Aktiviti mendaki (Hiking) sejak kebelakangan ini menjadi satu fenomena ataupun hobi yang sangat menarik buat mereka yang suka cabaran dan aktiviti lasak. Tidak hairan juga kalau dahulu tidak ramai orang yang tahu tempat-tempat menarik untuk melakukan aktiviti ini tetapi sekarang? Lihat sahaja di laman sosial media. Ada sahaja tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi untuk melakukan aktiviti mendaki ini.
Tidak pernah takut untuk terokai cabaran baharu, Adam Azrulkhan Hasrullah tekad untuk mencuba aktiviti mendaki ini walaupun dirinya serba kekurangan. Bagi dia, aktiviti mendaki ini merupakan yang memuaskan tanpa boleh diungkapkan dengan kata-kata sebagai gambaran.
Kegagalan tidak mematahkan semangat dia apabila pernah gagal untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Cubaan kali kedua dia berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan bantuan kawan-kawan pendaki yang lain.
Ads
Pemburu Puncak (Hiking) Risiko menjadi pendaki gunung adalah tajuk kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di saluran Astro Prima 105 dan Prima Hd 121 pada jam 11 pagi hingga 12 tengahari. Antara tetamu jemputan, Nabila Huda, pelakon, Adam Azrulkhan Hasrullah dan Encik Mohamad, Timbalan Pengerusi Mencari & Penyelamat Gunung Malaysia (MOSARS).
Ads
Ads
Antara tip menarik yang dikongsikan oleh Encik Mohamad ialah:
Sentiasa bertenang dan jangan cemas.
Kumpul segala maklumat (seperti: kawasan sekeliling anda, cuaca, dan keadaan sekeliling).
Bawa powerbank bersama anda ketika mendaki.
Lari dalam larian zig zag jika anda terserempak dengan binatang buas dan tinggalkan segala barangan atau beg yang anda bawa.
Bagi yang ingin menonton siaran ulangan atau terlepas menyaksikan siaran langsung program bual bicara Mingguan Wanita, saksikan siaran ulangan di Astro Prima 105 dan Astro Prima Hd 121 pada jam 5 petang nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukmu dan Andai Ku Tahu—- cukup menamakan lima lagu hit kumpulan popular Ungu yang meledak bukan hanya di negara kelahiran mereka Indonesia tapi juga Malaysia. Lagu-lagu hit ini tidak akan pernah dilupakan meski telah ada yang mencapai usia lebih 10 tahun.
Sifat malar segar dan mengundang nostalgia dalam setiap lagu yang dihasilkan malah selalu disifatkan punya kisah peribadi buat semua peminatnya membuatkan Ungu masih menjadi kugiran yang kemunculan mereka di atas panggung konsert selalu dinantikan.
Untuk menyuburkan nostalgia dan kecintaan terhadap Ungu, AKE Group selaku penaja manakala Icon Entertainment selaku penganjur dengan bangga membawa kugiran yang ditubuhkan pada 1996 di Jakarta ini kembali bertemu peminat di Malaysia.
Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless : begitu konsert yang akan berlangsung di Megastar Arena KL pada 25 Februari 2024 ini.
Kugiran yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda (gitar), Oncy (gitar), Makki (Bass), Rowman (dram) akan mengisi konsert dengan 1001 nostalgia dan kenangan baharu yang bakal dicipta.
“Kami sedar Ungu dan peminat di Malaysia sangat akrab dan penggemar di sini juga memainkan banyak peranan menyokong karier mereka sejak menembus pasaran di sini lebih satu dekad lalu.
“Oleh kerana itu, walaupun dalam perjalanan karier Ungu sudah melakukan banyak konsert atau persembahan di Malaysia namun kami di AKE Group tidak gentar membawa mereka kembali ke rumah kedua ini pada 25 Februari 2024.
“Istimewa kerana Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless akan menyaksikan kugiran popular ini mempersembahkan sekitar 30 lagu hits di sepanjang karier mereka khusus buat peminat semua,” ujar Dato’ Bakhtiar dari AKE Group secara amnya dan menaungi AKE Seni khusus untuk aktiviti seni kumpulan AKE. AKE Seni merupakan rakan kerjasama untuk konsert ini.
Ini merupakan penglibatan kedua AKE Group dan AKE Seni selepas muncul dengan Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick & Sakti yang meninggalkan banyak momen bermanfaat dan manis buat khalayak yang hadir di Zepp Kuala Lumpur, 11 November lalu.
Menguatkan kenyataan diberikan AKE Group, Ungu yang memiliki lapan album studio dengan yang sulung dirakamkan pada tahun 2002 iaitu Laguku, beberapa album keagamaan yang cukup hit termasuk SurgaMu (2006) serta album runut bunyi sendiri berikrar untuk tampil maksimal pada Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless.
“Sangat senang untuk kembali konsert di Malaysia yang sudah ibarat seperti rumah kedua kami.
“Hasil perbincangan dengan penganjur Ungu akhirnya mencapai kata sepakat Ungu Live In Kuala Lumpur akan menyaksikan kami dengan 30 karya paling unggul yang pernah diciptakan Ungu akan dipersembahkan kepada peminat, Insya Allah.
“Seperti apa konsertnya nanti, Ungu berharap jangan sampai ada peminat yang melewatkannya (terlepas). Semoga kelak ia akan menjadi sebuah lagi konsert Ungu yang meninggalkan memori terbaik buat semua,” ujar Pasha.
Menurut Pasha, mereka bakal memedleykan lagu-lagu hits dari Malaysia dan Indonesia sebagai salah sebuah hadiah untuk para penonton kelak.
Untuk sama-sama meraikan Ungu dan 30 karya hits mereka, jangan sampai terlepas membeli tiket-tiket dengan harga RM138 (DEMI WAKTU, SEATING 2), RM218 (KEKASIH GELAPKU, SEATING 1) dan RM338 (TERCIPTA UNTUKMU, STANDING).
Kesemua kategori tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 menerusi Whatsapp.
Para penonton disarankan memakai salah satu aksesori, busana atau kasut berwarna UNGU bertepatan dengan konsep konsert ini kelak. Ini akan menambahkan keserian suasana malam itu kelak dengan limpahan warna Ungu yang bakal bertebaran di lokasi konsert.
Para pembeli tiket melalui MAYBANK bakal menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk pengguna kad debit manakala 12 peratus untuk pengguna kad kredit. Malayan Banking Berhad merupakan bank rasmi untuk konsert ini.
Manakala penerbangan rasmi pula ialah Malaysia Airlines rakan rasmi digital merupakan Astro Gempak serta rakan radio rasmi pula adalah Sinar FM, ERA fm, Zayan dan Gegar. Dan setelah mendapatkan tiket kalian, mari kita raikan Mayapada Ungu Live In Kuala Lumpur — 30 Hits Timeless di Megastar Arena, KL pada 25 Februari 2024. Sampai jumpa semua!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Alhamdulillah meniti usia 47 tahun, penyanyi dan pelakon terkemuka Indonesia, Krisdayanti kini bergelar nenek apabila anaknya, Aurel Hermansyah,23 selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan YouTuber sensasi Indonesia, Atta Halilintar,27 pada 22 Februari baru-baru ini.
Berita gembira itu turut dimuat naik Krisdayanti di akaun Instagram miliknya dengan gambar jari-jemari comel cucunya yang dipanggil ‘Baby A’ yang dilahirkan dengan berat 3.3kg.
Momen kelahiran ‘Baby A’ atau nama penuhnya Ameena Hanna Nur Atta di Rumah Sakit Bunda Jakarta juga dihadiri ibu tiri Aurel, Ashanty dan bapanya Anang Hermansyah.
Detik berkenaan turut dimuatnaik secara langsung oleh menantunya, Atta di laman YouTube miliknya.
Sebelum ini, Krisdayanti, 46, dilihat begitu teruja ketika majlis sambutan kelahiran cucunya itu, dan tidak sabar untuk bergelar nenek.
Kecantikan Cucu Jadi Tumpuan
Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, kecantikan dan kecomelan cucu pertama pelantun lagu ‘Menghitung Hari’ ini juga mencuri tumpuan ramai. Ramai yang memuji kecomelan cucu pertama penyanyi ini, malah saling tak tumpah, iras nendanya.
Terdahulu Krisdayanti mempunyai dua anak termasuk Aurel, hasil perkahwinannya dengan penyanyi Anang. Bersama suaminya kini, Raul Limos, pelantun lagu Menghitung Hari itu mempunyai dua lagi anak Ariannha Amora Lemos, 10, dan Kellen Alexander Lemos, 9.
Kelahiran anak-anak merupakan satu anugerah bagi mak ayah tak kiralah baik dikurniakan anak lelaki mahupun perempuan. Terimalah dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran, kerana yang Maha Esa dah aturkan yang terbaik buat kita.Apa yang penting anak yang dilahirkan sihat, normal dan dapat membesar seperti anak-anak lain.
Alhamdulillah berita gembira, kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, pelawak terkenal Nabil Ahmad,35 dan isteri Zira Ayub,30 selamat menimang cahaya mata ke-3.
Perkara tersebut itu diumumkan oleh pihak MeleTop di laman Instagram. Difahamkan bayi dan ibu kini berada dalam keadaan stabil, hanya menunggu untuk dibawa pulang ke rumah.
Harap Anak Lelaki
Terdahulu, pelawak tersebut mengambil keputusan untuk tidak mengetahui jantina anaknya ketika di dalam kandungan kerana mahukan elemen kejutan. Nabil juga pernah menyuarakan hasrat untuk memperolehi anak lelaki selepas memiliki dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun. Malah secara bergurau mahukan sekurang-kurangnya 8 orang cahaya mata.
Namun demikian, walaupun dikurniakan anak perempuan lagi, jelas kelihatan rasa kesyukuran dan kegembiraan di wajah pengacara Meletop ini dengan kurniaan cahaya mata baru yang bakal menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.Malah lengkap 3 orang anak dara Nabil dan isteri.
Umum Nama Anak Di Meletop
Difahamkan juga, Nabil akan membuat pengumuman nama anak ketiganya secara eksklusif di set MeleTop untuk episod minggu hadapan.
Dedah Wajah Comel Anak
Sementara itu, tidak seperti kebanyakan pasangan selebriti, tidak berkongsi gambar bayi baru lahir, Nabil dan isteri terbuka mendedahkan wajah comel, puteri ketiga yang baru dilahirkan di laman Instagram. Ramai yang memuji kecomelan anak ketiga nabil ini dan mengucapkan tahniah buat pasangan ini atas kelahiran anak mereka.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Nabil sekeluarga, semoga kelahiran bayi comel ini rezeki bertambah berlipat kali ganda, membesar dengan baik serta menjadi anak yang solehah menyenangkan hati kedua mak ayah.Walaupun tak dapat anak lelaki, yang penting baby sihat!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...