Jika Terputus Bekalan Makanan, Mohon Angkat Bendera Putih – Abby Abadi

Share

Pelakon Abby Abadi yang aktif dengan kerja-kerja khidmat masyarakat, memohon agar mereka yang mengalami terputus bekalan makanan atau keperluan harian, agar mengangkat bendera putih.

Dengan itu, akan ada jiran-jiran yang sedia maklum dan datang membantu. Tindakan sebegitu adalah lebih baik lagi berbanding membuat keputusan dan tindakan melulu.

Ramai yang terkesan dengan pendapatan yang kian meruncing. Malah, ramai yang terputus bekalan makanan. Menerusi tangkapan skrin yang dikongsikan pelakon drama kepolisian Gerak Khas ini, mereka diuji kesusahan yang begitu mendesak.

Sehinggakan ada ibu yang terpaksa memberi anak kecilnya minum air sirap. Abby juga melihat kempen kibarkan bendera putih ini sebagai satu idea yang hebat.

Mohon Angkat Bendera Putih

Kongsinya,

SEBARKAN…. Idea yang hebat dari seorang hamba ALLAH di FB.

Buat semua yang terputus sumber pendapatan, terputus bekalan makanan/ keperluan harian, mohon angkat bendera putih ye.. biar ada jiran-jiran yang tahu supaya anda tidak putus asa & ambil keputusan melulu.

Yang berdekatan.. Hulu Kelang, Keramat, Ukay Perdana, Wangsa Maju, Taman Permata…. ada ke yang sangat-sangat sesak sampai hidup kelaparan sekarang? Kalau ada DM saya ye (instagram Abby Abadi). Ada rezeki saya dan suami sampai dengan bantuan makanan.

Wallet Kasih PKP

Kongsinya lagi di instagramnya, “Sahabat-sahabat saya di sini yang budiman & dermawan, yang masih terus sudi nak bersama saya membantu mereka yang memerlukan, terima kasih sangat-sangat! Malaysian, Singaporean, Bruneian, Indonesian & dimana sahaja anda berada.. semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH ye.

Hasil Dana Wallet Kasih PKP harini dapat diagihkan kepada 25 orang lagi. Syukur. Yang dah dibantu pun, bila dengar PKP bersambung lagiii.. datang lagi minta tolong.. Yang menunggu pun ramai lagi. Doakan ye. Doakan ALLAH permudahkan segalanya. Amin Ya rabbal alaminnn.

Anda yang berkemampuan dan mahu turut serta membantu Abby dialu-alukan sumbangan anda. Kongsi Abby lagi,

Kena kumpul lagi,
RHB Bank
26233500041199
Arbaieyah Abdul Manan

Baca sini : Acong Sweetchild jual pai keju, air tangan isteri demi kelangsungan hidup

Yang Menunggu Pun Ramai Lagi

Mingguan Wanita : Semoga usaha ini dapat mengurangkan beban mereka yang sedang diuji.

Sumber/Foto : Abby Abadi

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer