
Pesanan buat para suami, jika terasa rezeki sempit dan selalu tak mencukupi, perbaikilah dahulu hubungan dengan isteri, check mana-mana yang terkurang dan bahagiakanlah hatinya. Terutamanya melibatkan hutang nafkah dengan isteri. Ia antara punca utama rezeki selalu tersekat.
Baca Lagi Di Sini;
Pesan Ebit Lew,”Belanja Atas Isteri & Keluarga SEDEKAH Paling BESAR Nilainya”
Bahagiakan Isteri Sedekah Terbaik Seorang Suami, Yang Paling Besar Pahalanya!
Pesanan perkongsian daripada Hafizul Hakim yang wajar dijadikan panduan buat suami isteri;
“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”
Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.
Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan,
Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.
“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Begitulah.
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat suami isteri. Ada benarnya berbaiklah dan perbaiki hubungan dengan isteri, tunaikan nafkah sebaiknya serta bahagiakan hatinya. Percayalah rezeki akan datang dalam pelbagai bentuk dan cara.
Sumber: Hafizul Hakim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sifat Anak Kedua Ini Buat Ibunya Sebak, Rupanya Kehadiran Setiap Permata Hati Itu Bersebab

Isi Kandungan
TogglePerangai atau sifat anak kedua ini selalu dikaitkan dengan kenakalan mahupun degil. Sampaikan wujud istilah sindrom anak kedua. Hakikatnya, baik anak kedua mahupun anak pertama waima ketiga sekalipun, mereka mempunyai karektor yang tersendiri. Pandai ibu membentuk jadilah mereka anak-anak yang hebat.
Hadamkan perkongsian ini. Coretan ibu anak 5, Puan Norhalimatul Nazurah Binti Abu Bakar (Zura Betty) , 33 tentang anak keduanya, Aisy Fayyadh Aqeel Bin Abdul Malik, 8 tahun.
“Saya dulu lawyer. Berhenti kerja buat online bisnes sebab nak jaga anak depan mata.”
Fayyadh Anak Kedua Yang Banyak Berkorban
Hari ni hari bertemu guru di sekolah Fayyadh. Membincangkan tentang performance untuk beberapa bulan ini.
Fayyadh anak kedua yang secara peribadi banyak berkorban sebenarnya.
Hadirnya Fayyadh di saat mama sibuk mengejar kerjaya. Boleh dikatakan, kehadiran yang tidak berapa dinantikan waktu itu.
Masih segar dalam ingatan bila tiba saat nak melahirkan. Apa barang pun tak ready. Dalam perjalanan ke hospital baru sibuk nak cari pampers sana sini.
Dalam menahan kesakitan nak bersalin, sempat lagi singgah dari satu stesyen minyak ke satu stesyen minyak cari pampers.
Emosi mama sepanjang mengandung juga tidak menentu. Arghh! Sakit! Jika diingat kembali. Lumrah anak nombor dua kiranya.
Dalam pantang, mama masih sibuk dengan tanggungjawab kerja. Ambil sekadar mahu susukan kemudian letak ke tepi sibuk kembali dengan kerjaya. Dalam pantang sudah ditinggalkan, kerana mama sibuk bertemu client sana sini.
Aduh! Sampai tak sedar bila anak ini membesar. Terlalu banyak dia berkorban sebenarnya. Sering mengalah memberi ruang pada abang yang cemburu tidak berkesudahan.
Tapi dia bijak mengambil hati, saat mama pulang keletihan dari bekerja. Diambil air buat mama basahkan tekak. Di saat bilik mama macam baru dilanda taufan, dikemas cantik tersusun rapi.
Prihatinnya sangat tinggi pada setiap ahli keluarga. Sering mengalah tidak kira pada adik mahu pun si abang.
Janji insan di sekelilingnya bahagia. Walaupun ada kala dia sakit menahan luka.
Hari ini bila bertemu guru, mama sebak menahan air mata.
Semua Puji Anak Kedua Ini Baik Sifatnya
Dari satu guru ke satu guru. Semua puji Fayyadh anak yang baik.
“Fayyadh kalau saya marah dia hari ini. Esok mesti dia cari saya mintak maaf”
“Di saat orang lain tak mahu berkawan dengan Armi, Fayyadh yang akan suruh Armi duduk di sebelah dia dan ajarkan Armi siapkan kerja sekolah”
“Ada satu hari Armi kena denda tak dapat main di padang. Tapi Fayyadh datang pada saya, minta agar benarkan Armi main bersama”
“Saya tak nampak Fayyadh ada masalah dalam pembelajaran, dia sama sahaja macam student lain. Banyak perubahan dia dari awal dia masuk dahulu. Dia bijak, dia boleh faham dan buat apa pun arahan saya”
“Bila dia tengok saya tengah minum air, cepat je dia nak tolong angkatkan cawan siap basuhkan lagi”
“Fayyadh banyak sangat perubahan, memang perubahan yang amat ketara. Saya sendiri nampak perubahan dia”
“Patutlah Fayyadh hebat. Didikan mama dan papa dia mantap”
Allahu, serius saya sebak.
Anak-anak hadirnya sebagai guru pada ibu ayah.
Maafkan mama sayang. Mama tahu Fayyadh anak hebat. Doa mama agar Fayyadh dan semua anak-anak mama berada dalam Rahmat, kasih sayang dan perlindungan yang Maha Berkuasa.
Buat Guru-guru
Ash Shura Institute of Quranic Sciences – ASIQS, kalian luar biasa. Terima kasih atas tunjuk ajar, keikhlasan dan kasih sayang yang diberikan dalam mendidik anak bangsa.
Sama-sama kita bantu dalam membentuk generasi “anak-anak kita” lahir dalam generasi yang terdidik hebat duniawi mahupun ukhrawi.
Seharusnya mak ayah memahami dan tidak menyalahkan sifat anak kedua dalam proses mendidik anak-anak menjadi insan terbilang. Mereka akan jadi hebat, andai mak ayah hebat cara membentuk karektor dan kejayaan anak-anak.
Sumber/Foto: FB Zura Betty
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belajar Melepaskan Dan Pastikan Kita Dulu Yang Bahagia

Isi Kandungan
ToggleSayang macam mana pun, kita tetap kena belajar melepaskan apa yang menyakitkan hati sendiri. Ya, kadang ada orang pilih untuk bertahan demi masa depan dan cinta tetapi andai bertepuk sebelah tangan pun tak guna.
Akhirnya diri sendiri yang tanggung derita dan alami tekanan emosi. Ini lah yang boleh jadi barah dalam hubungan suami isteri.
Sebaiknya ikutlah cara yang boleh bahagiakan hati sendiri seperti yang dikongsi oleh saudara Afnan Rosli ini, mudah dan in shaa Allah hati tak kecundang!
Paksa Diri Untuk Belajar Melepaskan
Belajar untuk melepaskan. Bila saya dengar Bella nak move on dah dari Toxic relationship beliau, saya rasa lega dan syukur. Tahniah! Kesian tengok Bella being strong for too long.
Kadang-kadang, kita terlalu banyak berkorban, tapi orang tak hargai. Terlalu banyak simpan, akhirnya makan diri.
Sometimes perlu hormat diri kita. Hargai diri kita. Saya selalu ajar orang supaya sayang diri sendiri. Jadi gembira, jadi tenang, jadi bahagia. Then baru kita boleh nak Bahagia kan orang sekeliling.
Hanya orang yang ada sahaja boleh memberi. Mana mungkin kita tidak Bahagia tapi nak memberi Bahagia? Mustahil. Tapi itu lah yang ramai kita buat. Kita sacrifice bahagia kita, dengan harapan orang yang kita sayang akan bahagia.
Tak. Its the other way around.
Kita dulu kena bahagia, then automatic orang sekeliling kita jadi bahagia.
Bila salah faham macam ni yang masyarakat rosak. Sebab kita rasa, aku korban jiwa raga demi anak-anak. Aku seksa, aku sakit takpe, janji anak isteri bahagia. End up, diorang pun jadi tak bahagia. Kenapa? Sebab kita harap kita dapat memberi dari tempat yang kita tak ada.
Jadi, pastikan kita bahagia, then seluruh orang keliling kita automatic akan bahagia tanpa di paksa. Student saya dah ramai gila dah jumpa Magic dalam life bila mereka faham konsep ni.
Antara tanda kita hormat diri kita, dan respect kebahagiaan kita ialah kita cut out toxic people out of our life.
Ini ciri-ciri toxic people :
1. Those yang selalu buat kita rasa down. Tak kira apa pun kita buat, ada saja cara nak bagi kita rasa down. Ni toxic people.
2. Those yang tak reti menghargai value kita. These are energy vampires. Hanya spend energy kita pada orang yang menghargai.
3. Those yang sentiasa buat kita rasa terseksa. Doesn’t matter wather its kawan baik, kekasih or what ever. Whats the point Kalau sepanjang hidup terasa seksa? Let go.
4. Those who don’t support you. Orang-orang yang tak menyokong impian, cita-cita anda, kurangkan bergaul dengan mereka. Banyak bergaul dengan like minded people. Orang yang satu fikiran dengan kita.
5. Negative people. Orang yang sentiasa nampak negative dalam semua perkara. Ini jangan duduk dekat langsung. Lama-lama negative dia jangkit kat kita.
Letting go doesn’t mean that you don’t care about someone anymore. It’s just realising that the only person you have control over, is yourself.
Don’t dwell on what went wrong. Instead focus on what to do next. Spend your energies on moving forward towards finding the answers.
Love yourself first. Then you can give love to others. Hanya orang yang mempunyai, boleh memberi.
Saya doakan yang terbaik buat Bella InsyaAllah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Hanya Hargai Lepas Seseorang Meninggal Dunia “Selalulah Belajar Curi Hati Pasangan”

Isi Kandungan
ToggleJangan hanya hargai lepas seseorang meninggal dunia “Selalulah belajar curi hati pasangan”. Pasangan yang sedang melayari bahtera perkahwinan belajarlah cara-cara untuk membahagiakan hati pasangan.
Adat berumah tangga, pasti ada ada pasang surutnya. Bahtera yang dilayari tidak sentiasa manis, kadang kala terselit juga kepahitan yang mematangkan perkahwinan.
Jangan Hanya Hargai Lepas Seseorang Meninggal Dunia
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Facebook Ebit Lew Channel pastinya dapat memberi panduan dapat mengekalkan keharmonian dan persefahaman antara satu sama lain.
Seperti mana yang dikongsikan, Ustaz Datuk Kazim Elias pernah menyatakan terdapat empat punca kenapa satu-satu perkahwinan itu tak bahagia.
“Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
“Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
“Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi khabar kat laki hang “Awak, start harini saya tak nak basuh baju masak apa semua.”
“Tak tak. Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no.
“Nak Jaga Laki Ni Senang”
“Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing. Nak jaga laki ni senang saja bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Selagi hang boleh ikut, ikut.
“Orang Bijak Anggap Pasangan ANUGERAH”
“Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
“Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
“Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
“Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
“Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
“Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
Hargailah Pasangan
“Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ya, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
“Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
“Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
- UJIAN
- TEGURAN
- BALA
“Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
“Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
“Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
“Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
“Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
“Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Menarik Lagi Disini : Perempuan Jangan Terdesak Cari Pasangan, Stigma ‘Tiada Suami’, Nikmatilah Hidup, Bahagiakan Orang Tua
BERSYUKURLAH Mampu Kekalkan Fasa Perkahwinan Lebih 10 Tahun Sebab Setiap Pasangan Berbeza Dugaannya
Reda Atas Segala Ujian Allah
“Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDA. Reda apa yang Allah bagi. Reda itu pasangan kita. Reda atas segala ujian Allah.
“Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
“Selalulah belajar untuk curi hati psangan. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala”.
Mingguan Wanita : Seronoknya lihat pasangan bahagia. Anak-anak pun akan terdidik dengan sempurna.
Sumber / Sumber Foto: Facebook Elews Channel
Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.
Syawal ini Aizat terakhir beraya sebagai seorang bujang.
Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI