Julia Farhana ikhlas bertudung kerana Allah. Syukur alhamdulillah pelakon yang baru saja mendirikan rumah tangga Julia Farhana Marin kini sudah berhijab.
Berkongsi dirinya memutuskan untuk berhijab bukannya paksaan atau permintaan daripada sesiapa. Tetapi terbuka sendiri dan berasa sangat tenang dan merasakan dirinya lebih dekat dengan Allah SWT.
Pada awalnya seperti yang diceritakan menerusi portal berita, Julia berniat untuk bertudung sewaktu Ramadan namun terbuka hati untuk mengenakan tudung pada masa ini.
“Alhamdulillah, saya ikhlas bertudung kerana Allah. Pada mulanya, saya berniat untuk bertudung pada bulan Ramadan yang bakal tiba nanti, tetapi akhirnya saya putuskan untuk terus mengenakan tudung dari sekarang.
“Doakan saya untuk terus kekal istiqomah dengan penampilan baru ini,” kongsinya.
Julia turut menerangkan suaminya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32 pendorong dirinya berubah dan mendalami agama Islam sebelum mereka berkahwin lagi.
“Suamilah orang yang paling gembira bila melihat penghijrahan saya ini. Saya bersyukur kerana suami sangat memahami dan dia tidak pernah letak syarat untuk bertudung bila sudah berkahwin.
“Semuanya berlaku secara berperingkat bermula dari pakaian.
“Suami banyak memberi bimbingan dari segi tanggungjawab sebagai wanita Islam dengan menutup aurat, menjaga solat lima waktu dan membaca al-Quran,” ceritanya.
Julia juga akui sudah memadam gambar tidak bertudung di akaun Instagramnya.
“Saya putuskan untuk memadam semua gambar tidak bertudung kerana tidak mahu ia membawa kembali ke zaman silam.
“Saya mahu berubah bukan sekadar menutup aurat saja, tetapi dari pelbagai aspek lain seperti pertuturan, bersihkan hati, menjaga solat dan hubungan dengan orang sekeliling,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Menarik Juga : ‘Pakai Tudung Tapi Tak Ikhlas & Tak Tutup Aurat’, Jangan Persiakan Amalan Bertudung
Baca Disini : Lufya Tuntut Mutaah RM1 Juta, Peguam Akui Angka Tepat. Dr Hafiz Terkejut & Enggan Komen
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Julia Farhana Marin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?