Hiburan

Jual Nasi Ayam & Nasi Minyak, Amelina Tak Malu Berusaha Dari Mengharap Belas Kasihan Orang

Share

Tidak dinafikan pandemik Covid-19 memberi kesan pada ramai individu. Golongan anak seni juga tidak terkecuali. Jika dulu berpenampilan glamor, sibuk memenuhi pelbagai persembahan dan pelbagai tawaran lakonan, kini terpaksa menukar cabang berbeza untuk terus berusaha meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki halal daripada hanya mengharap belas ikhsan.

Penampilan Berbeza Amelina

Sejak menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan menjual nasi minyak dan nasi ayam, penyanyi dangdut Amelina menyifatkan keadaan dan penampilan dirinya kini sangat berbeza berbanding dahulu kerana banyak menghabiskan masa di dapur.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, berkongsi sebuah video ketika menyediakan tempahan makanan dengan kapsyen berbaur seloroh apabila memberitahu badannya kini tidak seharum dahulu kerana berbau bawang putih.

“Macam inilah keadaan saya setiap malam. Sediakan tempahan. Dulu wangi bau minyak wangi Dior, Gucci, pakai lip lap (baju cantik), rambut kepuk-kepuk.

“Sekarang kak long (panggilan dirinya) dah bau bawang putih, ayam dan minyak sapi,” tulisnya.

Sediakan Tempahan

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam Instagramnya, pelantun lagu Asyik itu berkongsi rutin hariannya mencuci ayam untuk menyediakan tempahan ‘nasi minyak asyik’ atau ‘nasi ayam rindu’ untuk pelanggannya.

Walaupun begitu, Amelina tetap melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan mencari rezeki dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan hari ini dan berdoa semoga semuanya kembali seperti biasa suatu hari nanti.

“Kuatkan semangat semua. Kita sama-sama mendoakan satu sama lain. Insya-Allah seandainya kita mendoakan kebaikan untuk seseorang, para malaikat akan mendoakan kita kembali.

“Mari kita doa sama-sama okey. Teruskan tabah, cekal dan muhasabah,” ujarnya.

Terdahulu, ibu tunggal kepada enam orang cahaya mata itu mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan makanan nasi minyak dan nasi ayam secara kecil-kecilan demi meneruskan kelangsungan hidup yang semakin getir akibat Covid-19.Ujar Amelina, dia tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari nanti dia akan berniaga makanan hasil air tangannya sendiri.

7 Tahun Jadi Ibu Tunggal

Disamping itu, penyanyi dangdut yang terkenal dengan lagu “Rindu” ini juga ada berkongsi kesusahan dan kepayahan selama 7 tahun bergelar ibu tunggal. Selalu berjimat cermat mengutamakan keperluan anak-anak dan keluarga berbanding membeli kemahuan barangan berjenama.

“7 tahun Kaklong menjadi ibu tunggal, kaklong tak pernah beli bag, kasut mahal, kaklong tak ada kereta mewah, kaklong tak ada apa untuk dibanggakan.Kaklong ni spesis “apa ada nya”.”

“Tipulah kalau kalau Kaklong tak teragak-agak benda-benda tu semua tapi kaklong selalu pujuk hati “Takper ada rezeki lebih nanti aku beli” tapi sepanjang 7 tahun tu takder rupanya berlebih pun. Allah bagi kaklong cukup-cukup untuk keperluan anak-anak dan family kaklong.”

“Kaklong selalu berjimat cermat. Bukan tak ada yang pandang rendah pun sebab kaklong tak pakai barang-barang branded tapi kaklong pujuk hati “Kalau dah cantik pakai barang murah pun nampak mahal” eh eh ( cam kekwat kan) ke mana-mana pun orang kenal kaklong, pakai mask pun orang kenal.”

“Banyaknya rezeki yang kaklong dapat kaklong lebihkan keperluan bukan kemahuan.


Bila kaklong susah sekarang kaklong tak malu pun untuk berusaha dari kita mengharap belas kasihan orang.Bagitau kita susah tapi kita tak buat apa-apa. Sampai bila? Paling tidak orang cakap “padan lah muka”, ujarnya.

Malah, Amelina juga sempat menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat ibu tunggal dan golongan wanita yang teraniaya.

Kaklong nak semua ikut semangat kaklong nak-nak ibu-ibu tunggal yang golongan teraniaya yang ditinggalkan tanpa nafkah anak-anak, kaklong faham sebab kaklong salah seorang dari anda. Kaklong bukan janda berharta pun ATAU bekas isteri orang kaya.

Ibu tunggal yang teraniaya ini mulia tau! Allah & malaikat selalu mendoakan kita.

Yang penting NIAT kita tak tersasar dari landasan.

Baca Lagi Di Sini:
Projek FOODBANK Radin Era “Tak Perlu Kaya Untuk Buat Orang Lain Bahagia”
Fendy Caliph Buskers Rayu Dapatkan Rumah PPR, Duit Simpanan Menyusut Akibat Pandemik Covid-19

Mingguan Wanita :Setuju dengan pesanan Amelina, tak perlu malu untuk terus berusaha berbanding harap mengharapkan belas ihsan daripada orang lain tanpa berbuat apa-apa. Semoga Amelina terus dilimpahkan rezeki dan kuat untuk meneruskan kehidupan.

Sumber :Kosmo, Instagram Amelina

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah.(https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab