Berstatus Puteri Diraja Duchess of Cambridge mungkin ramai yang beranggapan Kate Middleton,36 menggunakan rawatan kecantikan yang mahal dan mewah untuk mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit wajahnya. Namun siapa sangka, isteri kepada Putera William,36 ini melakukan rawatan kecantikan sendiri pada wajah hanya menggunakan sapuan Nutella!
Jurusolek peribadi Kate Middleton, Debora Mitchell, mendedahkan rahsia kecantikan bonda kepada Putera George dan Puteri Charlotte ini didalam temu ramah rancangan Televisyen U.K berjudul ‘This Morning’.
Mitchell berkata, Kate Middleton hanya menggunakan cara tradisional seperti orang lain bagi menjaga kesihatan kulit wajahnya. Apa yang mengejutkan orang ramai, Kate Middleton dikatakan hanya menggunakan sapuan Nutella sebagai topeng muka (face mask).
Menurut Mitchell, Kate sering menggunakan kaedah sapuan Nutella tersebut sebagai langkah untuk melembabkan kulit wajah yang kering.
Pakar kecantikan tersebut turut menjelaskan bahawa campuran coklat Nutella bersama gula amat bagus bagi menghasilkan kulit wajah yang halus.
”Setelah mengamalkan cara ini selama tujuh atau lapan hari, anda pasti akan melihat perubahan pada kulit wajah.
”Caranya hanya perlu sapu nutella tersebut pada wajah, biarkan ia kering dan bersihkan.Jangan sesekali campurkan Nutella tersebut dengan air. Sapuan yang likat dan lembab ini akan menanggalkan sel kulit mati dan membuatkan tekstur kulit wajah lebih lembut dan kelihatan lebih lembap” kata Mitchell ketika ditemu bual menerusi rancangan tersebut.
Debora Mitchell juga merupakan penasihat kecantikan bagi selebriti terkenal seperti Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow.
Hah, jadi buat wanita yang nak kulit wajah cantik macam Kate Middleton, bolehlah cuba amalkan rutin kecantikan ini.
Semoga bermanfaat! selamat mencuba!
Sumber:Newbeauty