
Isi Kandungan
ToggleWalau sudah lebih 3 bulan Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan, 29 hilang, abang kandungnya, Denny Lang tak putus asa mencari adiknya. Tak disangka-sangka misi terkini menemukan mereka dengan dewan dan tulang dalam gua.
Sebaik kemeriahan Syawal berlalu, Denny atau nama sebenarnya, Mohd Zahiruddin menggerakkan teamnya yang dalam skala kecil mencari adiknya yang hilang di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, Perak.
Terkini, Denny memuatnaik status tentang misinya itu. Yang ketika pencarian dia dibantu oleh 2 perawat dari Ipoh dan Selangor. Maklumnya lagi sepanjang mencari Acap, cuaca pun seakan membantu.. redup dan baik.
Mereka mencari jejak Acap di kawasan yang ditandakan berhampiran trek. Bagaimana pun dalam misi mencari itulah mereka bertemu dengan kawasan yang tak dijangka.
Ada Tulang Dan Dewan Dalam Gua
Dalam video youtube yang dikongsikan Denny lebih mengejutkan mereka diketemukan dengan dewan dengan ketulan-ketulan tulang yang ada di dalam gua.
Dalam salah satu suara yang didengar dari video berkenaan memaklumkan seakan kawasan tulang itu ditemui seakan tempat ‘korban’. Dan tak jauh dari kawasan tulang berkenaan terdapatnya tempat seakan dewan.
Bagaimana pun, team mencari ini tidak mengesan tapak-tapak binatang buas di kawasan berkenaan.
Klik sini untuk lihat video dewan dan tulang dalam gua : https://youtu.be/qohYV8w0BH0
Denny juga minta bantuan ramai untuk subscribe youtube yang dikongsikan ini bagi membolehkannya lakukan pencarian Acap secara live.

“Bantu subscribe yer. Inn sya Allah cukup 1k kita boleh bersama-sama secara live dalam pencarian.”
Gambar Misi Mencari Acap Yang Terkini
MW : Semoga Denny tabah dan kuat dalam misi mencari adiknya, Acap.
Sumber/Foto : Denny Lang
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Mudah Galas Tanggungjawab Pimpin Suami Mualaf, Lana Nordin Syukur Suami Rajin Solat

Isi Kandungan
ToggleBukan mudah galas tanggungjawab pimpin suami mualaf. Lana Nordin bersyukur suami tunjuk perubahan sekarang semakin rajin tunaikan solat.
Mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang dengan saudara baru bukanlah satu tugas yang mudah dan boleh diambil ringan. Apatah lagi wanita berkahwin lelaki yang baru memeluk Islam. Sememangnya tugas sebagai hamba Allah sangatlah besar untuk membimbing dan mendidik Mualaf.
Ibu kepada dia cahaya mata, Lana Nodin memberitahu suaminya Mohd Daud McKienzie kini semakin rajin menunaikan solat dan mendidik anak-anak dengan ilmu agama.
Untuk rekod Lana mendirikan rumah tangga dengan Daud pada 15 Mei 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn Mckienzie, 9; dan William Daud Mckienzie, 6.
Bukan Mudah Galas Tanggungjawab
Perkahwinan yang dibina selama 10 tahun itu menurut Lana bukan mudah untuk mendidik seorang mualaf. Namun dirinya sangat bersyukur dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Mohd Daud.
“Daud juga banyak bertanya mengenai ilmu agama pada saya tapi dia bukanlah ‘liberal’. Sekarang dia sudah tahu bagaimana nak mendidik anak-anak perkara asas dalam Islam kerana anak-anak juga sering bertanya kepadanya,” kongsi Lana seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Undang Pasangan Ustaz dan Ustazah Ajar Ilmu Agama
Bagi memantapkan ajaran agama, Lana dan suami mengundang pasangan ustaz dan ustazah untuk mengajar ilmu agama.
“Ia satu cabaran buat saya untuk membimbing suami dan anak-anak kerana ada perkara berkaitan agama yang kita sendiri pun tidak tahu.
“Justeru, saya mengambil pasangan ustaz dan ustazah untuk mengajar ilmu agama kepada kami sekeluarga di rumah pada hujung minggu,” luah Lana.
Perubahan Drastik
Kongsi Lana lagi suaminya semakin hari semakin berubah dan rajin mendalami agama Islam.
“Alhamdulillah, saya nampak perubahan suami daripada susah nak solat, sekarang dia sudah rajin solat. Dia juga sangat menepati masa untuk tunaikan waktu solat Jumaat.
“Anak-anak pun sering bertanya padanya kalau dia tak solat. Kalau dulu saya yang akan jawab tapi sekarang saya nak suami sendiri yang jawab pada anak-anak,” sambung Lana Nordin.
Menarik Disini : Borak Kelamin! Kahwin Campur Lebih Power, Lana Nordin Akui Suami Lebih Matang & Bersikap Terbuka
Suami Punyai Ramai Kenalan Muslim Sebelum Peluk Islam
Lana juga menjelaskan sebelum memeluk Islam suaminya mempunyai ramai kenalan muslim oleh itu mudah untuk Mohd Daud mendalami ilmu Islam.
“Suami mempunyai ramai kenalan beragama Islam di sana dan bila memeluk Islam perjalanannya sangat mudah.
“Contohnya mengenai ibadah puasa, dia pernah berpuasa sebelum ini kerana dia atlet dan dia anggap berpuasa juga bagus untuk kesihatan,” kata Lana lagi.

Baca Disini : Lana Nordin Bertudung “Semoga Istiqamah Dan Sentiasa Dalam HidayahNya”
Sumber : Harian Metro
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Anak Meninggal Serentak, “Sakitnya Rasa Rindu Ini, Rasa Nak Pergi Korek Kubur Mereka..- Ibu

Isi Kandungan
Toggle3 anak meninggal serentak, “sakitnya rasa rindu ini, rasa nak pergi korek kubur mereka – ibu. Dalam tragedi 24 Jun tahun lalu, tiga beradik Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, Nik Nur Faqihah, 11 dan Nik Ikram Nuqman, 5 disahkan meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Benta-Lamir dekat Kampung Langgar di sini.
Pemandu van Serena dan enam penumpang terselamat namun tiga beradik ini meninggal serentak di kawasan kemalangan.
3 Beradik Meninggal Serentak
Sakitnya menahan rindu, tambah tiga anak meninggal serentak mendatangkan kesan mendalam pada jiwa Nur Baizura Mustafa yang berkongsi kisah sedih ini bersama Mingguan Wanita dalam podcast Sembang Wanita Xtra baru ini.
Menurut ibu kepada lima anak ini, pemergian tiga anak serentak bukan mudah namun dirinya perlu redha dengan takdir yang tertulis.
“Kalau kata sakitnya rindu ini, rasa seperti mereka ada. Kadang dengar bunyi motosikal ingat anak balik. Bila rindu, saya akan pergi ke kubur anak. Berbaring atas kubur dan pernah rasa pernah nak korek kubur mereka. Cukuplah kalau sekali dapat tengok mereka,” katanya berkongsi kisah menyayat hati ini.
“Sakitnya Rasa Rindu Ini, Rasa Nak Pergi Korek Kubur Mereka..- Ibu
Jelas Nor Baizura, ada banyak kenangan dicipta bersama anak-anak tambah mereka adalah anak-anak yang menjadi penyejuk jiwanya, banyak membantunya kerja malah dengan duit kerja tambahan itulah digunakan untuk kegunaan keluarga.
“Anak kembar saya yang meninggal (kembar tak seiras), Nik Ikram Idwan, 15 menyapu sampah bersama untuk cari duit tambahan. Kalau saya buatkan kuih, dia akan jualkan sampai habis tanpa merungut. Malah setiap keletahnya sangat saya ingat kerana arwah banyak bantu saya kerana kami orang susah.
“Malah pada hari anak-anak saya meninggal, kami hanya ada ada RM20 di tangan di mana gaji lambat lagi. Biasanya saya agak berkira-kira nak beri anak belanja tapi hari tu, rasa lapang nak beri duit.Kalau nak habiskan, habiskanlah.Belilah apa nak. Tapi mereka nak aiskrim. Balik dari beli aiskrim itulah motor mereka bertembung dengan MPV dan mereka meninggal di tempat kejadian,” katanya berkongsi kisah sedih ini.
Jelas Nur Baizura, pada hari kejadian berlaku, gerak gerinya sebagai ibu sudah merasa sesuatu yang berbeza.
“Rasa hati berdebar-debar sampai saya sempat kata dalam hati, Ya Allah selamatkan anak-anak aku. Tapi ketika itulah malaikat mencabut nyawa mereka,” katanya sambil mengesat air mata yang tertumpah.
Baizura turut berkongsi pernah “bertemu” dua anaknya di satu alam sangat indah.
“Buah di taman itu besar-besar, keluar jus-jusnya. Sangat cantik tempat tu. Kehijauan, anak saya pun dah besar, tak sama macam mereka kecil,” katanya berkongsi pengalaman lalu.

