Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami tersayang, hasrat pelakon jelita, Hannah Delisha untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mengalami keguguran baru-baru ini.
Perkongsian Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, dalam Instastory miliknya menyatakan keadaan terkini dirinya di samping perkongsian menyuntik semangat kepada wanita lain yang berhadapan situasi serupa agar tidak patah semangat.
“Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini. Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah keguguran.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami ramai wanita tetapi tidak dikongsi.”-Hannah Delisha
Sebelum itu, aktres kelahiran Singapura itu memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang dirawat di hospital, namun tidak mendedahkan sebarang infomasi.
“Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini dapat beri kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian,” katanya menerusi aplikasi X.
Menerusi ciapan sama, Hannah turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan dan kekuatan selain berharap dapat bertemu permata hatinya di syurga kelak.
“Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati dengan ketenangan. Insya-Allah jumpa di syurga nanti sayang,” tulisnya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.