Harga bawang semakin mahal ni, memang kena berjimat dalam menggunakannya. Terutamanya jika mak-mak jenis yang selalu masak, masak hari-hari di rumah boleh ikut cara yang dikongsikan ini. Boleh kawal banyak mana bawang yang diperlukan, malah memudahkan dan menjimatkan masa memasak. Jadi tak perlulah nak kupas kulit bawang hari-hari, kisar je semua dengan minyak, boleh tahan 2 minggu dan tak mudah rosak mahupun berkulat.

Berikut perkongsian tip daripada Puan Nur Farhanaa Noordin sebagai panduan.

“Cara menjimatkan penggunaan bawang yang kian mahal harganya, blend kasar siap-siap nak masak tinggal guna je. 1 blend tu boleh dapat sebekas penuh ni. Ni dah dekat 2 minggu kot hari-hari guna.”

Jimat Guna Bawang, Kisar Kasar Dengan Minyak Boleh Tahan 2 Minggu!
Kredit Gambar : Shanishaiza Sabdin

Bahan Diperlukan:

3 labu bawang putih
3 biji bawang besar
minyak masak agak-agak

IKLAN

Cara Membuat:

Kisar kasar bawang putih dan bawang besar dengan minyak masak.

Jimat Guna Bawang, Kisar Kasar Dengan Minyak Boleh Tahan 2 Minggu!

IKLAN

Info Ekstra!

*Boleh adjust sukatan dia kalau rasa tak cukup.
* Campur minyak sampai bawang tenggelam. Agak-agak blender tu boleh pusing.Kalau tak boleh pusing tambah air sikit-sikit.
*Bila nak guna waktu masak jangan letak minyak banyak sangat dalam kuali sebab kita dah letak minyak waktu blender benda ni kan lepas tu sudu yang nak guna ambil bawang ni seeloknya kering.
*Cara begini jimat bekas dan ruang boleh tahan 2 minggu setakat ni.
*Zaman-zaman gawat ni isteri-isteri kena pandai berjimat cermat kan. Kalau buat camni in shaa allah kurang la beli bawang dan menjimatkan duit poket suami anda.

Baca Lagi Di Sini: 3 Tips Penting Cili Kisar Tahan Lama Lebih 3 Minggu,Tekstur Halus Gebu & Tak Berbau Hapak!

IKLAN

MW: Semoga perkongsian tip dapur ini bermanfaat. Bila buat macam ni, bolehlah berjimat sebab kita boleh kawal banyak mana bawang yang di perlukan dan paling penting memudahkan waktu memasak.

Sumber: Nur Farhanaa Noordin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI