Membeli belah dalam talian (online) merupakan perkara biasa dalam kalangan berjuta orang di seluruh dunia. Namun, kini, pembelian barang dan perkhidmatan dalam talian semakin rancak dan semakin melonjak naik serta mendapat kepercayaan di kalangan pembeli di Malaysia. 

Menyedari hakikat tersebut, Shopee Rai Lokal mendedahkan bahawa jumlah jualan dari penjual strim langsung Shopee Live terbaik dari setiap negeri di seluruh negara mencecah RM 4.6 juta sepanjang 12 bulan yang lalu menerusi lebih 2,300 penstriman secara langsung. Sekaligus, jelas menunjukkan Shopee Live memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan perniagaan rakyat Malaysia. Jualan 9.9 lalu pula menyaksikan pesanan penjual tempatan berkembang sebanyak 36 kali ganda! 

Shopee turut mendedahkan bahawa separuh daripada barangan terjual daripada penjual strim langsung paling aktif adalah melalui produk fesyen yang terbahagi kepada pakaian baru dan terpakai (pre-loved). Selain itu, barangan kemas, produk wangian dan kecantikan pula merangkumi 25% daripada barangan yang terjual di strim secara langsung.  

Siapa sangka, empat penjual strim langsung terbaik dari Pulau Pinang yang menjual barangan kemas telah menyumbang kepada Kawasan Wilayah Utara Malaysia merekodkan jualan tertinggi di Shopee Live dengan RM1.5 juta barangan terjual. Manakala Wilayah Tengah Malaysia pula mencatatkan RM1.2 juta barangan terjual. Pantai Timur mengungguli rantau paling aktif dengan 30% strim langsung dijalankan oleh penjual di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kesemua negeri kecuali Johor mempunyai penjual strim langsung yang menjual barangan bundle dan terpakai.  

Antara penjual strim langsung yang cemerlang di Malaysia termasuklah , NaNNa Crystal Jewellery dari Pulau Pinang, __SSLine29___her’s bag Heanny’ dari Sarawak dan Miera Estore dari Kuala Lumpur yang menjual pelbagai pakaian termasuk pre-loved. Jika anda pembeli tegar di Shopee, nama Momo House dari Kedah pastinya tidak asing lagi kerana penjual Shopee Preferred + itu mempunyai hampir sejuta pengikut dan merekodkan antara penjual strim langsung paling tinggi di Malaysia. 

Jualan Fesyen, Barang Kemas Terus Ungguli Jualan Secara Dalam Talian. Shopee Live Jadi Lubuk Rezeki!

Ads

Jualan Pada Kumpulan Sasar 

Kehadiran Shopee Live telah memberi banyak manfaat untuk penjual memasarkan produk mereka kepada kumpulan sasar yang efektif. Antara penjual yang berjaya menggunakan platform tersebut sebaik mungkin ialah Lulu Waniey, pemilik Lulu Resources dari Kota Bharu, Kelantan yang menawarkan pakaian Muslimah.  

Sebelum Shopee Live, Lulu beroperasi di pasaran luar talian seperti pasar malam dan pasar pagi. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi apabila berniaga secara fizikal ialah apabila jualan harian kurang daripada RM100, menghadapi kekangan menyewa kedai fizikal dan waktu operasi di pasar yang tidak konsisten.  Keputusannya menggunakan platform Shopee Live mengubah nasibnya. Lulu berjaya mengembangkan pengkalan pelanggannya dan meningkatkan jualan sehingga mencecah RM100,000 sebulan.  Ternyata fesyen Muslimah mempunyai jumlah permintaan yang tinggi di Shopee Live serta mendapat tempat di hati para Muslimah di Malaysia! 

Antara faktor mendorong kejayaan tersebut termasuklah jadual fleksibel Shopee Live yang membolehkan Lulu berhubung dengan para pelanggan pada waktu optimal membeli-belah. Pada masa  yang sama, ia dapat mengurangkan kos dengan tidak perlu menanggung sewa kedai secara fizikal. Isi kandungan strim langsungnya yang bersifat peribadi dan aktiviti menggalakkan penglibatan bersama para pelanggan juga turut menjadi faktor pendorong kejayaannya ini. 

Ads

Tambah Lulu lagi “Perniagaannya kini 100% di Shopee Live. Setelah belajar cara melakukan penstriman langsung dan memupuk keyakinan diri, Lulu dapat melihat dirinya ‘bagaikan mempunyai sebuah kedai yang besar’ di mana pelanggan tertunggu-tunggu dirinya bersiaran di alam maya.  

“Saya kini mempunyai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan di mana saya boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di samping menjalankan perniagaan di Shopee Live. Ia memberikan saya bukan sahaja kegembiraan tetapi kepuasan hidup.” 

Sementara itu, Ooi Zhi Wei, pemilik Zhi Wei Herb yang menjual herba dan kacang Gred A bernutrisi, merupakan antara penjual pertama yang menyertai Shopee Live pada 2019.  

Ads

Zhi Wei berinteraksi secara langsung dengan pelanggan di Shopee Live selain berkongsi demo berkenaan produk dan memastikan ketulusan pada setiap penstriman secara langsung.  

“Apa yang Zhi Wei tunjuk di Shopee Live adalah apa yang pembeli bakal perolehi apabila membeli produk tersebut. Selain itu, ia dapat memupuk hubungan yang baik dengan pelanggan serta menjawab soalan secara langsung”.  

Seperti Lulu Resources, Zhi Wei Herb turut menyaksikan perniagaannya berkembang dengan baik. 

“Prestasi kedai saya meningkat dengan ketara. Hubungan kuat dengan para pelanggan memacu trafik ke kedai saya. Sebagai contoh, jika satu sesi strim secara langsung kami mempunyai 12,000 penonton, sekurang-kurang 70% penonton akan melawat kedai Shopee kami,” ujarnya seraya mengakhiri perbualan. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI