Jodoh perlu sekufu tak semestinya dari segi harta atau kedudukan! Sebaliknya yang paling penting adalah memiliki tiga kunci ini iaitu kunci kenderaan, tempat kerja dan rumah.
Pesanan orang tua ini bukanlah bersikap materialistic tetapi semata-mata ingin masa depan anak mereka lebih terjamin. Biarpun begitu tiga kunci bukanlah penentu kebahagiaan sesebuah rumah tangga.
Jodoh Perlu Sekufu
Menurut Jiha Shuib, mungkin relevan dan mungkin juga tidak perkongsian ini. Cuma ini sekadar tips dan panduan dari orang tua-tua dalam keluarga aku dulu-dulu.
Jodoh perlu sekufu, sekufu pula tidak semestinya dari segi harta atau kedudukan. Mahupun sijil atau Ijazah sama tingkat.
Sekufu Tak Semestinya Dari Segi Harta, Kedudukan!
Boleh jadi dari segi latar belakang keluarga, dari segi cara berfikir, dari segi fizikal, dari segi keserasian bersama. Namun pesanan nenek moyang aku dulu ringkas.
Bagi si gadis ibu bapanya akan terima pinangan bila jodoh yang datang itu sekurangnya ada 3 kunci.
1. Kunci Kenderaan (tak kisah la motor/kereta).
Ads
2. Kunci laci/loker/pintu tempat kerja
3. Kunci rumah (sewa/beli/rumah ibu bapa)
Yang Penting 3 Kunci Ini
Simboliknya kunci kenderaan itu adalah keperluan untuk bergerak, waima basikal pun boleh sebab basikal pun mahal kan cuma agak-agak mampu ke tak nak kayuh bonceng berdua.
Kunci tempat kerja tu menandakan si lelaki ada keupayaan memberi nafkah dan menyara isteri. Kunci rumah sudah pasti lah penting, itu pun keperluan dan kewajipan suami.
Sama juga bagi anak lelaki dalam keluarga, kalau nak beristeri pastikan sekurangnya ada 3 kunci ini. Kalau ada kunci ekstra itu bonus lah, contoh kunci peti besi ke kan.
Mahukan Yang Terbaik
Ini bukan bermakna materialistik ya, ini lojik akal. Semua orang tua cuma mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tapi tidaklah 3 kunci ini yang menjadi jaminan kebahagiaan.
Ads
Apa yang lebih penting adalah ;
Kau kunci cinta ku di dalam hati mu
Meronta hati ku menangis kerana mu
Kau kunci cintaku di dalam hati mu
Sehingga ku lemas bila Kau tiada disisi ku (bait lagu Ramlah Ram)
Mingguan Wanita : Sekurang-kurangnya bila seorang lelaki telah bersedia dengan ketiga-tiga kunci ini bermakna dia mampu menjadi seorang suami yang baik. Insyallah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Susahnya nak memahami apatah lagi tawan hati seorang lelaki. Maklumlah golongan ini sukar berterus-terang dan tidak gemar meluahkan dengan kata-kata jika berlaku sesuatu yang tidak kena.
Sebagai isteri, pasti anda gusar jika suami asyik bermasam muka tetapi anda tidak tahu di mana salahnya.
Perhatian dan belaian manja dari seorang isteri tercinta adalah antara perkara utama yang lelaki inginkan. Sebolehnya mereka mahu diberikan perhatian bertaraf lima bintang.
Jika tidak mulalah mereka mencari jalan keluar dengan mencari cinta baru hingga terjebak dengan cinta budak sekolah seperti yang viral baru-baru ini.
Andai anda tidak mahu perkara ini berlarutan, sila awasi tingkah laku suami anda dan lakukan perubahan mulai hari ini dalam menawan hati suami dengan cara paling class!
1. Up to Date
Biar pun anda bergelar suri rumah sekali pun dan terlampau sibuk uruskan anak-anak. Jangan sesekali ketinggalan zaman, sentiasa up to date termasuklah dari segi berpakaian atau menggunakan gajet agar kamu tahu apa suami kamu lakukan dengan teknologi.
2. Ingatlah Suami Dalam Doa
Sebagai manusia yang lemah, jangan lupa Allah sentiasa bersama kita. Oleh itu, sentiasalah panjatkan doa agar hubungan suami isteri sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Sentiasa berdoa agar saling menyayangi dengan setulus hati.
3. Bersalaman Dengan Encik Abang
Biar pun dianggap remeh, jangan lupa untuk tegur dan salam tangan suami apabila dia sampai ke rumah dari tempat kerja sebelum kamu menyambung tugas-tugas lain di rumah. Respek, respek dan respek!
4. Buat Apa Pun Kena Bawa Bincang
Berlatih dan sentiasa menjadi pendengar yang baik untuk suami. Tidak kira mendengar masalahnya di tempat kerja ataupun berbincang mengenai hal keluarga sendiri.
5. Layan Hobi Suami
Sentiasa beri suami masa yang berkualiti untuk dia lakukan apa yang dia mahu contohnya melayari internet atau melihat apa yang dia suka di e-bay dan online dan sebagainya.
Jangan jadi mandur dalam kegemaran dan hobi suami. Lebih indah jika anda dan si dia melakukan hobi itu bersama-sama.
6. Masakan Kegemaran
Selalu masakkan makanan kegemaran si suami, tidak susah dapatkan sahaja rahsia dari ibu mertua kesayangan anda.
Melalui masakan sebenarnya anda boleh tambat hati suami dan memberikan kebahagiaan buat si suami. Tidak perlulah dia ke kedai mamak lagi jika perut berkeroncong
7. Elak Suami Rimas
Kerap menelefon suami adalah perkara yang merimaskan kaum lelaki. Apatah lagi di pejabat terlalu banyak tugas dia perlu selesaikan.
Memadai hubungi sekali di waktu makan atau menghantar pesanan agar dirinya tidak terasa terganggu.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Putus mata pencarian, nak makan kena catu.’ Suami berhenti kerja jaga isteri sakit. Biarpun terputus sumber pendapatan, namun itu saja yang mampu suami korbankan untuk menjaga isteri tercinta.
Berat mata memandang lagi berat bahu memikul, ujian berat ini benar-benar menguji pasangan ini. Apatah lagi sang suami juga mengalami masalah kesihatan.
Seorang suami terpaksa berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar akibat menghidap kanser usus tahap tiga selepas diserang strok Cerebrovascular Accident sejak seminggu lalu.
Keadaan itu menyebabkan pasangan suami isteri, Mohammad Ho Kong Wah Abdullah, 70, dan Soh Mei Lee atau Amirah Abdullah, 69, terpaksa mencatu makanan ekoran kesempitan wang.
Nak Makan Kena Catu
Menurut Amirah, dia kasihan dengan suami kerana terpaksa menjaganya walaupun lelaki itu turut menghidap masalah jantung, gout dan darah tinggi.
“Suami terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu teksi minggu lalu sebab perlu beri perhatian sepenuhnya terhadap saya,” katanya.
Lebih memilukan, dia dan suami kini terputus mata pencarian dan terpaksa berharap ihsan pihak Masjid Sungai Ramal Luar, bantuan Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Kanser Nasional yang selama ini menyalurkan sumbangan wang tunai secara bulanan sebanyak RM500.
“Bagaimanapun, apabila keadaan semakin teruk, memang kami tiada langsung duit baki setiap bulan.
“Malah keperluan saya semakin banyak apabila perlu memakai lampin pakai buang sebab agak sukar untuk bergerak ke tandas dalam keadaan sebahagian badan kiri saya lumpuh.
“Sekarang ini mahu makan pun kena catu, tengok apa sahaja yang ada. Dalam seminggu ini hanya makan roti atau biskut kering kerana itu yang kami mampu,” luahnya.
Jaga Isteri Sakit
Jelasnya, perbelanjaan bulanannya ketika ini memerlukan sekitar RM1,000 sebulan bagi membeli ubat-ubatan, makanan dan barangan keperluan lain.
“Apabila dihitung, memang tidak cukup. Ihsan orang sekeliling sahaja kami harapkan, tapi kami berdua tetap reda dengan semua ini,” ujarnya yang tidak dikurniakan cahaya mata.
Mingguan Wanita : Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban pasangan ini, bolehlah berbuat demikian melalui akaun Maybank Soh Mei Lee atau Amirah Abdullah 164360590266 atau menghubunginya di talian 016-9600 545.
Boleh dikatakan sekarang ini, isteri turut bekerja. Tak mustahil juga ada isteri bergaji besar dan pada masa sama suami perlu bergantung ehsan isteri untuk membantu menyara kos kehidupan keluarga.
Itulah lumrah kehidupan sekarang. Semua harga semakin mahal dan sukar untuk suami seorang bekerja. Sekurangnya dengan isteri membantu, bolehlah ringankan beban. Top up mana yang patut.
Namun, suami juga janganlah mengambil kesempatan dan rasa selesa. Bila dah terpaksa bergantung ehsan isteri, kenalah ada rasa terhutang budi dan layanlah sebaiknya.
Zaman sekarang ni, isteri juga penyumbang terbesar dalam ekonomi dan kewangan keluarga.
Isteri juga bayar bil, isteri juga beli barang dapur, isteri juga isi minyak kereta, isteri juga bayar ansuran rumah.
Isteri juga bayar “hutang” suami…
Suami “terpaksa” bergantung pada ehsan si isteri dalam menampung kos sara hidup setiap bulan.
Terhutang Budi
Bila dah jadi macam ni, seharusnya suami perlu ada rasa berhutang budi pada si isteri…si isteri dah meringankan hampir 50% daripada bebanan komitmen dan hutang si suami…
a) Berbuat baiklah dengan si isteri. b) Layanlah si isteri dengan berhemah. c) Jangan tinggi suara & bersikap kasar dengan isteri. d) Fahami keterbatasan isteri dalam melayani suami. e) Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. f) Bantu isteri menguruskan anak-anak. g) Hulur dan bagi juga duit kepada isteri sekadar kemampuan yang ada. h) Ambil tahu apa yang isteri beli, apa yang isteri bayar, apa yang tak cukup dalam rumah.
Jangan Terlalu Selesa
Jangan bersikap sambil lewa dan selesa dengan bantuan kewangan yang dihulurkan isteri. Zaman makin mencabar, barang makin mahal, kos hidup makin tinggi…
Kalau hidup bergantung pada dua pendapatan, maka jaga hati dan perasaan empunya pendapatan seorang lagi.
Dia wanita yang berusaha untuk buat yang terbaik demi keluarganya.
Mingguan Wanita : Isteri tolong buka nuntuk minta terhutang budi pun, sekurangnya dapat layanan baik suami pun dah cukup, bukannya makin selesa dan mula lupa tanggungjawab pula.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.