Tergamak membuang bayi tidak berdosa dalam beg plastik. Seorang wanita terkejut jumpa beg plastik di kebun, ingatkan mengandungi barang peribadi rupanya bayi tanpa pakaian.
Pada awalnya menyangka beg plastik mengandungi barang peribadi sahaja kerana ditinggalkan di bawah pokok sawit.
Beg Plastik Di Kebun Ingatkan Barang Peribadi
“Saya sangka beg plastik itu mengandungi barang peribadi, rupa-rupanya mayat bayi tanpa pakaian dan digumpal dengan kain telekung,” kata Rosnah Rusni, 47.
Guru sekolah rendah agama itu menyedari terdapat beg plastik berwarna biru di kebun sawit di belakang rumahnya di Kampung Tali Air 11, Pasir Panjang, di Sekinchan, Selangor. Rosnah berkata, kejadian itu disedari ketika dia membuka pintu dapur kira-kira 8.30 pagi hari ini.
Rupanya Bayi Tanpa Pakaian
“Masa saya buka pintu (dapur), saya ternampak beg berwarna biru di bawah pokok sawit yang terletak kira-kira 10 meter dari pintu dapur.
“Curiga dengan beg itu, saya panggil anak lelaki untuk melihat isi kandungannya. Dia terkejut apabila menemui kain putih dengan kesan darah sebelum memanggil saya untuk melihat sendiri (isi kandungan),” katanya.
Ads
Menurut Rosnah, dia kehilangan kata-kata apabila menemui mayat bayi yang masih bertali pusat dan digumpal dengan kain telekung.
“Seluruh badan saya menggigil dan menggeletar melihat bayi cukup sifat itu tidak bernyawa lagi.
“Dalam keadaan terkejut, saya segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian terbabit,” katanya yang menetap di kampung itu sejak 13 tahun lalu.
Katanya, dia yang berada di dalam rumah sepanjang masa tidak mendengar bunyi mencurigakan dan beranggapan perbuatan membuang mayat bayi terbabit kejam serta tidak berperikemanusiaan.
“Harap polis ambil tindakan tegas sewajarnya ke atas mereka yang melakukan perbuatan ini,” katanya.
Ads
Bayi Cukup Sifat Baru Dilahirkan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat bayi lelaki itu cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masih bersambung.
“Hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan bayi itu meninggal dunia kurang daripada 24 jam berdasarkan keadaan darah yang belum kering.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.
MW: Sedih bila mengenangkan nasib bayi belum mengerti apa-apa, dibuang dan ditinggalkan begitu sahaja seperti tiada nilai.
Viral satu Malaysia. Ingatkan anak-anak kita saja yang nyanyi lagu ini, rupanyaa semua anak-anak nyanyi. Mula-mula dengar macam pelik, pantun ke apa ni. Tapi bila lama-lama denganr syok pula.
Entah, siapakah penulis lirik lagu ni sampai anak-anak bukan main seronok lagi main sambil menyanyi. Sampaikan viral satu Malaysia anak menyanyi lagu ni.
Itulah, zaman sekarang beza sangat dengan zaman mak-mak dulu. Lepas ni lagu apa la pula lagu yang anak nak nyanyi kan.
Anak saya si Aya Sophia pun sama. Kali pertama dengar lagu ni masa dia tadika, 5 tahun. Ada satu lagi lagu yang dia suka nyanyi,
Segitiga,
Amerika,
India Aca-aca,
Ku tembak jatuh cinta,
Jeli jeli papa,
Jeli jeli mama,
Jeli jeli ultraman,
Jeli jeli superman,
Jeli jeli stop!
Help! Sampai aku pun dah hafal.
Siapalah pencipta lirik lagu ni ek? Tak ada kaitan langsung antara rangkap.
Nak kata asal dari Tiktok/ Youtube, bukan. Nak kata kita yang ajar, lagilah tak.
Zaman kita Assalammualaikum, kum apa kombat, bat apa batman, man apa mentol tu je. Nak kata cikgu tadika ajar, memang tak ada ajar lagu-lagu gini.
Kita kena selesaikan misteri ni segara guys. Sebab dia viral satu Malaysia tanpa diketahui asal usulnya.
Anak kau orang nyanyi lagu apa pulak?
Mingguan Wanita : Kita pakat ramai-ramai cari siapalah penulis lirik ni…hihih
Keadaan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas, sekejap hujan membuatkan badan kita pun berubah. Demam, batuk dan selesema, masalah kesihatan ‘tiga serangkai’ nie mudah sahaja menyerang.
Kalau rasa sudah tidak tahan, ubat klinik sahajalah jalan terakhir untuk anda mengurangkan dan menghilangkan masalah kesihatan ini. Tapi, ada juga mak-mak yang tidak suka mengambil ubat klinik dan sedaya upaya untuk merawat secara alami. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang masih kecil. Mak-mak boleh cuba guna bahan ini untuk hilangkan batuk dan kahak. Malah, bahan-bahan ini pun senang nak dapat. Cubalah.
Bahan-bahan :
Lobak merah
6 sudu besar madu
Air
Cara-caranya :
1.Kupas dan potong lobak merah. Kemudian, rebus lobak merah itu sehingga lembut.
2.Asingkan air rebusan lobak merah tadi.
3.Kemudian. Kisar lobak merah yang direbus tadi sehingga lumat.
4.Ambil madu dan masukkan ke dalam air rebusan lobak merah. Campurkan dengan isi lobak merah yang dikisar dan kisar sekali lagi.
5.Siap untuk diminuim dan boleh disimpan dalam peti ais.
6.Ambil 3-4 sudu besar setiap hari.
Mudahkan! Mak-mak boleh cuba berikan pada anak-anak tetapi kurangkan jumlahnya, mungkin 1-2 sudu sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasa dengarkan mak-mak yang akan berkongsi rutin hariannya yang dah macam ‘tangan sotong’. Buat semua perkara dalam satu masa, di hujung cerita mak akan luah perasaan; maklumkan habis tenaga.. PENAT, KELETIHAN.
Dan sebab mak-mak rasa dia ada ‘tangan sotong’ inilah yang buat mak nak jadi superwoman. Buat semua perkara yang sempurna di pandangan matanya. Yang mana, akhirnya semua usaha itu membuatkan perasaan mak-mak makin tertekan, stress, penat dan akhirnya TAK KE MANA.
Percayalah.. Kerana nasihat yang cuba disampaikan oleh Mastura Abu Bakar, mantan pensyarah di MSU yang juga pemilik Parenting Cafe ini ada banyak benarnya.
Sebab apa? Hakikatnya, tangan mak-mak sebenarnya cuma ada 2 saja. Dan sebab inilah mak-mak kena belajar ‘Let Go’ perasaan. Caranya?
Belajar Let Go Perasaan
Sejak ada anak no.3 ni, saya belajar let go perasaan. Macam ni..
Tangan kita ada dua je. Tapi nak uruskan banyak perkara. Rasa nak buat semua benda. Tapi masa tak cukup.
√ Rumah bersepah. Sakit mata.
√ Mainan merata-rata. Terpijak-pijak.
√ Pinggan tak basuh. Sinki penuh.
√ Baju menggunung. Tak basuh. Tak lipat.
√ Parcel nak dipos masih tak berbungkus.
√ Lauk masih tak masak.
√ Anak tak mandi lagi.
√ Diri sendiri tak mandi lagi.
√ Pm customer tak berbalas lagi.
√ Aktiviti anak-anak tak prepare lagi.
Panjangnya to do list. Stresssss sangat fikirkan.
Last-last kita baring. Tak dapat buat apa-apa sebab serabut. Langsung tak produktif. Mood ke laut. Marah anak-anak. Marah suami.
Sebab apa? Sebab kita nak semuanya perfect.
Badan Kita Satu, Tangan Kita Cuma Ada 2 Saja
Rumah tersusun rapi. Mainan kemas tersimpan. Sinki bersih. Baju berlipat. Bakul kain kosong. Anak-anak dah siap wangi awal pagi. Lauk masak yang sedap-sedap. Aktiviti anak-anak dah well-prepared.
Kesian lah kat diri sendiri. Badan kita ada satu je. Tangan kita ada dua je.
Berbaloi ke rumah kemas tapi diri sendiri tak happy? Penat. Emo. Overthinking.
Kita fikir, kita terlebih fikir. Kita jadi letih. Kita jadi tertekan. Kita rasa kita gagal sebab tak boleh selesaikan semua. Rasa diri tak berguna.
Berbaloi ke? Tak berbaloi kan?
Tak Apalah Mak-mak.. Kalau Semua Tak Siap
Jadi sayangi diri sendiri. Buat sikit-sikit. Let go perasaan nak perfect. It’s okay kalau semuanya tak siap, tak apa. Buat yang penting sahaja dulu. Kalau ada masa buat la.
Ambil masa. Take a breath.
Pujuk hati. Raikan kejayaan yang kecil. InsyaAllah kita tenang.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...