Sabun basuh pinggan antara barangan wajib mak-mak beli setiap kali belanja dapur. Lebih-lebih lagi jika selalu memasak, atau ada berniaga, memang banyak pinggan mangkuk yang nak kena dibasuh. Tak sampai sebulan, sabun basuh pinggan pun cepat habis. Nak beli selalu, memang boleh tahan harganya.
Sebenarnya ada cara menjimatkan sabun basuh pinggan ni, boleh tahan sehingga 5 bulan! malah buihnya tetap banyak dan pinggan bersih tak berminyak. Hanya campurkan garam dan air ikut sukatan yang sesuai.
“Ni bukan pasal resepi masak tau.Tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian.Jimatlah juga belanja dapur kan.”
“800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun. Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan, ok tak?”
“Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.Mudah je.”
5 liter air
800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight)
Garam pakej kecil (anggaran secawan)
Gaul semua bahan-bahan dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…!
Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba.
InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Garam sebenarnya memang bahan asas dalam pembuatan sabun. Menambah garam dan air tetap mengekalkan buih sabun.
Selamat mencuba untuk lebih jimat. Sangat membantu jimat belanja.
Asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol.Refill sabun pinggan dalam bekas yang ada je.Jumpa lah yang ni, kena tulislah ‘sabun pinggan’ ye. Ni saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan.Alhamdulillah..
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, jadi mak-mak yang berjimat belanja dapur tu, bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Sumber: شهيد شهداء