Jiwa Saya Dah Lama TIADA Sejak Abang Kahwin Lain

Share

Pelik tapi benar, ramai wanita yang sanggup bertahan dengan suami kaki pukul mahupun tahi judi mahupun penagih dadah dengan syarat suami tak kahwin lain atau main kayu tiga.

Soal kesetiaan memang wanita sangat sensitif, jika suami curang bukan sahaja hati hancur malah kebanyakan isteri sanggup mengakhiri perkahwinan kerana tidak mahu berkongsi kasih.

Begitu juga kisah yang Min kongsikan minggu ini. Pengakuan dari seorang lelaki yang bergelar Datuk. Hidupnya tiada yang kurang, isteri baik, cantik dan anak-anak juga semuanya berjaya. Rezeki Allah melimpah ruah buat lelaki yang Min gelarkan Datuk R.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/petua-orang-lama-rahsia-bahagia-rumahtangga-berkekalan-hingga-ke-hujung-usia-1/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Hidup Sepi Alasan Kahwin Lain

Namun apabila usianya mencecah 50-an, Datuk R rasakan hidupnya seakan ada yang kurang. Anak-anak semuanya melanjutkan pelajaran di luar negara dan ada yang bekerja di sana, tinggal isteri yang menemaninya.

Tiba-tiba, Datuk R berasa hidupnya sangat sepi dan kosong. Beliau sangat ingin dibelai dan dimanja. Isterinya, Datin S tidak lagi menarik minat. Perkahwinan juga dirasakan hambar.

Ketika inilah hati Datuk R terpaut pada pembantu peribadinya, Sarah (bukan nama sebenar). Beliau suka berbual dengan Sarah, mula-mula sekadar bertukar pandangan lama-kelamaan cinta mula berputik.

Datuk R akhirnya berterus terang dengan Datin S, beliau mahu jadikan Sarah sebagai isteri kedua. Datin S terkedu, walau hatinya luka namun Datin S tidak mampu menidakkan hak suami. Datuk R mampu hidup berpoligami.

Isteri Pertama Pendam Rasa Sampai Jatuh Sakit

Demi melihat suaminya bahagia, Datin S banyak memendam rasa. Wanita ini berpura-pura gembira di depan suami dan anak-anak, walhal hakikatnya hati Datin S hancur.

Sehingga suatu hari, Datin S dikejutkan dengan berita duka. Beliau disahkan menghidap kanser payudara. Namun tiada air mata yang mengalir, Datin S kelihatan tenang menerima laporan perubatan.

Perkara ini menimbulkan kehairanan kepada suaminya. Datuk R berbual dari hati ke hati dengan isteri mengenai penyakit itu. Soalan beliau, tidakkah Datin S sedih dan takut apabila doktor mengesahkan jangka hayatnya hanya boleh bertahan selama enam bulan sahaja.

Jawapan Datin S benar-benar merobek hati Datuk R. “Jiwa saya dah lama mati sejak abang kahwin lain. Jasad ini pun bakal mati tak lama lagi.” Datuk R menangis teresak-esak, beliau sudah tidak hiraukan orang di sekeliling. Beliau dihantui rasa bersalah kerana menduakan isterinya.

Datuk R tidak sangka selama ini isterinya makan hati sehingga depresi. Datuk R akhirnya menceraikan Sarah. Beliau menemani Datin S sehingga ke akhir hayat. Walaupun Datin S sudah lama meninggal dunia, Datuk R tidak berkahwin lain. Beliau sangat terkilan dengan apa yang berlaku.

 

 

Published by
webadmin