Joy Revfa Rupanya Masih Single, Nekad Batalkan Perkahwinan Tahun Lalu “Akur Dengan Ujian Hidup”

Share

Joy Revfa rupanya masih single, nekad batalkan perkahwinan tahun lalu. Rupa-rupanya usahawan kosmetik sensasi dan juga pemiliki nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin atau lebih popular dengan panggilan Joy Revfa masih single dan membatalkan perkahwinannya tahun lalu.

Pernah hangat dengan kontroversi sekitar 2017 lalu apabila perkahwinan keduanya dengan penyanyi, Hafiz Hamidun menjadi sensasi dan akhirnya mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.

Malah ketika itu, hampir setiap inci sisi peribadi ibu tunggal kepada Muhammad Arryan Firdaus berusia tujuh tahun ini diintai.

Joy Revfa Rupanya Masih Single, Nekad Batalkan Perkahwinan Tahun Lalu

Pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia yang berdaftar di bawah nama MERVE Group Holdings Berhad ini juga pernah melangsungkan pertunangan dengan jurulatih kecergasan sekitar Mac tahun lalu. Namun hakikat sebenar, hubungan dengan jejaka itu juga tidak berkesudahan dengan penamat indah.

“Sepatutnya kami berkahwin tahun lalu. Tapi akhirnya saya nekad membatalkan perkahwinan itu kerana rasa tidak serasi dengannya.

“Saya akur dengan ujian hidup ini. Kita mungkin takkan dapat apa yang diingini. Tuhan akan menguji tak pernah berhenti. Pilihan yang ada ialah untuk terus kuat.

“Sekarang saya masih single. Bercinta dengan perniagaan sayalah lebih menenangkan. Saya pun belum berniat untuk berkahwin. Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak,” luah Joy.

Tidak Ada Istilah Serik

Wanita yang tabah ini  juga akui dirinya tidak pernah serik untuk berkahwin jika bertemu jodoh.

“Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik. Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.

“Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Ada juga yang cuba menambat hati. Tapi entahlah… saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu dulu,” katanya.

Joy bersama anak dan ibu kesayangan.

Baca Disini Juga:

’Doa Ibu Paling Mujarab’ Nasihat Murah Rezeki Joy Revfa, Pedas Lagi Padu!

Joy Revfa Bahagia Melayan Karenah Muhammad Arryan

Joyrevfa Kongsi Pengalaman Berlakon Di Indonesia, Rupanya Pernah Juga Jadi Jurusolek Kesan Khas

Terus Bangkit Walaupun Hubungan Tak Berpanjangan

Joy juga menerangkan dirinya terus bangkit selepas berdepan dengan kemelut hubungan tak berpanjangan.

“Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.

“Saya terus bangkit dan segera ‘move on’ demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya.

“Saya bagai beroleh kekuatan dan ingin mencabar diri menjadi yang terbaik. Menjadi ibu tunggal, ada dua perkara yang harus kita hadapi iaitu harus lawan dan kalahkan apa juga cabaran mendatang. Ia bertitik tolak kepada rasa takut dan tak mampu.

“Kita diciptakan untuk mewujudkan kemuliaan Allah SWT dan memanfaatkan kelebihan yang ada dalam diri kita.  Percayalah setiap kelebihan bukan ada pada sesetengah orang tapi ada di setiap dalam diri kita. Cubalah cari, anda pasti akan jumpa,” ungkapnya yang baru saja melancarkan gincu edisi terhad yang juga produk ke-30 dikeluarkannya yang diberi nama BlackRevfa.

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Norhayati Suboh