Jururawat Ini Kongsi 8 Tip Teruskan Berpuasa Tanpa Derita Untuk Pesakit Gastrik

Share

Sakit gastrik di bulan puasa ini normal terjadi. Sebab permulaan bulan Ramadhan inilah kita sedang melatih perut, berlapar di siang hari. Nak tahu lebih lanjut kenapalah mudah bebenor gastrik tu terjadi, baca info daripada Jururawat Terlatih, KKM, Nur Nabiila Masfuzah (Bel Nawhen).

Sebenarnya, pesakit gastrik pun boleh berpuasa dengan aman dan tenang. Ada cara untuk membolehkan anda melaluinya. Panduannya diberikan di bawah ini.

Saya Gastrik Doktor!

Berpuasa dan gastrik tidak dapat dipisahkan. Malahan kebanyakan kes yang dijumpai sepanjang saya menjadi seorang Jururawat adalah gastrik di bulan puasa.

Gastrik merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan pedih ulu hati. Walau bagaimanapun, dari istilah perubatan ia dikenali sebagai radang yang berlaku di lapisan permukaan perut.

Ia biasanya disebabkan samada oleh jangkitan kuman Helibactor Pylori, alahan, pengambilan ubatan seperti ubat tahan sakit ataupun habit merokok.

Tanda-tanda penyakit gastrik adalah seperti rasa sakit di ulu hati, kembut perut, rasa loya dan diikuti muntah-muntah.

Bagi mendiagnos seseorang mempunyai penyakit gastrik, pengesahan dari doktor adalah perlu supaya mereka dapat mengenalpasti faktor penyebab berlakunya penyakit itu.

Selain itu beberapa pemeriksaan details akan dilakukan seperti endoscopy iaitu memasukkan tube berkamera melalui mulut terus ke lapisan duodenum dan perut pesakit (OGDS). Tujuan dilakukan pemeriksaan ini adalah untuk melihat radang di dalam perut atau tujuan pengambilan sample ujian.

 

Pesakit Gastrik Boleh Lalui Puasa Tanpa Derita, Ini Caranya

Perkara yang boleh diamalkan oleh pesakit gastrik ketika berpuasa adalah dengan ;

1. Berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana, dan jarakkan pengambilan pemakanan.

Contohnya berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat maghrib dahulu.

2. Makan nasi separuh pinggan, dan ambil lauk seperti ikan stim beserta sayuran dan buah-buahan. Selesai terawikh, makan buah-buahan, biskut, oat atau roti.

3. Seeloknya segerakan berbuka dan melewatkan waktu bersahur.

4. Bagi mereka dengan gastrik, seeloknya elakkan :

√    Makanan bergoreng
√    Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
√    Minuman bergas
√    Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
√    Merokok
√    Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
√    Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka
√    Berbuka dengan kuantiti yang banyak

5. Bagi pesakit yang di dalam regime ubatan, pesakit dinasihatkan untuk mengambil ubat yang diberikan sewaktu sahur untuk ambilan sekali sehari. Sewaktu berbuka dan sahur untuk ambilan dua kali sehari.

6. Anda perlu tahu bahawa makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.

7. Dan anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang malam di waktu Ramadhan.

8. Anda dinasihatkan untuk minum air susu atau air buahan yang tidak berasid contohnya pisang sewaktu sahur.

Mengalami gastrik, tidak menghalang anda dari berpuasa.

Gastrik juga bukan alasan untuk tidak berpuasa.

Puasa yang yok.
Jangan pagi-pagi buka periuk.

Sumber/Foto : Bel Nawhen, Google

Published by
Netty Ah Hiyer