Ikuti kisah penuh Nur Baizura di saluran YuuTUbe Mingguan Wanita dan FB MW jam 8 malam ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Suami Isteri Meninggal Dunia Kemalangan Motosikal, Bayi 8 Bulan Bergelar Yatim Piatu
Isteri Meninggal Dalam Labour Room, Suami Maafkan Jururawat Beri Alasan Mahu Tidur Dulu
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Untuk Semua Dari Mandi, Kafan, Solat Sehinggalah ke TANAH PERKUBURAN. Tak Payah Bayar” Khiriah

Isi Kandungan
ToggleSeperti mana yang diketahui ramai, pelakon Khiriah sanggup menjadikan kenderaan MPV miliknya sebagai van jenazah.
Lebih menyentuh hati apabila Noorkhiriah atau mesra dengan sapaan Khiriah menawarkan perkhidmatan van jenazah secara percuma untuk golongan yang memerlukan.
Bukan itu saja malah Khiriah bersama suami dan teamnya menerusi Pertubuhan Amal Nur By Khiriah turut menguruskan jenazah dari mandi, kafan, solat hinggalah ke tanah perkuburan tanpa bayaran .
Seperti mana yang selalu diwar-warkan, pelakon ini dan suaminya sememangnya sering mendoakan agar Pertubuhan Amal Nur By Khiriah dipermudahkan segala urusan.
Uruskan & Hantar Jenazah Ke Tanah Perkuburan Secara Percuma
Seperti mana dipetik menerusi entri di akaun Instagram milik Khiriah, pelakon wanita ini sememangnya sering mendoakan agar niat murninya dipermudahkan Allah SWT.
“Lama akak tak UP pasai Van Jenazah Akak. Takut ada yang terlupa. PERCUMA. Untuk Semua dari mandi, kafan, solat sehinggalah ke TANAH PERKUBURAN. Takyah bayar pape tapi DOAKAN @pertubuhanamalnurbykhiriah dipermudahkan Allah..Aamiin,” ungkap Khiriah.
Team Uruskan Hingga Selesai
Malah Khiriah juga berkongsi jika ada berlaku kematian carilah team Pertubuhan Amal Nur By Khiriah.
“Andai Terjadi Kematian Carilah @pertubuhanamalnurbykhiriah..Team Akan Uruskan Dari Mandi,Solat,Kafan Hantar Ke Tanah Perkuburan Secara Percuma..Faizul 0122058005.
“Untuk Sebarang Sumbangan Boleh Salurkan Ke Bank Islam atas nama @pertubuhanamalnurbykhiriah 12140010018156. Terima Kasih Semua..Semoga Allah Membalas Segala Kebaikan Kalian,” tulisnya.
Mulianya hati Khiriah, suami dan juga team yang membantu mereka. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka. Semoga segala kebaikan yang disumbangankan mereka akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Noorkhiriah
“Sebelum Meninggal Akak Nak Tinggalkan Sesuatu, Semoga Allah Pandang Usaha Kecil Ini” Noorkhiriah
Niat Noorkhiriah Cuma Mahu Bantu Suami, Sekali Allah Beri Lebih
Noorkhiriah Jadikan MPV Miliknya Van Jenazah Percuma Bagi Yang Memerlukan
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI