Johan Tersentuh Hati Bila Ozlynn Cakap “Mulai Saat Ini, Auratnya Hanya Untuk Saya”

Share

Johan berasa sangat tersentuh hati apabila isterinya Ozlynn Wati meluahkan, auratnya hanya untuk suami tersayang. Dek kerana itu, Johan sangat gembira dengan hidayah yang dikurniakan oleh Allah kepada isteri tercinta.

Suami mana yang tidak gembira dengan perubahan drastik isteri. Seperti mana dikongsi portal berita malah Johan juga sangat menghargai perubahan Ozlynn.

Johan Tersentuh Hati

“Sekarang, saya dah dapat wanita yang solat dan dia dah bertudung. Dia bertudung bukan pasal saya, tapi hidayah yang dia dapat.

“Sebab itu apabila dia solat, dia ada tempat mengadu, tempat mohon keampunan dan dia ada juga tempat untuk mendapat hidayah itu.

“Saya rasa Allah dah menjawab untuk bahagian saya dan menyentuh hati saya apabila dia cakap mulai saat ini, aurat dia hanya untuk saya. Jadi, itu sangat menyentuh hati saya,” luahnya menerusi Harian Metro Online.

Ozlynn Selesa Dengan Penghijrahan

Manakala empunya diri, Ozlynn pula akui dirinya sangat selesa dengan penghijrahan dan kini tampil berhijab.

Menurut Ozlynn sebenarnya dirinya sudah lama terdetik untuk berhijab. Namun dirinya sering memikirkan apa kata orang.

“Suami selalu cakap, boleh tak kau fikir pasal diri kau sendiri dan jangan selalu fikir pasal orang?

“Saya cakap, tak apalah sebab saya nak rasa keajaiban daripada Allah itu, maknanya bangun pagi, rasa dah nak pakai.

“Tapi, paling tidak pun saya cakap, penamatnya adalah apabila dapat panggilan daripada Allah untuk menunaikan haji. Sekali saya dah pergi haji, InsyaAllah saya tak akan tak bertudung.

“Insya-Allah, itu adalah penamatnya sebab pergi haji ini adalah Rukun Islam kelima dan maknanya, panggilan terakhir daripada Allah. Saya memang dah bersiap sedia dari semua aspek,” ungkap Ozlynn.

Umur Sudah Lebih 40 Tahun, Memang Bersedia

Bukan itu saja Ozlynn juga berkongsi perkara yang sama kepada pembantu peribadinya ketika mereka menyertai kelas agama.

“Jadi, apabila tengok PA saya pergi kelas agama, saya ajak dia pakai tudung seminggu sebelum kami nak sahkan yang kami terima jemputan haji itu.

“Dia cakap, betul ke dan saya cakap, ya sebab saya rasa dah bersedia.

“Dia cakap, kalau dah psakai, tak boleh buka balik dan saya cakap, ya lah, siapa yang pakai nak buka balik. Umur saya pun dah 40 tahun lebih, jadi memang dah bersedia. Dia pun tumpang gembira dengan keputusan saya.

“Selepas itu, kami diberi pengesahan untuk ikut menunaikan haji. Saya cakap kepada Johan, papa, Allah dengar apa yang saya doakan,” luah Ozlynn lagi.

Baca Disini : Ozlynn Manis Berhijab, Penampilan Sopan Tarik Perhatian Warga Maya

SUMBER : Harian Metro

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

Published by
Norhayati Suboh