Sakit gastrik di bulan puasa ini normal terjadi. Sebab permulaan bulan Ramadhan inilah kita sedang melatih perut, berlapar di siang hari. Nak tahu lebih lanjut kenapalah mudah bebenor gastrik tu terjadi, baca info daripada Jururawat Terlatih, KKM, Nur Nabiila Masfuzah (Bel Nawhen).
Sebenarnya, pesakit gastrik pun boleh berpuasa dengan aman dan tenang. Ada cara untuk membolehkan anda melaluinya. Panduannya diberikan di bawah ini.
Saya Gastrik Doktor!
Berpuasa dan gastrik tidak dapat dipisahkan. Malahan kebanyakan kes yang dijumpai sepanjang saya menjadi seorang Jururawat adalah gastrik di bulan puasa.
Gastrik merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan pedih ulu hati. Walau bagaimanapun, dari istilah perubatan ia dikenali sebagai radang yang berlaku di lapisan permukaan perut.
Ia biasanya disebabkan samada oleh jangkitan kuman Helibactor Pylori, alahan, pengambilan ubatan seperti ubat tahan sakit ataupun habit merokok.
Tanda-tanda penyakit gastrik adalah seperti rasa sakit di ulu hati, kembut perut, rasa loya dan diikuti muntah-muntah.
Bagi mendiagnos seseorang mempunyai penyakit gastrik, pengesahan dari doktor adalah perlu supaya mereka dapat mengenalpasti faktor penyebab berlakunya penyakit itu.
Selain itu beberapa pemeriksaan details akan dilakukan seperti endoscopy iaitu memasukkan tube berkamera melalui mulut terus ke lapisan duodenum dan perut pesakit (OGDS). Tujuan dilakukan pemeriksaan ini adalah untuk melihat radang di dalam perut atau tujuan pengambilan sample ujian.
Ads
Pesakit Gastrik Boleh Lalui Puasa Tanpa Derita, Ini Caranya
Perkara yang boleh diamalkan oleh pesakit gastrik ketika berpuasa adalah dengan ;
1. Berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana, dan jarakkan pengambilan pemakanan.
Contohnya berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat maghrib dahulu.
Ads
2. Makan nasi separuh pinggan, dan ambil lauk seperti ikan stim beserta sayuran dan buah-buahan. Selesai terawikh, makan buah-buahan, biskut, oat atau roti.
3. Seeloknya segerakan berbuka dan melewatkan waktu bersahur.
4. Bagi mereka dengan gastrik, seeloknya elakkan :
√ Makanan bergoreng
√ Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
√ Minuman bergas
√ Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
√ Merokok
√ Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
√ Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka
√ Berbuka dengan kuantiti yang banyak
Ads
5. Bagi pesakit yang di dalam regime ubatan, pesakit dinasihatkan untuk mengambil ubat yang diberikan sewaktu sahur untuk ambilan sekali sehari. Sewaktu berbuka dan sahur untuk ambilan dua kali sehari.
6. Anda perlu tahu bahawa makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.
7. Dan anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang malam di waktu Ramadhan.
8. Anda dinasihatkan untuk minum air susu atau air buahan yang tidak berasid contohnya pisang sewaktu sahur.
Mengalami gastrik, tidak menghalang anda dari berpuasa.
Ada macam-macam jenis resipi bubur yang mak-mak boleh sediakan untuk anak-anak untuk minum petang hujung minggu ni.Salah satu yang lain daripada lain ialah’Bubur Tiub Basikal’ yang menggunakan Makaroni. Pertama kali hakak jumpa resipi ini.Sebab selalunya buat makaaroni goreng je. Ia dikongsikan oleh Puan AmiEra Farhann Johan.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Petang-petang yang dingin ni perut asyik mendidih je.Laju-laju masuk dapur buat bubur tiub basikal ni.Sedap lazat nikmat tak terkata.. haha.. ada yang pernah makan bubur ni? Ke tak pernah tahu wujudnya bubur guna makaroni ni. Hehe..
Ramai yang tanya resepi, disini saya sertakan resepi.Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak pandai-pandai la adjust bahan tu bagi lebih ye.
RESEPI BUBUR MAKARONI A.K.A BUBUR TIUB BASIKAL
Bahan-Bahan:
Setengah cawan Makaroni
4 sudu sagu
1 kotak kecil santan KARA
4 helaidaun pandan
1 ketul gula merah (bulat punya) + 5 sudu gula biasa – ikut tahap nak manis macam mana
1 sudu kecil garam
1 sudu bancuhan tepung jagung
air agak-agak nak kuah banyak mana jangan terlajak air sudah nanti kuah tak pekat pula.
Cara Membuat:
1.Panaskan air, rebus makaroni sekejap dulu sampai mendidih kemudian tapis lalukan dengan air paip.
2.Masukkan santan, gula, garam dan daun pandan.
3.Masukkan pula bancuhan tepung jagung, makaroni.Kacau-kacau sampai agak makaroni dan santan masak.Guna api perlahan je, adjust sampai cukup rasa manis dan lemak.
Ardell bantu mangsa terperangkap banjir, mulianya hati selebriti yang juga pelakon, usahawan dan aktivis kemanusiaan Ardell Aryana yang turun padang membantu mangsa banjir.
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya, ibu kepada seorang cahaya mata ini dilihat begitu gigih membantu mangsa yang terperangkap dalam banjir di Shah Alam.
Ardell Bantu Mangsa Terperangkap Banjir
Ardell bersama Misi Kemanusiaan My Fund Action juga berkongsi detik menyelamatkan mangsa banjir. Paling membuatkan Ardell tersentuh hati apabila melihat kerjasama rakyat Malaysia tanpa mengirabangsa dan agama yang saling bersatu hati menghulurkan bantuan buat mangsa banjir.
“Hasbunallah wanikmal wakil
“Alhamdulillah bermula jam 2 tengah hari atur perjalanan boat
“Jam 7 pagi kami selesai apa yang termampu walaupun ramai turun membantu masih tak mampu tampung dan bantu setiap tempat, sungguh saya nampak kepenatan semua semoga Allah redha pada semua yang menolong tadi, Doktor, Bomba, Askar, JPAM serta sukarelawan yang lain.
“Keadaan Gelap Gelita. Basah Kuyup Sampai Menggigil”
“Semoga Allah memberi kan kesabaran kekuatan buat semua yang melalui ujian ini. Saya nampak, masyaAllah kerjasama semua tanpa kira bangsa dan agama.
“Melayu, Cina, India, bersatu hati membantu, ada yang sedia kan makanan, ada yang turun bersama bantu keluarkan mangsa terperangkap dalam banjir.
Dengan keadaan gelap gelita, line hp tiada. Basah kuyup kami bermula jam 12 malam sehingga 6:50 pagi pun sejuk sampai mengigil ini kan mereka yang terperangkap selama beberapa hari
Syukur Dapat Bantu Warga Emas, Pesakit Strok, Anak Kecil, Wanita Mengandung
“Alhamdulillah dapat tolong warga emas ,yang strok, baby , kucing , anjing, anak2 kecil, wanita mengandung , pekerja Aeon yang terperangkap semalam (dalam AEON).
“Syukur air semakin surut subuh tadi, semoga terus surut Aamiin.
“Team kami @myfundaction berpecah di shah alam , pahang, perak .. semoga semua selamat dan dalam keadaan yang baik-baik,” luah Ardell.
Tidak tahan menanggung derita, seorang pelajar perempuan membenarkan sekumpulan doktor di sebuah hospital di sini untuk memotong lengan kirinya.
Joy Arcilla, 21, yang berasa dari Batangas Filipina mengakui tidak mampu menanggung penderitaan ketika menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi sejak lima tahun lalu susulan ketumbuhan tumor pada lengannya beberapa kali. Lengan Arcilla membengkak hingga menyebabkan otot bisep kiri kelihatan seperti watak kartun kelasi, Popeye.
Pada bulan Oktober 2012, Arcilla mula mendapati terdapat ketulan kecil pada lengannya dan menyangka ia akibat kesan gigitan nyamuk. Sehinggalah ketulan itu semakin membesar dan diagnosis mengesahkan ia merupakan Sarkoma Ewing iaitu sejenis kanser tulang atau tisu otot.
“Saya perasan ada ketulan di lengan kiri dan menyangkakan ia adalah gigitan nyamuk, jadi saya biarkan sahaja. Tetapi selepas berminggu-minggu dan berbulan-bulan ketulan tersebut tidak hilang dan a semakin membesar. Ia rasa keras namun tidak sakit”
“Sejak mendapati saya menghidapi kanser, saya takut dan menangis.Saya fikirkan mengenai masa depan dan segala-galanya. Saya berhenti belajar agar saya boleh fokus untuk mendapatkan rawatan.”jelas wanita ini.
Arcilla menghentikan rawatan setelah melakukan 5 kali pusingan kimoterapi kerana tidak tahan melakukannnya.Dirinya berasa sangat lemah dari segi fizikal, emosi dan mental kesan kimoterapi tersebut.Sekali gus menyebabkan tumor tersebut semakin besar dan datang kembali pada 2015.
Sepanjang tempoh tersebut, tumor itu kembali tumbuh biarpun gadis itu sudah menjalani beberapa siri pembedahan, mendapatkan rawatan alternatif, mengubah gaya hidup malah 17 kali telah melakukan rawatan kimoterapi.
Kali Keempat Tumor Kembali Pada 2017
Akhirnya, kali keempat tumor tersebut tumbuh kembali pada 2017 dan semakin agresif. Tidak tahan menanggung derita Arcilla membuat keputusan drastik membenarkan lengan kirinya dipotong pada Disember lalu, bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk serta tumor berulang dan tumbuh kembali.
Bagi Arcilla, sumber inspirasi dia untuk kekal positif adalah melihat kanak-kanak lain di hospital yang kekal ceria bergelak ketawa dan tetap mampu tersenyum meskipun menghidapi sakit yang kronik.
Ternyata keputusan yang dilakukan oleh Arcilla merupakan keputusan yang paling tepat demi kesihatan dirinya.Semoga wanita ini terus cekal dan kuat menjadi pejuang kanser serta kekal positif dalam kehidupan.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...