Jumpa Kanak-kanak Hadiahkan Duit Raya Seringgit Dua, Sedekah Jangan Nanti-nanti

Share

Sebenarnya bila-bila masa, dekat mana, dalam bentuk apa pun cukup mudah untuk kita melakukan amalan ber sedekah. Tak perlu tunggu jadi kaya raya baru nak mula.

Zatika Izati Puade berkongsi cara mudah dan murahnya untuk mulakan langkah bersedekah. Tak perlu pun lakukan dalam bulan Ramadan saja, bulan-bulan lain pun elok diteruskan amalan mulia ini.

Cara Mudah Dan Mudah Untuk Mulakan Sedekah

Assalamualaikum hey what’s up guys, hari ini kita nak brainstorm cara-cara mudah dan murah untuk bersedekah jom kita start

.

(Semoga bermanfaat untuk hari-hari terakhir Ramadan ini dan seterusnya boleh juga diamalkan pada bulan-bulan lain.)

1. Jika membeli kuih daripada peniaga tepi jalan, atau bazar Ramadan, hulurkan wang extra, dengan pesanan supaya peniaga berikan kuih percuma untuk pelanggan lain.

Atau jika mereka sanggup, hantarkan ke masjid atau surau untuk dibuat hidangan moreh.

Sahabat-sahabat saya yang berniaga makanan, boleh berikan details barang jualan dan lokasi dalam ruangan komen. Manalah tahu ada yang ingin berkongsi rezeki.

2. Jika masak memasak bukanlah kita punya forte, belikan buah untuk jiran-jiran tetangga. Terutama jika kita dapat membeli buah yang jarang dijumpai.

Doakan supaya Allah SWT kurniakan nikmat kesihatan buat mereka.

3. Beli sabun mandi cecair dalam botol besar begini dan tinggalkan di tempat wuduk surau RnR atau surau atau masjid yang kita singgah dalam perjalanan pulang ke kampung.

Ia lebih banyak kegunaan berbanding sabun basuh tangan dan lebih murah (cari house brand).

4. Tempahkan makanan yang mudah dan murah untuk jururawat yang bekerja shift malam di hospital untuk mereka bersahur.

Contoh: Ada sahabat saya menjual jagung lerai dan jagung dalam cawan.

Sahabat-sahabat lain yang nak berkongsi info, dipersilakan juga.

5. Sedekahkan tenaga dan wang untuk mesin dobi

. Tolong cucikan telekung dan sejadah tempat-tempat awam seperti hospital, pusat beli belah, hypermarket.

6. Pekkan kit kebersihan untuk golongan gelandangan. Boleh buat bersama anak-anak. Antaranya berus gigi, ubat gigi, sepit kuku, sikat, bedak, tuala wanita, tuala kecil, sabun mandi.

7. Keep small changes in your pocket. Duit seringgit misalnya. Apabila terjumpa kanak-kanak, hadiahkan saja sebagai duit raya. Insya Allah dapat pahala kerana menggembirakan mereka.

Jika ada idea lagi, Tuan Puan boleh share dalam bahagian komen.

Sumber/Foto : Zatika Izati Puade

Published by
Netty Ah Hiyer