Jual Cerita Kematian Anak, Wanita Nama “Sahara” Dikesan Scam Kutip Duit Raih Simpati

Share

Jual kematian anak, wanita nama Sahara dikesan scam kutip duit raih simpati. Hakikatnya hari ini wujud individu yang menjual elemen simpati khususnya bab kematian anak untuk meraih untung.

Ini kerana hal-hal berkaitan kematian yang berkait rapat dengan emosi adalah hal paling mudah “dijual” di media sosial selain “elemen agama” yang mana orang sangat mudah bersimpati dan akan “bersedekah” tanpa menyedari ia hanya satu sandiwara.

Jual Kematian Anak

Satu perkongsian dari penulis Rohana Rahmat di fbnya mengenai individu bernama “Sahara” yang cuba meraih simpati akan kematian anaknya mungkin boleh dijadikan panduan buat semua agar lebih berhati-hati ketika menghulurkan simpati khususnya berkaitan duit.

Difahamkan, “Sahara” pernah berkongsi kematian anaknya pada 2021 dan tahun 2023 sekali lagi, dirinya bercerita hal yang sama. Motifnya adalah duit semata-mata di mana dia berjanji akan membayarnya semula tetapi biasanya dihalalkan saja kerana “ramai bersimpati” akan kematian anaknya.

Bacalah, dan jika pernah berkongsi kisahnya yang disyer dari perkongsian Rohana Rahmat mungkin boleh delete posting berkenaan dan tidak menyiarkannya lagi kerana ia boleh mengelak dari ramai orang menderma kepadanya.

Baca perkongsiannya:-

Petang tadi aku dikejutkan dengan satu mesej yang singgah di ‘messenger’ku.

BERDEBAR-DEBAR laju jantungku !

Apakah benar-benar terjadi seperti yang aku fikirkan?

Allahuakbar !

Perbualan kami akhirnya bersambung di WhatsApp agar dapat bercerita dengan lebih lanjut.

Kisah yang aku pos dalam fb mengenai individu bernama Sahara mendapat liputan atas dasar kasihan dan kemanusiaan.

Posting berturut-turutku (bahagian 1,2 & 3 serta posting pemberitahuan kembalinya ke rahmatullah anaknya) telah dibaca, dikomen, disalin dan tampal dan dikongsi oleh ramai pengguna fb. Semua aku pos pada tarikh yang sama iaitu Khamis, 27.7.2023.

Atas dasar kasihan, aku juga akui mahu ia berlaku agar ramai orang tampil dan menghulurkan bantuan. Ternyata benar!

Namun, kisah di sebaliknya pula berlaku. Yang menjadikan postingku itu jadi negatif dari sudut pandang yang lain.

Wanita Nama “Sahara” Dikesan Scam Kutip Duit Raih Simpati

Aku tidak berniat apa-apa selain mahu membantu sekadar yang mampu. Sesama insan dan rasa kasihan yang mendalam melihat sekujur tubuh anak kecil itu.

Semalam, Sabtu (29.7.2023) selesai tugas sebagai seorang ibu, dari Saser aku dan suami terus meluncurkan kenderaan kami ke Serom 3 seperti yang dikatakan oleh Sahara.

Di situ aku ke sana ke mari, Kampung Serom 3 Masjid dan Kampung Serom 3 Panggung. Bertanya kepada sesiapa sahaja yang kami temui, namun tiada yang mengenali nama orang yang kami sebutkan.

Di Serom 3 Panggung, seorang lelaki memberitahu ada orang meninggal pada hari yang kami nyatakan di Serom 5. Kami terus ke sana.

Di Serom 5 pula ada Kampung Serom 5 Hulu dan Kampung Serom 5 Hilir. Sekali lagi kami bertanya dengan sesiapa sahaja yang kami temui.

Mengapa kami ke sana?

Kami membawa amanah orang untuk diserahkan kepadanya.

Namun di kedua-dua kampung itu juga tiada yang mengenali nama itu. Malah ada yang mengatakan tiada kanak-kanak meninggal.

Orang yang meninggal ialah seorang wanita kerana lemas.

Tidak puas hati kami ke masjid dan surau untuk mendapatkan kepastian. Jawapannya sama !

Akhirnya, setelah matahari menyembunyikan diri, gelap mengganti kami pun pulang membawa kecewa di hati.

Misi kami TAK TERCAPAI.

Tambah menyedihkan, sejak semalam nombor telefon yang diberikan kepada kami dan yang kami gunakan untuk berhubung dengannya sepanjang peristiwa itu berlaku – tidak dapat dihubungi.

Pagi ini pun aku cuba menghubunginya lagi. Berkali-kali bukan sekali. Tetap tak dijawab panggilan kami.

Panggilan – tiada yang jawab.

WhatsApp – tiada balasan.

Fb dengan nama Sue Ramlan juga sudah tidak berfungsi. fb inilah yang menyokong Sahara supaya aku mempercayai keadaannya.

Nombor telefon kedua dengan nama Ramlan bin Mat Said juga sudah tidak boleh dihubungi.

Katanya itulah ‘jirannya’ yang baik sehingga nombor akaun CIMB milik Ramlan digunakan.

Aku tidak berniat mahu memburuk-burukkan mana-mana individu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI  :- Pelukis Mural Kena Scam Dengan Cikgu, Janji RM1000 Bila Siap Bertekak Nak Bayar RM300 Saja

Rasa Kena Scam, Tekan “Kill Switch” Bagi Pengguna Maybank2u. Semua Urusan Duit Terhenti Serta Merta

Kenyang Scammer Menipu, Review Rumah Di Sg Besar Tapi Bila Pelanggan Tiba Rumah Tak Wujud

Kena Scam, DAIL CEPAT 997. NSCR Berjaya Sekat Duit Dikeluarkan Kurang 4 Minit Dari Mangsa Hubungi

Dengan rasa rendah diri dan kesal yang mendalam aku memohon jasa baik semua rakan fb yang telah salin dan tampal serta mengkongsi posting tersebut agar SEGERA MENURUNKANNYA. DELETE.

Jasa baik semua amat-amat aku harapkan. Bukan menghalang orang menderma tetapi biarlah dengan cara yang betul.

Aku menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala perkara yang terjadi.

Sesungguhnya aku tidak berniat lain selain mahu membantu.

#tintauntukwangsa

#pesananakhiribu

#maafkankekhilafanku

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Anak semakin gembira Elyana kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Terkini wanita tabah ini sedia harungi rawatan untuk melawan semula penyakit kansernya. Semoga yang baik-baik aje untuk Elyana nanti..

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros