Sesungguhnya jika sudah hilang sabar dengan pasangan jangan bertahan, nanti lebih banyak dosa daripada pahala. Hari-hari hadap ujian dan masalah yang sama, sudah tentu hati bertambah sakit.
Namun jika bertahan adalah pilihan mak, ayah… teruskan bersabar sebaiknya agar tiada masalah berlaku di kemudian hari.
Sekiranya masalah kecil, mungkin dapat lupakan, tetapi jika masalah besar dan sudah beberapa kali dilukakan, rasanya sudah tibanya angkat kaki. Tak perlu takut hidup mendatang apabila bergelar janda atau duda kelak.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sebaiknya:
Jika Sudah Hilang Sabar Jangan Bertahan
Kalau hendak bertahan, maka kena sabar dan wajib sabar… Kalau sudah tidak boleh sabar, jika sudah hilang sabar… Maka jangan bertahan…
Sia-sia…
Lebih banyak dosa daripada pahala jika kita sudah tidak boleh sabar dengan pasangan… Malah, lebih banyak perkara yang akan menjadi ungkitan… Lebih banyak pergaduhan yang berlaku seharian…
Hati tak tenang, jiwa tak tenteram…
Nanti Lebih Banyak Dosa Daripada Pahala
Hendak beribadat kepada Tuhan pun tak khusyuk, tak senang… Asyik fikir perangai pasangan, asyik fikir perbuatan pasangan, asyik persoal dugaan dan ujian yang diturunkan, asyik fikir ke mana arah tujuan kehidupan…
Bila sudah tertekan, anak yang tidak bersalah dijadikan tempat melepaskan tekanan… Selalunya macam itulah…
Anak bagi tumpah air, anak silap buat kerja sekolah, anak sepahkan rumah, kena marah lebih dari sepatutnya… Masalah dengan pasangan, tapi anak-anak yang jadi mangsa keadaan…
Maka anak-anak pun membesar dalam persekitaran yang “tidak sihat”… Benda yang tak sepatutnya jadi ikutan dan teladan kepada anak-anak, anak-anak ikut…
Anak Membesar Dalam Persekitaran Tak Sihat
Sebab itu adalah kebiasaan yang dia tengok hampir setiap hari terjadi depan mata dia sendiri…
Ayah balik rumah, bergaduh dengan mak… Kemudian, ayah tinggikan suara dengan mak, ayah pukul mak… Ayah keluar, mak menangis…
Ads
Ulang drama yang sama setiap hari, setiap minggu…
Anak benci ayah, anak benci mak… Hilang hormat anak pada kedua-dua orang tuanya… Orang yang sepatutnya bagi kasih sayang kepada dia, sudah besarkan dia dengan permasalahan berkaitan hati dan perasaan dalam rumah tangga…
Hati Yang Tak Bahagia
Bila sudah dewasa, sudah besar panjang, tapi tak tahu cari jalan penyelesaian bersama…
Sebab itu ada quote, “Hati yang tak bahagia tak akan mampu membahagiakan orang lain”…
Kamu tak payah sembanglah boleh sebab memang tidak akan boleh…
Jadi kalau hendak bertahan, banyakkan bersabar dan dekatkan diri dengan Tuhan… Kalau sudah tak boleh tahan, maka Islam ada bagi jalan keluar untuk kita ikut…
Ini tak, takut sangat dengan gelaran janda, selepas itu sanggup anak-anak membesar jadi tak tentu hala…
Ads
Mingguan Wanita : Bertahanlah selagi mampu, jika tidak buatlah keputusan bukan sahaja untuk diri sendiri malah anak-anak juga. Kadang-kadang pasti ada hikmah di sebalik perpisahan yang berlaku.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Tidak kira anak lelaki mahupun anak perempuan, kedua-duanya punya tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa. Kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah tanggungjawab anak-anak.
Tanggapan anak perempuan terlepas daripada tanggungjawab menjaga ibu bapa selepas berkahwin tidak benar sama sekali. Setiap anak wajib berbuat baik bukan sahaja terhadap ibu kandung, bahkan mentua, ibu angkat, ibu tiri mahupun sekadar ibu susuan.
Anak Lelaki, Anak Perempuan
Tidak ada sesiapa yang terlepas sekalipun wanita itu sudah berkahwin. Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan menjaga ibu bapa yang sakit. Malah kerana tanggapan ‘wajib’ itu, tugasan berkenaan diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya yang sama sekali tidak benar.
Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibu bapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Pakar motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, berkata hukum menjaga ibu bapa terutama yang uzur terletak bukan sahaja di bahu anak lelaki, bahkan anak perempuan.
Seandainya ibu bapa kandung isteri uzur atau terlantar sakit dan isteri ingin menjaganya, suami tidak boleh menghalang sebaliknya perlu membantu dalam menyediakan keperluan serta kebajikan mentua.
Lepas Kahwin Sama-sama Kena Jaga Ibu Bapa
Apabila perempuan berkahwin, memang isteri dan segala dibawa adalah di bawah tanggungjawab suami termasuk nafkah ibu bapa isteri sekiranya mereka dalam kalangan orang miskin atau memerlukan bantuan perubatan. Nafkah itu perlu ditanggung menantu lelaki mengikut kemampuannya.
Ia menunjukkan keadilan Islam termasuk kepada ibu bapa yang tidak mempunyai anak lelaki. Bayangkan sekiranya anak lelaki sahaja dituntut menjaga ibu bapa, mungkin ramai dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin mengabaikan orang tua mereka.
Di sinilah ditunjukkan pembelaan Allah SWT terhadap ibu bapa yang tidak berbelah bahagi dan saksama kerana ia tidak mengira sama ada kewajipan menjaga ibu bapa kandung atau mentua.
Suami yang menghalang isteri menjaga ibu bapanya apatah lagi dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan, ia bermakna golongan itu memerintahkan pasangannya berbuat maksiat.
Maksud berbuat maksiat di sini adalah perbuatan suami memutuskan hubungan ibu bapa dan anak yang hukumnya jelas haram. Malah suami itu sendiri sudah pun berbuat maksiat kerana tidak berbuat baik kepada kedua-dua mentuanya.
DOSA BESAR DERHAKA TERHADAP KEDUA ORANG TUA
Ini turut ditekankan Rasulullah SAW yang menjelaskan antara salah satu dosa besar, selain mensyirikkan Allah SWT adalah bagi orang derhaka terhadap kedua orang tua.
Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kalian mahu aku beritahu mengenai dosa besar?” Sahabat kemudian menjawab: “Kami mahu, wahai Rasulullah SAW.” Rasulullah berkata: “Menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua.” (HR Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dalam situasi suami ingin menjaga ibu bapanya yang sakit, jatuh hukum haram kepada isteri yang tidak membenarkannya. Bagaimanapun, keadaan berbeza bagi menantu perempuan yang tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yang sedang sakit.
Tanggungjawab menjaga ibu bapa suami yang sakit terletak sepenuhnya kepada tangan suami tetapi boleh berbincang dengan isteri atau jika mampu sediakan pembantu rumah bagi meringankan tugasan isteri.
Mengikut hukum, isteri wajib diberikan upah jika suami ingin pasangan menjaga ibu bapanya yang uzur. Oleh itu masyarakat supaya tidak sesekali bertindak melabelkan menantu perempuan yang menolak menjaga mentua sebagai kejam atau tidak berhati perut kerana ia hukum asas dalam agama.
JANGAN TERLALU BERKIRA
Amat pelik bagi sikap sesetengah pasangan suami atau isteri yang sengaja tidak mahu menjaga ibu bapa masing-masing. Hierarki membezakan ibu bapa kandung dan mentua sebenarnya tanpa berasaskan dalil sahih daripada al-Quran dan hadis, sekali gus mendorong kita berpecah-belah, bertelagah, terlalu berkira serta saling cemburu dan meragut sifat kasih-sayang mukmin sebenar.
Apabila diuji menjaga ibu bapa sakit, apa yang lebih penting adalah melakukan persiapan mental dan emosi dengan rapi. Ibu bapa yang tinggal bersama perlu diutamakan keselesaan mereka dengan menyediakan keperluan sepatutnya termasuk tempat tidur kondusif dan aktiviti harian yang diisi dengan perkara bermanfaat.
Perbuatan mencela, menghamburkan kata kesat atau memperlekehkan ibu bapa atau mentua perlu dielakkan dengan sentiasa mengingati azab Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang derhaka.
Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya sama ada semasa hayat mereka atau selepas ketiadaan mereka
Sumber kredit: Hijabista via Berita Harian Online (Rencana)
Di mana hilangnya nilai perikemanusiaan dan kasih sayang seorang manusia apabila seorang ayah tiri tergamak memukul anaknya sehingga meninggal dunia gara-gara kanak-kanak yang baru berusia enam tahun itu enggan makan.
Betapa kejamnya seorang “ayah” memperlakukan kanak-kanak yang tidak berdaya hingga membuatkan dia hilang nyawa. Semoga pesalah ini mendapat hukuman yang setimpal.
Mayat Kanak-kanak Ditemui Di Bahu Jalan
Mayat seorang kanak-kanak perempuan warga asing dianggarkan berusia enam tahun yang dipercayai mangsa pembunuhan, ditemui di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Memanda 3, Ampang, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa pada jam 9.50 pagi daripada seorang pengawal keselamatan wanita melalui panggilan MER999.
Mangsa Dipukul Hingga Mati
Beliau berkata, sepasukan anggota polis yang dikerahkan ke lokasi mendapati mayat mangsa tidak berambut serta berpakaian lengkap itu berada dalam keadaan terbaring di atas bahu jalan.
“Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa, termasuk pada lengan dan badan.
“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang dianggarkan berusia dalam lingkungan enam tahun, dipercayai dipukul dengan objek keras atau tumpul di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan turut mendapati mangsa adalah pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
“Dalam tempoh setengah jam kemudian, kita berjaya menahan tiga warga asing, termasuk dua wanita, di sebuah hotel di Ampang.
“Kesemua suspek itu berusia antara 17 hingga 63 tahun dan merupakan pemegang kad UNHCR,” katanya.
Hasil soal siasat, beliau berkata, kanak-kanak itu disyaki dipukul sehingga mati di hotel terbabit oleh bapa tirinya kerana mangsa dikatakan enggan makan.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh.
Sumber: BH Online
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada mak, ayah agar lebih berhati-hati dalam membesarkan anak-anak. Anak-anak adalah amanah Allah, jagalah sebaik mungkin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penting sebenarnya pastikan kemas dapur bagi bersih sebelum mak-mak masuk tidur. Kalau lah isteri tak larat sangat dah nak kemas, suami ambil lah tanggungjawab kemas bersih dapur. Terutama dalam sinki rumah anda tu.
Jangan bagi ada walau seketul pun pinggan atau cawan tak berbasuh. Bak kata Khairul Abdullah ini, dapur itulah nadi rumah tangga. Dan penentu mood untuk masak sedap esok pagi dan seterusnya.
Antara benda yang aku paling malas, namun aku paksa diri buat setiap malam adalah kemas dapur. Kenapa aku paksa diri?
Sebab, dapur ni menentukan mood aku esok pagi. Kalau bangun pagi pergi dapur dan tengok segala mangkuk pinggan dalam sinki dan segala mak nenek benda ada atas table top tu maka aku terus hilang mood.
Bukan setakat hilang mood, stress pun ada, malas pun ada dan meluat pun ikut serta. Mood pagi biasanya akan menentukan mood kita seharian. Jadi sebolehnya aku nak mood pagi aku best-best sahaja. Bangun pagi ke dapur nampak semua kemas elok maka semangat sikit nak buat breakfast, semangat nak plan masak apa, semangat sikit nak mulakan hari.
Penting Kemas Dapur Sebelum Tidur
Anak-anak bangun dan terus sepahkan living room tu pun aku cool jer sebab mood aku baik. Tapi kalau dapur berselerak dan budak-budak tu tambah lagi sepah maka beranginlah aku hari tu.
Dapur ni bagi aku adalah nadi sebuah rumah atau ibarat “engine room” bagi sebuah kapal. Kalau yang ni semua ok, Insha-Allah yang lain ikut ok.
Sebab tu walaupun malas tahap tak boleh bincang dah atau aku tertidur awal, aku akan bangun malam dan gagahkan diri turun ke bawah dan kemaskan jugak.
Sesungguhnya dapur itu pemberi bahagia. Majulah dapur untuk keluarga.
P/s. Para suami yang asyik geledah dapur lewat malam tu mohon kemas balik dan basuh pinggan lepas makan supaya isteri korang tak bad mood esok pagi.
Sekian.
MW : Rasulullah pun ada sebut, meninggalkan pinggan mangkuk tak berbasuh sebelum itu mewarisi kepapaan. Jadi, nak kaya murah rezeki, kenalah kemas bersih pinggan mangkuk tu sebelum tidur ya.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.