Memasuki kawasan kediaman rumah teres setingkat yang berada di Puncak Alam, mata terpaku dengan sebuah kediaman berlatarkan warna merah jambu, terdetik di hati penulis pasti pemilik rumah ini benar-benar minat dengan warna tersebut kerana bukan sahaja dinding luar yang dicat dengan warna merah jambu, malah pagar yang menutupi ruang kediaman tersebut turut dicat dengan warna yang sama.
Saat dijemput masuk ke kediaman ini, ternyata telahan penulis tepat sekali. Warna merah jambu dijadikan warna dominan dalam hiasan kediaman Nurul Faten Hazirah Mohd Hanif, 26 dan suaminya Mohd Azuwan Md Nor, 29. Berkonsepkan minimalis dengan sentuhan scandinavian, konsep tersebut dipilih kerana minat dengan perabot dan dekorasi sedemikian rupa. Pemilihan warna pula dibuat atas permintaan sang isteri yang gemarkan warna merah jambu.
Ruang tamu kediaman turut dihias dengan perabot merah jambu
“Sudah hampir tiga tahun saya dan suami tinggal di kediaman ini. Dahulu susun atur dan dekorasi rumah kami bukan macam ini. Awal-awal menetap di sini perabot yang ada hanya asas sahaja seperti sofa dan meja makan. Itupun kami banyak beli perabot terpakai dan rumah kami tiada berkonsep.
“Sebelum kahwin dan mempunyai rumah sendiri, memang saya ada beritahu suami untuk catkan dengan warna merah jambu. Bila dah beli rumah dan mempunyai bajet, suami tunaikan impian saya itu. Konsep minimalis ini kami pilih sebab tidak mahu rumah penuh dengan perabot dan kebetulan rekabentuk perabot scandinavian itu menepati cita rasa saya dan suami. Daripada hasil pemerhatian kami di media sosial seperti Instagram dengan sedikit perubahan hasil idea kami sendiri, maka inilah deko rumah kediaman kami yang beronakan merah jambu dan putih.
Suami Tak Kisah
Ketika diajukan soalan tentang pemilihan warna untuk rumah dan juga perabot daripada warna ini kepada Mohd Azuwan, menurutnya dia tidak punya masalah dengan warna tersebut malah menyokong idea isterinya untuk mendeko kediaman mereka dengan warna merah jambu.
“Saya dan isteri sama-sama berbincang dalam menghias kediaman kami. Adakalanya idea saya turut diguna pakai dalam menghias dan memilih barangan di dalam rumah. Selebihnya, saya serahkan pada isteri untuk membuat keputusan.
Ads
Tambah Azuwan lagi, kediamannya ini yang mempunyai tiga bilik tidur tidaklah disiapkan sekaligus. Sebaliknya, dia dan isterinya, Faten membeli perabot dan hiasan lain secara berperingkat.
“bagi menyiapkan deko rumah dengan konsep dan warna ini bukanlah saya buat sekaligus. Agak lama juga kami ambil masa untuk siapkan. Kami buat sedikit demi sedikit berdasarkan keperluan dan mengikut bajet. Mulanya kami jual perabot lama yang kami beli dahulu dan buat modal untuk beli perabot baru. Biasanya Faten yang akan mencari dan survey perabot dan barang hiasan rumah untuk kami beli,” ujar Azuwan tentang kediamannya itu.
DIY Sendiri
Ads
Gemar mengunjungi Ikea, Kaison dan banyak lagi dalam mencari hiasan serta perabot untuk kediaman mereka mengikut konsep dan warna kegemaran, pasangan ini turut mengecat sendiri beberapa hiasan dalam kediaman mereka sesuai dengan konsep dan warna yang dipilih.
“Saya memang suka pergi Ikea dan Kaison. Selain daripada itu, perabot dan barangan di rumah saya ini ada yang saya beli secara atas talian. Memang kebanyakan perabot berkonsepkan scandinavian ini mudah didapati secara online dan harganya lebih berpatutan.
“Ada juga barangan yang kami beli tiada dalam warna merah jambu, apa yang suami saya buat adalah mengecat semula barangan tersebut dengan warna merah jambu yang ada. Cermin di dinding saya contohnya, ia sebenarnya berwarna putih, tapi untuk ikut konsep warna kami, jadi kami perlu DIY sendiri,” cerita Faten lagi.
Ads
Berkongsi rutin dalam menjaga kediaman mereka yang ‘sweet’ ini, menurut Faten seminggu sekali dia memang perlu bersihkan habuk-habuk yang melekat pada perabot mereka terutama yang berwarna putih.
“Setiap hujung minggu memang saya dan suami akan mengemas secara total. Kami ada tugas masing-masing untuk pastikan rumah kami sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Saya memang akan bersihkan habuk-habuk pada perabot putih. Manakala tugas mengemop dan membersihkan bahagian luar pula dilakukan oleh suami.
Kediaman ini masih lagi tidak belum lagi dihias sepenuhnya. Menurut Azuwan buat masa kini tumpuan diberikan kepada ruang tamu dan juga ruang makan. Fasa seterusnya akan tumpukan pula pada bilik-bilik yang ada beserta ruang lain dalam kediaman mereka.
“Kalau nak diikutkan rumah kami tak siap deko sepenuhnya lagi. Kami tumpukan pada ruang tamu dan juga ruang makan terlebih dahulu. Insya Allah tak lama lagi kami akan deko bilik dan juga bahagian lain dalam rumah.”
Jelas pasangan ini lagi, setelah kediaman mereka bertukar wajah, ternyata perasaan lebih tenang tatkala menghabiskan masa di rumah sendiri setelah seharian keluar bekerja Benarlah bak kata pepatah ‘Rumahku Syurgaku’
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari raya makin menjelang tiba. Walau pun tahun ini sambutan hari raya tak seperti tahun-tahun lalu, tapi budaya membersihkan rumah dan menghias cumah cantik-cantik tetap diadakan.
Bila tilik kipas siling dalam rumah, cuba mak-mak tengok keadaannya, nampak masih ok atau dah nampak buruk dan berkarat? Hah, ini lah waktunya untuk bagi cantik sikit kipas siling tanpa beli baru.
Modal Tak Besar..
Sebenarnya, boleh DIY je, boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar ataupun nak kena tukar kipas yang lain. Dengan hanya menggunakan semburan ‘Spray Paint’ sahaja.
Cara nak buatnya pun mudah sangat. Hasilnya nanti, kipas siling lama nampak baru dan Cantik, Tak Payah Beli Yang Lain. Kan Jimat!
Bahan Diperlukan Untuk DIY:
Cat Semburan ‘Spray Paint’ (Ikut Suka Pilihan warna)
Kipas Siling Lama
Scrapper (pengikis)
Kain pengelap
Cara-Cara Bersihkan Kipas Siling:
Langkah 1: Buka dan bersihkan bilah kipas dengan kain lap, kikis sisa karat yang ada pada bilah kipas.
Langkah 2: Semburkan dengan spray paint warna pilihan anda.
Langkah 3: Biarkan semalaman atau tunggu sehingga ia benar-benar kering dan pasang semula kipas tersebut.
Siap!
Selamat mencuba!
INFO EKSTRA!
Botol Cat Semburan ‘Spray Paint ini boleh didapati di kedai-kedai hardware, Kedai Alat Tulis mahupun kedai serbaneka.
Kemas sungguh bahagian dapur tambahan Zaza Zalina ini. Susun aturnya pun teratur dan boleh dijadikan inspirasi kemas rumah untuk geng mak-mak yang lainnya. Sentuhan klasik itu yang buat mudah jatuh hati.
Kata Zaza, “ni cara saya mengemas di dapur. Rak kayu dan rak rotan lama tu pun masih elok. Boleh digunakan untuk letak bawang dan periuk-periuk.”
Yang penting, dapur klasik Zaza ini mengamalkan penjimatan ruang dan barang dapur yang masih boleh digunakan tak dibuang, tapi digunakan semula.
Dapur Tambahan Pandangan Dari Luar Kediaman
Kemas Idea Susun Atur Dapur Tambahan Ini
Orang lama yang masih gunakan periuk lama.
Dulu-dulu rotan ni tempat letak suratkhabar dan majalah. Sekarang akak gunakan untuk letak dulang-dulang.
Bakul yang isi bawang tu pun dulu-dulu mak kita pakai untuk alas kuali dan periuk panas. Bukan sekadar panas aje tau….untuk selamatkan meja comot sebab masak dapur kayu, bawah kuali tu jadi hitam legam hehee. Dipanggil lekar.
Kicap dan sos selalu guna, tak sempat simpan esbok dah habis.
Sekarang musim durian kan… memang sesuai gunakan dulang ni tau.
Ni tempat letak hanger dan sepit baju, kuali, besen-besen dan lain-lain peralatan dapur.
Penyapu dan mop akak sangkutkan di grill ujung tu. Bahan pencuci dalam bakul.
Area Tempat Makan
Di dapur pun kena ada cermin. Senang tengok tudung senget ke tak bila tiap kali bunyi pin pin pos laju hantar barang shopee yang anak-anak order. Belah kiri tu rotan tepuk-tepuk karpet… gantung aje la senang nak capai.
Saya biar lapang terbuka gitu sebab senang nak kemas dan sapu-sapu habuk. Satu lagi akak ni jenis takut binatang merayap macam cicak ke lipas ke lain-lain tu. Bila lapang tak risau dah.
Sumber/Foto : Zaza Zalina *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rasanya masih belum reda lagi pasal hobi tanam pokok hiasan dalam rumah. Masing-masing sibuk dok mencari pokok yang sesuai untuk letak dalam rumah. Maklumlah, tak perlu nak bersiram setiap hari dan penjagaannya pun senang.
Ingat, walaupun ia tidak memerlukan penjagaan hari-hari, kita sebagai tuannya kena ada tanggungjawab. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam, selepas itu, mulalah malas nak ‘membela’. Akhirnya pokok itu mati begitu sahaja.
Eddie Putera berkongsi tentang tip penting dalam menjaga pokok dalam rumah. Boleh dijadikan panduan untuk anda di luar sana.
Pastikan Sihat
Ramai yang sekarang teruja dan terjebak dengan indoor plants. Satu elemen yang amat best dalam rumah, menyihatkan mental dan merangsang kesihatan minda.
Tapi kena ingat, pokok ialah benda hidup. Apabila kita sudah commit untuk membela benda hidup, ia jadi tanggungjawab untuk kita pastikan dia sihat dan tidak mati. Sama macam bela kucing atau hamster. Kita dah jadi mami dan papa pokok. Kejam kalau kita beli dan pokok mati.
Tip untuk jaga pokok dalam rumah
1. Cahaya, cahaya dan cahaya. Cahaya jauh lebih penting dari air bagi pokok. Kalau kita abaikan air, masih boleh diselamatkan pokok. Tapi kalau cahaya tak cukup, Sama macam kita minum air tapi tak makan nasi. Make sure pokok dapat cahaya at least 6 jam satu hari. Letak tepi tingkap atau sliding door. Yang paling baik, kita tambah artificial lighting untuk bantu photosintesis.
2. Ada 2 batch pokok. Satu batch kat luar, satu kat dalam rumah. Then tukar, gilir gilir setiap 1 bulan atau 6 minggu. Kadang kadang biar jer kat luar seminggu dua.. baru bawa masuk balik. Macam kita juga, pokok perlukan tukar tukar angin bercuti dan makan sedap sedap.
3. Pastikan ada udara mengalir. Kipas atau angin dari luar. Sebab kalau kita jenis yang suka spray daun dengan air untuk buang habuk, air tak boleh lekat pada daun terlalu lama. Akan jadi penyakit. Dan angin yang mengalir akan menyejukkan pokok. Pokok pun macam kita, kalau panas, dia rimas.
4. JANGAN over siram. Cucuk jari dalam compost. Kalau ada compost melekat kat jari, tak payah siram dulu. Kalau debu jer lekat maknanya air dah kurang. baru siram. Paling afdal, angkat semua masuk toilet, and bukak shower..mandikan.. biar air semua keluar kot bawah pasu baru angkat keluar dan anginkan. Buat 7-10 hari satu kali.. TAK PAYAH siram hari hari.
5. Tak payah baja memahal. Cukup sebulan sekali bawak keluar, letak baja taik ayam/kambing 5 6 ketul dalam pot. Biar satu malam, besok bawak masuk.
6. Alat alat menanam dan trimmimg kena cukup. Tak payah beli memahal. MR. DIY atau kedai RM2 pun ada.
7. Kalau rasa macam banyak kerja, dan menyusahkan, beli jer pokok plastik. Jangan jadi orang yang KEJAM dan pembunuh pokok.
MW: Jangan kita kejam pada pokok dan jangan terlalu ikut perasaan. Orang lain deko pokok dalam rumah kita pun nak juga. Akhirnya, pokok tu mati tidak ‘terbela’.