“Jurusolek merangkap pengantin lelaki.” Seronoknya suami yang mekap sendiri isterinya. Bila berdepan situasi macam ini, barulah senang nak komen di mana tak puas hati.
Maklumlah suami sendiri, terusterang saja apa yang tak puas hati dengan mekap. Harapnya suami bukan jenis yang mudah sentap sudahlah.
Seorang pengantin lelaki di Jakarta, Indonesia menjadi viral kerana menata rias wajah isterinya sendiri ketika hari persandingan mereka, lapor laman berita Suara.com semalam.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki berpakaian biasa pada awalnya dilihat sedang tekun menyolek pengantin perempuan dengan solekan asas.
Tidak lama selepas itu, video seterusnya memaparkan lelaki tersebut sebenarnya merupakan pengantin lelaki yang pada ketika itu telah menyalin pakaiannya kepada busana pengantin.
Dia dilihat mengenakan solekan yang lebih sukar pada wajah pengantin perempuan, mengikut adat pengantin Jawa.
Artikel Berkaitan:
Isteri ORDER Makanan Online, Sekali Keluar.. Tengok Suami Sendiri Yang Hantar
Pergi Memancing, Tinggalkan Isteri Uruskan Anak-Anak Sendiri.” Seorang Wanita Nekad Lelong Suami
Isteri Maut Ketika Tidur, Dipatuk Ular Tedung Yang Dilempar Oleh Suami Sendiri!
Pada penghujung klip video itu, kedua-dua mereka dilihat bersanding pada majlis tersebut.
“Jurusolek merangkap pengantin lelaki,” tulis keterangan pada video itu.
Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
“Seronoknya disolek suami sendiri,” kata seorang netizen.
“Tajuknya adalah suamiku, MUA (jurusolek) ku,” kata seorang lagi. – AGENSI
Mingguan Wanita : Bertuah badan bila suami sendiri dapat solek wajah isteri ketika hari persandingan. Paling penting, isteri pun lebih selesa bila suami yang mekapkan.
Sumber : Kosmo Online