Bagi rumah yang ada pintu sliding, adakalanya cerminnya terlalu terang dan silau apatah lagi jika tak pasang langsir.Salah satu penyelesaiannya ialah dengan memasang ‘Sticker Tinted’ pada cermin pintu sliding ini. Nak upah orang boleh tahan juga harganya. Ada baiknya kita pasang sendiri ‘Sticker Tinted’ ni, cara bajet namun sangat jimat kos. Masalah silau atau cermin terlalu terang pun dapat diatasi.
Survey tanya orang nak upah pasang tinted ni katanya makan kos RM1k lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.
Kos pasang sendiri :
1. Sticker tinted 5ftx50ft – RM210 kat Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
2. Ais batu – RM1.00
3. Limau Kasturi – 50 sen
Total RM 211.50
Jimat +-RM800
Oh ya. Item 2 dan 3 tu gunanya untuk bancuh Teh O Ais Limau waktu berbuka nanti.
Cara Pemasangan :
1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yang melekat kat cermin tu.
2. Spray sabun tinted kat cermin. (sabun ada diberi sekali dengan set tinted).
3. Potong ikut saiz cermin, buka lapisan nipis tinted (ni paling mencabar. Tutup kipas untuk elak dia berterbangan melekat kat benda lain) dan spray lagi sabun atas permukaan yang melekat tu.
4. Lekat dan ejas tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.
Ads
5. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (ada diberi sekali set tinted tu).
6. Potong lebihan tinted dibingkai cermin. Kalau boleh buka getah tepi cermin lagi senang. Tolak masuk ja pastu pasang balik getah. Tak perlu potong dah.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada cermin pintu sliding yang nak dipasang ‘Sticker Tinted’, boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Lebih jimat banyak bila pasang sendiri berbanding upah orang. Paling penting kena rajin dan teliti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Seronoknya bila dapat check in hotel. Inilah tempat yang paling selesa dan seronok untuk lepaskan tekanan. Rasa tenang tanpa gangguan daripada sesiapa.
Rata-rata merasakan bila check in hotel, inilah tempat selamat. Sedangkan kita tak tahu ada juga sesetengah hotel yang tidak selamat, terutamannya buat perempuan-perempuan yang ingin bercuti. Bimbang ada ‘mata-mata yang memerhati tanpa kita sedar.
Bukan setakat perempuan yang suka bercuti dan kerap check in hotel, tapi boleh bahayakan sesiapa yang menginapnya, waima keluarga sekali pun.
Jadi, semas check in hotel cubalah perhatikan sekeliling bilik dan lakukan seperti yang disarankan oleh Mirzan Johor dalam video tiktoknya.
1. Ambil gelas dan letak pada tombol supaya tak ada orang gila buka pintu dan kita tahu bila gelas jatuh.
2. Selalu kita tengok dan pesanan supaya letakkan hujung jari pada cermin bilik air. Pastikan hujung jari anda pada cermin itu tak bertemu. Kalau bertemu itu tandanya bukan cermin. Ada yang memerhati.
3. Biasanya dalam bilik hotel , dah tentu ada lubang air cond di bahagian atas. Perhatikan sebab ada ‘orang gila’ letak kamera di celah lubang air cond.
4. Cuba tutup lampu dalam bilik dan ‘tawaf’ satu bilik. Pastikan tak ada lampu yang berkelip-kelip. Kalau ada, itu tandanya ada ‘spy camera’. Hati-hati.
Mingguan Wanita : Walaupun kita biasa dengar tentang tip ini tapi tak salah untuk kita lakukan bila check in hotel. Hati-hati sebelum kena dan jangan ingat semua hotel selamat.
Cuci bekas plastik berminyak, memang payah nak hilang kesannya. Dah cuci banyak kali pun masih ada kesan minyaknya. Kesudahannnya nak mudah, memang buang masuk dalam tong sampah sahaja, walaupun sayang bekas plastik ni boleh di guna semula nanti.
Sebenarnya ada tip mudah untuk cuci bekas plastik berminyak ni. Dengan menggunakan dua bahan sahaja. Memang kesan minyaknya sangat mudah tanggal dan bersih! Guna tips ni memang menjadi.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Hafiza Zanuddin sebagai panduan;
Saya just nak share petua saya dapat dari mak cik saya. Saya tak pasti samada orang dah lama praktik atau saya jer baru tau.Asalnya mak cik saya bagitau tips ni untuk nak jimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan.
Rupanya dalam 2 minggu saya dah amalkan, saya perasan, tips ni boleh hilangkan kesan minyak yang susah nak tanggal di bekas-bekas plastik.
Biasanya kalau kita basuh bekas plastik yang berminyak, mesti susah nak tanggal, lepas basuh pun ada kesan lagi..lepastu kita pun kemurungan.
Tapi bila guna tips ni memang menjadi.
Sape belum tahu, boleh cuba tau…tips tu boleh klik tengok dekat gambar. Kalau kenduri kendara lagi lah elok guna tips ni.
Bahan-Bahan Di Perlukan:
Sesudu Garam
Sabun Pencuci Pinggan
Cara-Caranya:
1.Masuk kan sedikit sabun (tak kisah brand ape pun), lepastu tambah sesudu garam dalam bekas pencuci.
2.Jadilah yang ni hasil campuran. Jangan try rasa guna lidah pulak lepas letak garam tu..saya hampir nak rasa hari tu.
3.Ni lah antara kotoran-kotoran degil yang selalu meninggalkan kesan di bekas dan jiwa..walaupun dah basuh.
4.Dalam proses..gambar ni nak cerita, memang sangat mudah tanggal..love sangat.
5.Dah siap. Pastu boleh la try wat macam iklan kat tv tu, gesel-gesel jari kat bekas… serius, siap keluar bunyi tu.
Rupanya ada tips mudah untuk cepatkan kerja-kerja merebus di dapur. Malah hasilnya cepat empuk, jimat gas dan tak perlu guna pressure cooker (periuk tekanan tinggi) lagi. Sesuai sangat untuk merebus kacang hijau, kacang kuda, daging, kentang, keledek dan sebagainya yang kebiasaannya memakan masa lama untuk merebus.
Mak-mak boleh cuba tips 5:30:7 yang dikongsikan oleh Puan Nor Izan Mustapa ini.
“Jalan-jalan skodeng umah orang jumpa pulak satu info ni.Cara nak jimat gas guna tips 5:30:7 dari sis fah umi yasmin. Rebus 5 minit, tutup 30 minit, rebus semula 7 minit”.
“Hakak dah try rebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan daging…Alhamdulillah suma menjadi”.
* Tips 5:30:7
1.Masak air sampai mendidih.
2.Masuk kacang/daging/keledek/kentang
3.Biarkan mendidih selama 5 minit (kira masa dari mula didih lepas masuk bahan)
4.Tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk.Biar selama 30 minit (jangan gedik-gedik pulak nak intai)
5.Lepas 30 minit hidupkan api, biar didih semula selama 7 minit (kira masa dari mula didih).
6.Tutup api.
Info Ekstra!
* Tips ni berguna untuk yang x de pressure cooker.
* Untuk kacang kuda rendam dulu semalaman sebelum rebus masukkan daun kari, sedikit garam dan gula masa didihkan air.Saya tutup periuk sepanjang merebus.
* Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus
* Tips ni boleh guna untuk bahan yang perlukan masa lama untuk merebus – contoh kaki ayam, lontong (saya refer pada post yang pernah cuba).
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!
MW:Menarik perkongsian tips ini. Memang kena cuba, untuk memudahkan kerja-kerja memasak mak-mak di dapur nanti.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...