Setiap manusia di muka bumi ini ada fungsi dan peranan masing-masing. Adanya orang miskin untuk menguji betapa prihatinya orang yang lebih senang dan kaya. Manakala adanya orang kaya untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.

Oleh itu, janganlah timbul hasad dengki dan iri hati apabila melihat kekayaan dan kesenangan hidup orang kaya. Kita tidak tahu betapa banyaknya mereka bersedekah kepada orang susah.

Ikuti perkongsian Kelateku ini:

Tadi di ATM 7E ada abang ni marah-marah duit gaji belum masuk. Saya diam tanda faham. Ada orang setiap bulan duit dia cukup-cukup untuk perbelanjaan dapur dan segala bil-bil lain sahaja. Bila duit gaji lambat masuk memang stres. Nak buat simpanan tu jauh sekali.
Saya masih ingat April 2017.

Kisah adik ipar saya di bank. Seorang Makcik minta tolong check baki dalam akaun beliau. Bila check ada RM 20 bakinya. “Makcik dalam akaun ada RM 20” kata adik saya. “Belum masuk lagi ya, tak apalah makcik puasa lagi hari ini”.

Ambil kad terus keluar bank. Orang ramai yang dengar perbualan tersebut panggil makcik nak bantu, tapi dia terus keluar dari bank dengan cepat.

IKLAN

Adik saya meluru ke kereta cerita masalah ini, kami pusing satu pekan tak jumpa.
Sehingga ke hari ini apabila ke bank check duit saya ingat makcik tersebut. Puasa lagikah dia hari ini. Duit dari siapakah yang dia harapkan itu.

Baca ini:

JODOH Yang Baik BUKAN Datang Dengan Kelebihan, TAPI Tidak PERGI Kerana Kekurangan

Sedekah Terbaik Adalah Sedekah Pada Keluarga. Jangan Abai Nafkah Isteri Dan Anak

Duit Itu Saja Yang Ada

Kisah begini pernah saya jumpa. Ketika itu saya nak masukkan duit klinik. Sorang pakcik datang ke bank untuk masukkan duit RM 100 ke akaun anak beliau. Datang dengan baju seperti dari kebun.

RM 100 beberapa kali reject dari mesin sebab keadaan duit tidak bagus. “Pakcik RM 100 ni mesin tak terima, ada duit lain tak?” “Ini jelah duit pakcik nak. Itu pun pinjam dari tauke. Pakcik ambil upah potong getah. Anak call katanya nak pakai duit”.

Sedang kami berbual, datang sorang abang bagi kat pakcik ini RM 500 cash. Hari ini saya untung meniaga, pakcik ambillah duit ini hadiah dari saya. Orang dalam bank semua tergamam. Saya lagilah. Terus pakcik menangis dan doa untuk abang tersebut.

Ada Orang Lagi Susah

Tuan puan kita kadang-kadang rasa susah, rupanya ada lagi insan lagi susah dari kita. Banyak nikmat yang Allah berikan, tapi banyak kita lupa. Hebat hidup orang yang suka bersedekah . Penuh keberkatan dan bahagia.

Saya cemburu dengan abang tersebut sehingga ke hari ini. RM 500 sedekah tanpa soal selidik. Saya hendak masukkan RM 50 dalam tabung masjid menggigil tangan. Ya Allah lemahnya iman untuk bersedekah.

Sebab itulah kita jangan hasad tengok orang kaya, kereta mewah, rumah besar sebab kita tak tahu berapa banyak telah mereka bersedekah untuk fakir miskin

Sumber: Kelateku

MW: Semoga perkongsian ini membuatkan mak, ayah bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan. Jika kita merasakan diri kita susah, masih ramai yang menjalani kehidupan lebih perit dari apa yang kita lalui.