untuk soalan ini.. Ini jawapan saya..
Sebagai seorang Electrical Engineer. Saya memang sangat-sangat concern bila bercakap pasal penggunaan Elektrik ni..Saya akan cuba sebaik mungkin guna barang Elektrik yang baik efficiency nya.
Senang cerita.. Semasa saya beli barang Elektrik. SAYA AKAN BERI KEUTAMAAN BARANG ELEKTRIK YANG ADA STIKER SURUHANJAYA TENAGA (ST) “5 STARS RATING”.
Bila 5 stars rating, maknanya barang Elektrik tu rendah penggunaan tenaga nya.
Dalam erti kata lain, kWh nya akan jadi rendah.
Bila kWh rendah.
Bil Elektrik pun akan lebih murah.
Maybe, itu lah antara sebab bil Elektrik saya masih consider OK walaupun ada sedikit peningkatan penggunaan semasa PKP dilaksanakan.
So, kesimpulannya. Apa yang saya boleh kata, NOTHING SURPISE pada saya tentang isu bil Elektrik dari TNB ni.
Sebab apa? Sebab semua ini memang dalam jangkaan saya.
Maybe ini bukan lah pendapat yang popular. Tapi saya lebih suka beri pendapat berdasarkan fakta dan pengalaman saya.
Kepada sesiapa yang masih tidak berpuas hati. Boleh sahaja pergi ke kaunter TNB untuk mendapatkan penjelasan. Saya pasti anda akan dilayan.
Baca sini : Rumah 2 tingkat ber’aircond’, bil elektrik Rm40 ke Rm70 sebulan. Begini cara jimat
*Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis, Ir Abdul Rahman Bahasa