JIMAT Pasang Sendiri ‘Sticker Tinted’ Pada Cermin Pintu Sliding, Kos RM210!

Share

Bagi rumah yang ada pintu sliding, adakalanya cerminnya terlalu terang dan silau apatah lagi jika tak pasang langsir.Salah satu penyelesaiannya ialah dengan memasang ‘Sticker Tinted’ pada cermin pintu sliding ini. Nak upah orang boleh tahan juga harganya. Ada baiknya kita pasang sendiri ‘Sticker Tinted’ ni, cara bajet namun sangat jimat kos. Masalah silau atau cermin terlalu terang pun dapat diatasi.

Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Zulfikri Zainol ini.

Survey tanya orang nak upah pasang tinted ni katanya makan kos RM1k lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.

Kos pasang sendiri :

1. Sticker tinted 5ftx50ft – RM210 kat Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
2. Ais batu – RM1.00
3. Limau Kasturi – 50 sen

Total RM 211.50
Jimat +-RM800

Oh ya. Item 2 dan 3 tu gunanya untuk bancuh Teh O Ais Limau waktu berbuka nanti.

Cara Pemasangan :

1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yang melekat kat cermin tu.

2. Spray sabun tinted kat cermin. (sabun ada diberi sekali dengan set tinted).

3. Potong ikut saiz cermin, buka lapisan nipis tinted (ni paling mencabar. Tutup kipas untuk elak dia berterbangan melekat kat benda lain) dan spray lagi sabun atas permukaan yang melekat tu.

4. Lekat dan ejas tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.

5. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (ada diberi sekali set tinted tu).

6. Potong lebihan tinted dibingkai cermin. Kalau boleh buka getah tepi cermin lagi senang. Tolak masuk ja pastu pasang balik getah. Tak perlu potong dah.

7. Bancuh Teh O Ais Limau.

Sebelum

Selepas

Siap! Selamat Mencuba

Baca Lagi Di Sini:
Tip Mudah Atasi Masalah SEMUT Naik Atas Meja Guna Double Sided Tape!

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada cermin pintu sliding yang nak dipasang ‘Sticker Tinted’, boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Lebih jimat banyak bila pasang sendiri berbanding upah orang. Paling penting kena rajin dan teliti.

Sumber: Zulfikri Zainol

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab