“Jodoh Kami Sampai Di Sini” Fizi Ali, Shakilla Bawa Haluan Masing-Masing

Share

Sesungguhnya ketentuan jodoh tiada siapa yang dapat menentukannya. Tiada desas desus keretakan rumahtangga sebelum ini, pasangan selebriti penyampai radio SuriaFM Fizi Ali,32 dan pelakon Shakila Koriri,32 baru sahaja mengumumkan kini telah membawa haluan masing-masing selepas 3 tahun berkahwin. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada  18 Februari 2018.

Pengumuman tersebut dikongsikan di dalam Instagram Fizi Ali baru sebentar tadi.

Assalammualaikum semua..Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.. Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.

Namun demikian, meskipun telah berpisah dalam urusan menjaga anak, pasangan ini sepakat bertanggungjawab membesarkan anak perempuan mereka Ameena Sofia, 2 tahun dengan penuh kasih sayang.

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.”

Hormati Keputusan

Pasangan ini juga berharap agar dapat menghormati keputusan mereka dan mohon mendoakan urusan mereka dipermudahkan serta dalam Redhanya.

Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai disini.Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.

Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua jugak.. Minta maaf dan terima kasih.

2 September 2013 – 15 December 2021

Disamping itu, di ruangan komen ramai rakan artis dan para peminat yang memberi kata-kata semangat di atas keputusan perpisahan ini.

 

 Baca Lagi Di Sini:
“Budak Ni Ada ‘Super Power’ Ajaib,Separuh Nyawa Pada Dia. Cahaya Terangkan Hidup” Shakilla

4 Alasan Kenapa Tak Perlu Tayang Bahagia Di Media Sosial, Sila Hadam & Fahami

Orang Bahagia Tak Akan Tayang Semua Benda Di Media Sosial

Mingguan Wanita: Kita doakan yang baik-baik dan hormati keputusan pasangan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Sumber: Instagram Fizi Ali

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab