Sesungguhnya ketentuan jodoh tiada siapa yang dapat menentukannya. Tiada desas desus keretakan rumahtangga sebelum ini, pasangan selebriti penyampai radio SuriaFM Fizi Ali,32 dan pelakon Shakila Koriri,32 baru sahaja mengumumkan kini telah membawa haluan masing-masing selepas 3 tahun berkahwin. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Pengumuman tersebut dikongsikan di dalam Instagram Fizi Ali baru sebentar tadi.
Assalammualaikum semua..Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.. Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.
Namun demikian, meskipun telah berpisah dalam urusan menjaga anak, pasangan ini sepakat bertanggungjawab membesarkan anak perempuan mereka Ameena Sofia, 2 tahun dengan penuh kasih sayang.
“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.”
Hormati Keputusan
Pasangan ini juga berharap agar dapat menghormati keputusan mereka dan mohon mendoakan urusan mereka dipermudahkan serta dalam Redhanya.
Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai disini.Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.
Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua jugak.. Minta maaf dan terima kasih.
Wanita yang suka sediakan menu jenis bergoreng, pasti suka dengan petua masakan ini. Cuma guna minyak bawang putih, semua masakan jadi dua kali ganda sedap. Haaa… cara nak buat minyak bawang putih ini dikongsikan Puan Tinie Razak, yang mana dia sendiri pun selalu buat stok minyak bawang putih ini di dapur rumahnya.
Minyak Bawang Putih
Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah.
So, sesiapa yang sejenis dengan saya, bolehlah cuba buat!
Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau!
Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
Cara dia mudah je,
1. Bawang putih kopek, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu (jangan sampai lumat lunyai).
2. Lepas itu rendam dalam minyak.
3. Masuk dalam kuali, goreng api perlahan, dah nak garing sikit, tutup api, sebab dia akan garing sendiri dalam minyak yang masih panas tu.
4. Dah sejuk, masuk bekas kedap udara, simpan suhu bilik.
Bila-bila masa boleh guna.
Nota:
Jaga api ya, jangan sampai hangus, nanti pahit memang dah tak boleh buat apa la. Kalau tak sure, boleh je goreng sampai garing. Lepas itu toskan, nanti dah sejuk kedua-duanya, satukan balik dalam bekas dan simpan. Jangan risau, bawang goreng tu tetap akan kekal garing selama mana dia masih dalam minyak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tular di media sosial, Adik Muqri masih memerlukan sejumlah wang untuk pembedahannya sebab sawan. Kalau sawan yang biasa kita tengok anak jadi kejang disertakan dengan pergerakan mata hitam ke atas atau ke tepi mata, lelehan air liur, terkencing dan terbuang air besar. Kadang-kadang, mulut atau hidung pesakit akan kelihatan kebiru-biruan (tanda tidak cukup oksigen).
Tetapi ini lain ceritanya, Adik Muqri akan jatuh setiap kali diserang sawan. Bagi ketahui lebih jauh tentang penyakit adik Muqri, ikuti perkongsian daripada saudara Faizal Kamaruddin.
Bukan Sawan Biasa-biasa
Saya memohon dengan sepenuh hati jasa baik tuan puan untuk menderma sejumlah wang bagi pembedahan otak anak kawan saya Muqri bin Mohd Moses Dzulkarnaen yang menghidap Refractory Epilepsy with Left Frontal and Posterio Occipital Encephalomalacia yang mana dia mengalami sawan ‘atonic head drop’ hampir 20 kali sehari.
Muqri telah bergantung dengan ubat selama 2 tahun dan hasil perbincangan konsultan neurologi pediatrik menganggarkan 70% simptom ini dapat dikawal dengan intervensi awal pembedahan.
Adik Muqri bakal menjalani pembedahan otak pada bulan Februari nanti yang menelan belanja rm65k secara keseluruhan. Setakat ni masih perlukan rm30k bagi biaya pembedahan.
Saya dengan rasa rendah diri dan menadah 2 tangan meminta tuan puan menghulurkan bantuan meringankan beban biaya pembedahan Muqri dan supaya dia membesar jadi anak soleh yang boleh mendoakan anda semua.
Sebarang bantuan boleh dihulurkan ke akaun ibu Muqri:
MBB Current account: 512268519022
Cimb: 7010149417
Ili Farhana binti Mohamad Zarafi
Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua.
Nota:
Di bawah adalah video atonic head drop seizure Muqri, nampak macam budak terjatuh sebab tersalah pijak sebab presentasi sawan ni tak sama seperti sawan yang biasa kita lihat seperti grand mal (tangan ketar mata naik atas air liur meleh) atau lain-lain seizure yang biasa kita lihat.
Sekian.
Bagi Yang Nak Hulurkan Bantuan
MBB Current account : 512268519022
Cimb : 7010149417
Ili Farhana binti Mohamad Zarafi
Tel: 017-6023413
Mohd Moses Dzulkarnain
Updated:
Maybank acc suspended sebab banyak transaction. Ni back up acc
MAYBANK CURRENT ACC : 512268519022
Ili Farhana binti Mohamad Zarafi
Lagi 13K, mohon panjangkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pramugari MAS meninggal di Tokyo, adik kongsi arwah risaukan kesihatan mak tapi Allah lebih sayang. Pemergian mengejut seorang pramugari Syarikat Penerbangan Malasysia (MAS) ketika transit di Tokyo amat mengejutkan.
Pramugari dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah dilaporkan sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur sebelum dilaporkan terjatuh lalu meninggal dunia.
Pramugari MAS Meninggal Di Tokyo
Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.
Dalam pada itu di insta stories adik kepada arwah, Norzarita Hanum Hamzah berkongsi kesedihan berikutan kehilangan kakak kesayangannya. Malah dirinya turut berkongsi ucapan takziah dari rakan-rakan yang mengenali arwah yang turut mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Adik Kongsi Arwah Risaukan Kesihatan Mak Tapi Allah Lebih Sayang
Dari satu perkongsian, Norzarita turut memaklumkan perbualan akhir arwah kakaknya bersama seorang rakan di mana mata arwah amat berkaca tatkala berbicara tentang emak mereka. Namun di saat kebimbangannya tentang kesihatan emaknya, Allah terlebih dahulu menjemputnya.
Memetik laporan The Star, syarikat penerbangan tersebut memaklumkan anak kapal kabin itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.
“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.
“Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya pada Isnin.
Sebelum itu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.
“Dengan rasa sedih kami melaporkan kehilangan tragis seorang kru kabin Malaysia Airlines pagi ini.
“Anggota kru Norzana Hanim Hamzah sedang singgah di Tokyo dan meninggal dunia di hotel kru sebelum mengambil penerbangan pulang ke Malaysia, menurut sumber rangkaian kami.
“Punca kematian masih belum disahkan tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti kru MH tidak menolak kemungkinan dia terjatuh ketika sedang bersiap sedia untuk penerbangan pulang (ke Malaysia),” katanya.
Laman media sosial itu dalam masa sama turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat keluarga dan sahabat anak kapal tersebut.