KERJASAMA: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forensic Psychologist, Change Management Specialist, Self Hypnotist & Hypnotherapist.
Memang lumrah dalam kehidupan, memaafkan seseorang mungkin mudah, tetapi untuk melupakan memang payah. Lagi-lagi dalam hubungan suami dam isteri. Sekali suami melakukan kesilapan, memang isteri akan berdendam sampai bila-bila.
Dendam adalah sifat perasaan semulajadi seseorang yang tidak boleh melihat kelebihan orang lain yang lebih daripada dirinya.
Mengulas tentang isu isteri pendendam, ianya adalah disebabkan perasaan dendam yang isteri rasa setelah dipermainkan oleh suaminya sama ada ditipu atau berbohong lebih-lebih lagi melibatkan orang ketiga.
Selain itu, ianya juga disebabkan kepercayaan isteri terhadap suami telah diambil mudah atau mempermainkan kepercayaan isteri oleh suami itu sendiri. Dendam seorang isteri sering kali disebabkan penglibatan wanita atau dinamakan orang ketiga dimana suami tersebut mempunyai penglibatan secara terus dan tidak memberitahu isterinya.
Dendam adalah perasaan geram yang disimpan di dalam hati dan ingin melakukan sesuatu tindakan untuk membalasnya disebabkan sakit hati. Ianya diperlakukan dengan melengahkan sesuatu tindakan atau perbuatan yang dilakukan di suatu masa secara terus, senyap serta menunggu masa untuk melakukan balasan pada masa dan waktu yang tepat.
Malah, ianya juga adalah perlakuan yang negatif bagi menyedapkan hati sendiri dengan membalas perbuatan disebabkan sakit hati seseorang terhadap orang yang didendam.
Sering kali dendam ini dilakukan oleh sang isteri yang sakit hati kerana dilukai oleh perbuatan kenakalan seorang suami, seperti berbohong dan memberi perhatian kasih sayang pada wanita lain. Dendam yang boleh berlaku dan dimaksudkan oleh perkara berikut:
1) Pemberian kasih sayang suami pada wanita lain
2) berbelanja serta memberi wang ringgit kepada yang bukan untuk diri dan keluarganya
3) memberi perhatian yang berlebihan kepada wanita lain dan bukan pada isterinya
4) Berbohong dan tidak bercakap benar tentang apa yang isterinya tidak suka.
Tip buat suami yang berhadapan dengan isteri yang pendendam, suami perlulah melakukan beberapa perkara:
Kerapkali isteri yang terluka disebabkan oleh rasa dibohongi atau ditipu akan lebih berwaspada di lain waktu. Oleh hal yang demikian, tugas suami hendaklah mengambil balik hatinya dan kepercayaan isteri yang telah dilukai dengan apa cara sekalipun. Isteri akan lebih berhati-hati dengan memeriksa kelakuan serta gerak-geri suami agar kesilapan berbohong tidak berulang lagi.
Bagi seorang isteri, ianya agak sukar untuk menerima apa-apa sahaja termasuklah pemberian istimewa daripada suami kerana ianya di anggap tidak ikhlas. Melainkan isteri sudah mengetahui sikap suami terlebih awal yang suka berbohong tentang hadirnya wanita lain dalam hidup suami tersebut.
Memberikan hadiah yang besar dan mahal tidaklah digalakan kerana lebih besar dan lebih mahal hanya menunjukkan lebih besar dan lebih mahal dosa yang telah diperlakukan. Namun dendam tetap akan berlaku disebabkan kurang menerima perhatian, hadiah atau pun wang ringgit. Setiap isteri akan mencatu dan memerhati waktu suami untuk memastikan yang suami tidak mempunyai aktiviti lain selain dari isterinya.
Untuk mengambil hati isteri, seorang suami perlulah:
Sebaiknya sebagai seorang isteri, perlulah punyai tolak ansur dengan sikap “forgive and forget”. Kita mungkin boleh forgive tetapi tidak boleh forget disebabkan sakit hati yang hanya isteri sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun, Forgive and forget ini dapat menyelamatkan institusi kekeluargaan di masa akan datang. Berjumpalah dengan orang yang lebih arif di dalam hal ini untuk mendapatkan penyelesaian.
Pembohongan atau penipuan akan berlaku pada bila-bila masa, di suatu masa atau seketika. Kemungkinan pembohongan tersebut berlaku disebabkan suami tidak mahu merunsingkan atau menyusahkan hati si isteri. Pembohongan adalah berbeza dengan alasan tidak mahu memberitahu isteri atau ingin menjaga hati isteri.
Perasaan berdendam tidak akan berkesudahan dan mungkin akan membawa kepada perkara yang tidak diingini. Kepada isteri-isteri, lebih baik bertanya dengan mana-mana pakar dalam bidang keluarga untuk mendapatkan kepastian sesuatu perkara dan cari jalan penyelesaian yang terbaik agar kedua-dua pihak masih boleh berkomunikasi dan hidup bersama. Lebih baik memberitahu perkara sebenar daripada memikirkan apakah penipuan yang telah berlaku dan akan berlaku.
Akhir kata, jauhkan diri daripada berjumpa bomoh dengan niat untuk mengubatkan suami. Pembohongan adalah sifat seseorang itu sendiri dan ia tidak perlu berjumpa dengan bomoh. Ianya akan berlaku pada bila-bila masa oleh sesiapa sahaja walaupun orang itu tidur sebantal dengan kita untuk menyelamatkan keadaan dirinya.