Berita

Juruteknik Buat Komen Jelik Di Penjara 6 Bulan, “Ingatkan Hal Stoking Tulis Kalimah Allah Perkara Kecil…”

Share

Juruteknik buat komen jelik hina Allah di penjara 6 bulan, “ ingatkan hal ini perkara kecil. Satu pengajaran buat keyboard worrior yang menulis  di media sosial khususnya pada isu sensitif seperti kalimah Allah yang mendatangkan amarah kepada umat Islam.

Seorang juruteknik, Chiok Wai Loong merayu agar tidak di penjarakan  dan dikenakan hukuman ringan selepas mengaku bersalah menghina nama Allah.

Juruteknik Buat Komen Jelik Di Penjara 6 Bulan

“Saya orang Cina, kami ada tatu tuhan di pelbagai bahagian badan, ingatkan (isu ALLAH) perkara yang kecil,” katanya ketika merayu dikenakan hukuman ringan atas pertuduhan membuat hantaran jelik berkaitan kalimah ALLAH, di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Juruteknik aplikasi sosial, Chiok Wai Loong, 34, berkata, dia hanyalah seorang ‘keyboard warrior’ dan tidak pernah terlintas bahawa komen itu akan menyakiti perasaan orang lain.

Dia yang mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin, kemudiannya dihukum penjara enam bulan dan denda RM12,000.

“Ingatkan Hal Stoking Tulis Kalimah Allah Perkara Kecil…”

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik, melalui perkhidmatan aplikasi Facebook, menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac.

Ia dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah dilihat pada jam 3 pagi, hari sama, di Brickfields, di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah subseksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman berat agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.

“Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang mana ia menunjukkan keseriusan hantaran dibuat ialah bersifat sensitif kepada umat Islam,” katanya.

Sabtu lalu, Pengurusan tertinggi KK Mart menyatakan kekesalannya dengan insiden penjualan stoking yang tertera tulisan kalimah ALLAH.

Isu itu mengundang pelbagai komen daripada orang awam, termasuk tindakan seorang pemilik akaun Facebook ini. Kredit :- Sinar Harian / Foto :- Astro Awani.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Allahyarham Suhaimi Pesan Suruh Anak-Anak Jaga Saya, Jika Ajal Menjemputnya” Ina Naim

Tragedi Hari Pertama Persekolahan, Ajal Suami Isteri Meninggal Bersama Motosikal Rempuh Lori Buat Pusingan U

Wanita Terselamat Dari Ajal, Dirempuh Treler Dipandu Laju Turun Bukit Putus, Kuala Pilah

Ajal Selepas ‘Celup Jari’, Wanita Maut Tak Sedarkan Diri Sejurus Mengundi

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Published by
Almaswa Haji Che Ros