Siapa sangka situasi jiran kerap mendengar bunyi bising di rumah berakhir dengan tragedi apabila seorang suami ditemukan maut dipercayai dipukul isteri di kediaman keluarga di tingkat tiga, Blok 14, Flat Nipah di Taman Daya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata mangsa, Lee Ming How, 44, ditemukan dalam keadaan terbaring.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.50 pagi di kediaman keluarga mangsa yang turut dihuni isteri serta anak-anaknya.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul isterinya berusia 35 tahun hingga menyebabkan kematian.
“Anak mangsa yang berada di rumah berkenaan menjadi saksi utama kejadian itu.
“Polis masih menyiasat motif kejadian dan sama ada suspek menggunakan senjata.
“Suspek iaitu isteri mangsa ditahan bagi membantu siasatan dan polis turut memohon perintah reman,” katanya.
Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang jiran mangsa hanya dikenali sebagai Seri, 25, berkata sejak dua bulan lalu dia kerap mendengar bunyi bising dari kediaman mangsa.Beliau berkata, bagaimanapun dia kurang pasti sama ada keluarga berkenaan berdepan masalah.
“Mungkin mereka berselisih faham hingga saya terdengar bunyi seperti pintu dihempas dengan kuat, kerusi diheret dan sebagainya.
“Namun kami tidak sangka ia berakhir dengan tragedi dan ada jiran memaklumkan kaki mangsa juga diikat serta memiliki kesan lebam di tubuh.
“Difahamkan pasangan berkenaan memiliki dua anak berusia dua dan 11 tahun,” katanya.
Seorang penduduk Zaidah Neng, 46, berkata pasangan suami isteri itu kerap bergaduh dan wanita tersebut pernah ditahan polis sebelum ini.
“Saya memang kenal pasangan suami isteri berkenaan, tetapi kami tidaklah terlalu rapat cuma dia selalu datang beli burger di gerai saya.
“Wanita berkenaan baik sahaja orangnya, cuma dia seperti ada masalah mental, jadi ada ketikanya dia akan bertindak garang dan kerap marah-marah serta bercakap seorang diri dalam bahasa Mandarin,” katanya kepada pemberita.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk siasatan lanjut kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Mesti Baca:“Gugurnya Air Mata Ayah, Kenangkan Nasib Anak.” Di Mana Jude Angel, Baby Hilang Di Sabah
Baca Lagi Di Sini:Gantunglah Rotan Di Rumah, Elak Anak Jadi TUAN ‘Pukul Dengan Niat Mendidik’
Artikel Menarik:Sanggup Dimaki, Dipukul Bekas Suami & Rela Hidup Susah Asalkan Bersama 6 Anaknya
Mingguan Wanita: Jika terdapat sebarang penganiayaan mahupun masalah dalam rumahtangga segeralah mendapatkan bantuan daripada pihak sepatutnya. Jangan dibiarkan berlarutan kelak boleh memudaratkan diri nanti.
Sumber: Astro Awani, Bharian
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita