Jocelyn Chia dah tutup akaun di media sosial, koyak dengan kecaman warga Malaysia. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.
Mudah berkata tanpa sedar apa diucapkannya adalah perkara bodoh. Inilah yang terjadi kepada pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekehkan Malaysia dalam satu stand up komedinya.
Berkata bahawa pembangunan Singapura jauh lebih maju sejak 40 tahun lalu berbanding Malaysia, malah turut berjenaka tentang tragedi kehilangan MH370 yang hingga kini tidak berjaya dijejaki, mulutnya terus celupar dengan kata-kata kesat di saat dirinya berbangga ada yang ketawa dengan jenakanya.
Ternyata “jenakanya” memakan diri kerana sebaik videonya tersebar, laman sosial peribadinya termasuk Instagram terus diserang oleh warga Malaysia hingga memaksanya menutup terus bahagian komen dan menyahkan akuan media sosialnya.
Hal jenaka bodohnya bukan saja mengakibatkan warga Malaysia marah kerana dirinya mempermainkan isu sensitif khususnya tragedi MH370, waris-waris yang terlibat dalam kejadian ini turut menyuarakan kedukaan hati mereka seperti disuarakan oleh Intan Maizura Othaman yang juga merupakan isteri kepada isteri pramugara penerbangan MH370 Mohd Hazrin Hasnan.
Isu ini turut mendapat perhatian dari Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon yang meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak tersebut.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan semalam.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-
Hati-Hati Bila Mak Ayah Nak ‘Berlawak’, Elak Jadi Ikutan Anak, Kena Beringat!Membebel, Buat Lawak Tak Kelakar, Itulah Cara Isteri Meluah Rasa, Layan Sajalah Wahai Suami
Dalam masa sama, Vanu Gopal berkata, sebagai jiran terdekat, Singapura dan Malaysia menikmati hubungan yang kukuh dan di pelbagai peringkat, dengan ikatan yang cukup mendalam.
“Kita juga mempunyai hubungan sejarah yang unik dan hubungan yang erat antara rakyat dengan rakyat.
“Komen-komen seperti yang dibuat oleh Chia tidak membantu dan merosakkan kepercayaan dan persahabatan rapat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya,” tegas Vanu Gopal lagi.
Hal ini turut menarik perhatian Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meluahkan rasa kesal serta mengecampelawak berkenaan kerana secara jelas memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi yang pernah melanda negara.
Zambry dalam satu kenyataan malam tadi berkata tindakan itu langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa tragedi.
“Video ini juga jelas menggambarkan perilaku yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran negara Asia yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila.
“Saya percaya ini bukanlah pendirian atau tindakan yang diterima oleh mana-mana negara, apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan,” katanya.
Inilah kesannya apabila bercakap tanpa berfikir.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.