Joyrevfa Kongsi Pengalaman Berlakon Di Indonesia, Rupanya Pernah Juga Jadi Jurusolek Kesan Khas

Kalau mak-mak tengok papan iklan billboard dekat tepi highway, mesti akan perasan wajah pengasas MERVE Cosmetics, Joyrevfa dengan style tudung yang unik. Setakat ini dekat Malaysia, iklan yang lain dari yang lain terutama style penggayaan tudung, memang totally milik Joyrevfa lah.

Rupanya di sebalik iklan yang kreatif itu, Joyrevfa sendiri memang orang berjiwa seni. Ini dikongsikan menerusi pengalamannya yang pernah terlibat dengan kerja-kerja seni sewaktu di Indonesia ketika umurnya 23 tahun.

Ujarnya, “Teringat pengalaman berharga kali pertama saya terlibat sebagai pelakon watak Lulu (guru kepada budak lelaki yang dibunuh) dalam filem festival Indonesia “The Perfect House” oleh producer terkenal Vera Lasutyang telah berjaya disiarkan di Indonesia, Korea Selatan, Melbourne Australia, Hong Kong & Cannes, France pada tahun 2011.

Waktu ni umur saya 23 tahun dan rasa berbangga kerana terpilih sebagai salah seorang pelakon supporting sekaligus bekerja sebagai makeup film effect (jurusolek kesan khas) dalam filem festival ini.

 

 

Akui Joy lagi inilah pengalaman yang tak dapat dilupakannya. Terutama berlakon bersama barisan pelakon-pelakon hebat di Indonesia seperti Cathy Sharon, Bella Esperance, Erly Asih, Mike Lucock, Endy Arfian & Wanda Nizar.

Ads

“Melalui pengambaran dalam hutan dan diliputi lumpur pada muka. Ditanam di dalam kubur dan digendong oleh Muke Lucock dalam filem ini. Mike kata saya berat..! Hampir sebulan juga lah shoot filem ni di Bandung Indonesia.

Lepas habis je filem ni sesiapa jumpa saya mesti akan panggil dengan panggilan LULU. Can’t forget all the best moment together with all the talent & crew in this film..!

“Dan kisah duka kami setelah selesai pengambaran ni adalah tiba-tiba dapat berita salah seorang pelakon iaitu Wanda telah meninggal dunia seminggu selepas filem ini. Teringat wanda suka bergurau spanjang tengah shoot. RIP for Wanda.”

 

Joyrevfa Kongsi Pengalaman Berlakon Di Indonesia, Rupanya Pernah Juga Jadi Jurusolek Kesan Khas

5 Tahun Membesar Di Jakarta, Indonesia

Kata Joyrevfa lagi, itulah pengalaman pertamanya berlakon dalam filem sepanjang dirinya membesar di Jakarta dulu.

Pernah juga jadi model iklan EJuzz dalam TV Indosiar. Selalu je jadi pelakon supporting dalam filem (tapi dulu freehair jadi tak dapat nak upload gambar banyak-banyak) Teringin nak jadi pelakon kat negara sendiri pula lepas ni. Tapi tak tahu berbakat ke tidak lagi cuolls..! Kena pergi kelas acting nampknya lepas ni. Sebab rindu nak berlakon.”

Ads

Biarpun memasang impian mahu kembali berlakon, Joyrevfa tak pernah lupa impiannya nak membesarkan anaknya, Arryan menjadi orang yang berguna.

 

Joyrevfa Kongsi Pengalaman Berlakon Di Indonesia, Rupanya Pernah Juga Jadi Jurusolek Kesan Khas

 

Ads

Ini gambar tahun 2015. Cepat je Arryan dah besar. Sekarang dah 4 tahun dan jadi peneman ibu je setiap hari. Ibu selalu rasa bahagia dapat membesarkan Arryan sendirian.

Sayang.. Ibu nak tengok Arryan besar sebagai seorang lelaki yang soleh, beriman dan berjaya dunia akhirat. Amin..!”

Ini Koleksi Style Tudung Joyrevfa Yang Unik Dan Tersendiri

Tentu ambil masa yang lama nak hasilkan style tudung sebegini. Apa pun solekan wajah Joy juga berkarakter dan berubah-ubah mengikut style dan konsep yang mahu digayakannya. Tengoklah.. wow! kan..

 

 

Sumber/Foto : Joyrevfa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI