Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami tersayang, hasrat pelakon jelita, Hannah Delisha untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mengalami keguguran baru-baru ini.
Perkongsian Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, dalam Instastory miliknya menyatakan keadaan terkini dirinya di samping perkongsian menyuntik semangat kepada wanita lain yang berhadapan situasi serupa agar tidak patah semangat.
Ads
“Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini. Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah keguguran.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami ramai wanita tetapi tidak dikongsi.”-Hannah Delisha
Sebelum itu, aktres kelahiran Singapura itu memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang dirawat di hospital, namun tidak mendedahkan sebarang infomasi.
Ads
Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah atau Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 35, pada 18 Februari 2021.
“Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini dapat beri kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian,” katanya menerusi aplikasi X.
Menerusi ciapan sama, Hannah turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan dan kekuatan selain berharap dapat bertemu permata hatinya di syurga kelak.
Ads
“Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati dengan ketenangan. Insya-Allah jumpa di syurga nanti sayang,” tulisnya.
Wawa & Aeril Zafril kongsi rezeki, sedekah air balang sepanjang Ramadan. Ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu. Ia bulan penuh kerahmatan dan keampunan. Selain melakukan ibadah utama seperti puasa, solat berjemaah, solat sunat tarawih, solat sunat witir, qiamullai dan tadarus al-Quran, sedekah juga menjadi amalan yang sangat dinantikan.
Ini kerana setiap sedekah dilakukan, Allah akan melipat gandakan lagi pahalanya. Tak hairanlah ramai suka bersedekah di bulan penuh kemuliaan ini.
Kesempatan ini turut diambil oleh pasangan selebriti terkenal Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafril yang bersedekah air balang padu di premis perniagaan kosmetik mereka Wawa Cosmetic yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Bukan sehari tapi sepanjang Ramadan, orang ramai boleh menikmati air balang pelbagai perisa yang disediakan oleh team Wawa Cosmetic dan orang ramai boleh memperolehnya jam 4.30 petang ke atas.
Sedekah Air Balang Sepanjang Ramadan
Dalam video dikongsikan kelihatan Aeril mengacau air balang bercampur air krim vanilla ini sebelum memanggil orang ramai untuk mengambilnya secara percuma. Konsepnya siapa cepat, itulah rezekinya. Ia diberikan sehingga habis.
Sedekah air secara percuma ini mendapat perhatian peminat-peminatnya. Malah mereka mendoakan agar pasangan selebriti ini dimurahkan rezeki seluas air lautan.
INI BUKAN PRANK TAPI KEJUTAN ‘REAL’ BUAT CIKGU sempena pembukaan sesi persekolahan baharu 2023/24. Isnin Mingguan Wanita bersama rakan kolaborasi Sabella, seawal pagi bersedia membuat kejutan di SMK Seksyen 19, menjayakan Program Komuniti Santuni Guru bersama PIBG. Pastinya semua yang terlibat tak boleh lupa momen ini. Dapatkan baju raya Rahmah Sabella serendah RM5 di Karnival Hari Raya Sabella bermula 26 Mac ini.
Pelakon terkenal, Rita Rudaini pun ada rasa simpati dengan nasib yang menimpa anak beruang matahari yang ditinggalkan kelaparan di sebuah unit kondominium di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Menurut sumber berita, wanita yang ditahan kerana menyimpan beruang matahari itu tak menyangka haiwan yang dijaga itu beruang matahari. Sebaliknya dia ingat itu adalah anjing.
Bila mana baca kisah yang tular itu, Rita yang sememangnya cukup sayangkan haiwan terutama kucing ini seakan tak boleh hadam dengan tindakan wanita berkenaan.
Kucing Pun Sisturr Tinggal Kat Hotel Kucing
Tulisnya, “Kesian.. macam mana boleh tinggal macam tu? Kucing pun sisturr pi tinggal kat hotel kucing.. sebab depa bukan bole masuk dapoq kupas bawang tumih masak manggi kalau lapaq.”
“Sisturr dok pikir lama jugak. Kalau dah tau tu BERUANG, pu lah serah kat yang berhak. Kalau tak tau nak buat lagu mana, pi balai polis minta bantuan.”
“Dan kalau ingat anjing pun takkan boleh stop ambik?Pastu sah-sah beruang, memang ada binatang yang kita tak boleh simpan.. tak kan tak tau.”
Naya Beruang Tu Lapar..
“Kalau tak ada akta, sisturr pun nak bela rimau dan singa kat rumah. Naya beruang tu lapar. Dia bukan biasa dok kondo.. mana la dia tau nak cari makan lagu mana.”
“Dah tau tu beruang, pi kurung pulak. Bukan nak pi buat pesah cepat-cepat antaq kat yang berkuasa. Boleh plak balik raya tinggal.. sisturr memang tak leh terima.”
“Sisturr sayang binatang.. sedih tengok. Nasib baik tak jatuh tingkap.”
Buat Ini Kalau Jumpa Binatang Takleh Simpan
Pesan Rita lagi, “Pikir la cerdik sikit. Kalau jumpa binatang-binatang yang tak leh simpan, cepat-cepat pi antaq kat Jabatan PERHILITAN. Kalau jumpa manusia berhati binatang pun, cepat-cepat antaq jugak.”
Dalam laporan Sinar Harian menyebut, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim memaklumkan wanita berusia 27 tahun yang ditahan itu mendakwa menemui haiwan berkenaan berkeliaran sendirian berdekatan sebuah hutan.
Bagaimana pun, pihaknya percaya haiwan berkenaan diperoleh daripada pihak lain.
Isteri pelawak terkenal, Jep Sepahtu, Sari Yanti selamat melahirkan anak bongsunya pada 6 Jun lalu jam 11.44 malam. Kelahiran anak keempatnya kali ini tak mudah, malah diibaratkan Sari Yanti bak bertarung dengan nyawa sendiri.
Sehinggakan, ketika lalui proses bersalin bayi lelakinya itu, Sari Yanti menangis dek menahan kesakitan. Ini diakuinya sendiri ketika berkongsi kisah bersalinnya kali ini.
Kongsinya di instagram,
“Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni., tadi pun dah pergi first hospital visit dengan Baby.
6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak?”
Sebelum ini, Sari Yanti pernah alami keguguran sebanyak dua kali.
Menangis Tahan Sakit..
“Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has, Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan.. maafkan saya) .
Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.. ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. – terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I @jepsepahtu .
Mak ayah keluarga Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah , aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada. – Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai.
Alhamdulillah untuk semuanya Ya Allah Ya Rabb.
Untuk kesakitan,
Untuk pengalaman,
Untuk setiap titik keringat dan air mata,
Untuk satu lagi anugerah,
Untuk cinta dan sayang suami,
Untuk doa dan kasih ibu bapa
Untuk sokongan keluarga dan sahabat .. Untuk keselamatan dan kesihatan .
Untuk berjuta nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim .
Alhamdulillah. .
Delivery type : normal
Birth Weight : 3.34kg
Time : 23.44pm
Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, yang dinamakan Dariya Inara.
Dari perkahwinan terdahulu Sari Yanti mempunyai dua orang cahaya mata.
MW :Tahniah! Jep dan Sari Yanti. Dah dapat sepasang.. didoakan moga ibu dan bayinya sentiasa sihat melalui tempoh berpantang.