Ketentuan jodoh memang istimewa dan rahsia daripadaNya. Siapa sangka, jodoh yang dicari dan dinanti-nantikan selama ini rupanya hanya berada di depan rumah. Itulah jodoh jiran depan rumah.
Itu yang berlaku kepada Rani Safitra, 22, dengan bakal suami, Afan, dari Bekasi, Jawa Barat, selepas video pertunangan mereka tular di TikTok.
Rakaman yang dibuat rakan Rani menunjukkan rombongan meminang pihak lelaki hanya perlu berjalan sekitar lima langkah untuk tiba di rumah bakal pengantin perempuan kerana jarak yang sangat dekat.
Menurut Rani, beliau juga tidak sangka jodohnya adalah jiran depan rumah yang dikenali sejak dari kecil.
“Saya berkenalan secara serius dengan Afan pada 2018 selepas dia datang ke rumah terbuka salah seorang ibu saudara saya,” katanya kepada portal berita Tribunnews.
Pada permulaannya, hubungan mereka ditentang ibu dan bapa Rani kerana bimbang jarak rumah terlalu dekat boleh menimbulkan masalah di masa hadapan.
Namun, disebabkan jiran tetangga sering bercakap soal hubungan mereka, membuatkan orang tua Afan risau lalu merestui perkahwinan mereka bersama.
Pasangan yang viral di TikTok ini akan mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Baca Di Sini:
Suami Tak Seperti BAYANGAN, Walau Tanpa Gelang Emas Itulah Jodoh Terbaik Aturan Tuhan
“Pandang Muka Suami Kita, Siapa Pun Dia, Itulah Yang Allah Dah Pilihkan Sebagai Jodoh Kita..”
MW: Siapa sangka kan, jodoh depan mata rupanya. Jadi yang masih ‘single’ tu, cuba perhati-perhati jiran depan rumah tu, manalah tau itulah jodoh yang telah ditentukanNya.
Sumber: Tribunews, Era FM