Jodoh lelaki muda beza usia 37 tahun, wanita akui masih ramai bertanya “itu anak ke”. Saat memilih pasangan, ramai melihat beza usia 3-5 tahun adalah normal kerana masing-masing masih muda. Kalau memilih pasangan beza usia 10 tahun, akan ada mulut yang bertanya kerana perbezaan usia akan nampak sedikit ketara.
Namun jika berjodoh dengan pasangan berbeza 37 tahun tambah lagi jika isteri yang lebih tua dari suami, pasti pertanyaan orang lagi melebih-lebih kerana masyarakat seakan tidak dapat menerima hakikat ini wanita berusia bertemu jodoh lelaki muda. Seakan terlupa takdir jodoh telah ditulis di luh mahfuz lagi.
Satu perkongsian dari Norlida Mohamed Salleh, 61 mengenai suaminya, Muhammad Sabree Razaman, 24 atau dipanggilnya Abie yang dikahwininya tahun lepas menerima maklum balas luar biasa apabila video mereka ditonton lebih sejuta orang.
Ramai seakan tidak mempercayai hubungan suami isterinya ini kerana perbezaan usia mereka sangat jauh iaitu 37 tahun. Ramai bertanya “ini anak ke”, “betul ke ini suami” dan lain-lain pertanyaan diajukan selepas video berkenaan viral di Tik Tok mereka @BidadariAbie1.
@bidadariabie1kami bahgia dgn cara sendiri,doa kn kami yg baik2..
Mahu orang ramai tenang-tenang saja, Norlida akui sudah tertulis jodohnya dengan orang muda dan dia tiada upaya menolak ketentuan Allah. Malahan mereka sangat bahagia melayari alam rumahtangga walau berbeza usia yang sangat ketara dan mengharapkan jodoh ini hingga ke akhir hayat keduanya.
Norlida yang sebelum ini merupakan ibu tunggal anak enam mengakui anak sulungnya berusia 43 tahun malah suaminya itu, Abie adalah paling muda kerana anak bongsunya berusia lebih dari itu.
Mahu orang ramai tenang-tenang saja dan tidak berdengki dengan jodoh diaturkan Allah ini, akui Norlida dia sangat bahagia dengan kehidupan dilaluinya. Jika ramai beranggapan dirinya kaya hingga menjadi pilihan suaminya, kata Norlida dia hanya bekerja di kedai makan sahaja.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Jangan Anggap Kahwin Muda Jodoh Tak Panjang..” ‘Terciduk’ Umur Bapa 16 Tahun Dalam Surat Beranak
Kenal Di Tik Tok, Beza Usia 35 Tahun Tak Halang Cinta Nenek 62 Tahun Bertemu Jodoh Lelaki Bujang
Guru Tak Sangka Bertemu Jodoh Dengan Murid Sendiri, Suami 10 Tahun Lebih Muda
Mengakui ini perkahwinan ketiga yang paling membahagiakan, kata Norlida, “Jika bercakap soal suami dan peneman hidup ini… saya ada pun okay, tiada pun tidak menjadi masalah kerana sudah lanjut usia.
Apa pun, percayalah pada jodoh ditentukan kerana manusia tiada upaya menolaknya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.