Jika Otak Kiri Tunjuk 4 Tanda Ini, Ia Mungkin Klu Kepada Risiko Strok, Ketumbuhan Atau Jangkitan Kuman

Share

Sekiranya tiba-tiba ada ahli keluarga anda yang sihat, tiba-tiba sakit anda perlu segera ambil langkah berjaga-jaga. Bawalah segera berjumpa doktor kerana anda takkan tahu apakah risiko kesakitan yang dialaminya. Catatan Setiausaha Agung Persatuan Islam Malaysia (IMAM), Dr Azlan Helmy Abd Samat ini perlu anda hadamkan kemas-kemas.

Cerita Kecemasan

Waris pesakit: Doktor, ayah saya nampak lain sejak seminggu lalu.

Aku: Lain macam mana? Boleh puan terangkan lebih lanjut?

Waris: Dia jalan asyik langgar dinding. Tapi katanya mata tak kabur. Dan saya tengok dia tak boleh butangkan bajunya sendiri sejak dua tiga hari ini.

Aku mengalihkan pandangan kepada pakcik Osman berusia lingkungan 70an seraya berkata,

“Pak cik boleh saya tengok tapak tangan kiri pakcik,”

“Pakcik pejamkan mata dan cuba teka apakah nombor yang saya lakar diatas telapak tangan pakcik?”

Sambil menggunakan hujung jari telunjuk melakar nombor 3. Pakcik diam seribu bahasa. Tidak dapat mengenal nombor yang dilakar.

Junior colleague: “what are you trying to do doctor?” Katanya bingung.

Aku melakar nombor yang sama di telapak tangan kanan, dan kurang tiga saat beliau menjawab tepat.

Aku: I am eliciting a sign called agraphthesia. It is a feature for non-dominant parietal lobe lesion.

Aku: Pakcik pejamkan mata dan cube teka apakah objek yang saya letakkan ditangan pakcik?

Pakcik memggelengkan kepala. Tidak dapat mengenal objek ditapak tangan kirinya. Aku mengalihkan objek tersebut, kemudian diletakkan di tapak tangan kanan. Kurang 3 saat pakcik menjawab, ” “ini syiling 20 sen doktor,” jawabnya yakin.

Ini juga tanda-tanda Non dominant pariental lobe dinamakan Astereognosis
ujarku kepada yang lain.

Pemeriksaan terhadap fungsi ‘parietal lobe’ yang lain diuji. Aku dapati pakcik juga mengalami ‘visual inattention’ dan ‘ spatial neglect’. Matanya bukan tidak nampak namun fungsi otaknya terhalang untuk mengintrepetasi objek yang dilihat oleh mata. Ini juga menjawab mengapa pakcik asyik melanggar objek dan berjalan sambil meraba dinding. Dia hilang ‘spatial awareness’ atau kepekaan ruang.

Dalam erti kata lain, bayangkan dunia yang anda lihat sekarang tidak hilang dari pandangan mata tetapi hilang kewujudannya dari pandangan otak dan fikiran tetapi anda tidak sedar

.

Aku: “Let us proceed with CT brain and try to look for lesion on the right parietal lobe.

Otak merupakan antara organ terpenting dalam sistem biologi manusia. Ia terbahAgi kepada beberapa ‘department’ yang masing-masing menjalankan operasi dan fungsi tertentu yang spesifik. Sebagai contoh ‘frontal lobe’ untuk membuat keputusan dan perwatakan. Temporal lobe untuk percakapan, pemahaman dan memori. Occipital lobe untuk penglihatan. Cerebellar untuk koordinasi dan ‘balancing’, Pangkal otak iaitu medulla oblongata, pons dan midbrain untuk kesedaran, pernafasan dan menghubungkan kesemua input saraf dari organ badan ke otak. Kompleks bukan? Ya sangat kompleks ciptaan Tuhan.

Untuk kes ini, pesakit mengalami strok di bahagian Parietal Lobe. Bergantung kepada individu samada dominan kanan atau dominan kiri, majoriti manusia menpunyai otak kiri yang dominan.

Stroke pada parietal lobe di bahagian kanan (non dominan) otak memberikan tanda-tanda berikut:
(Signs that doctors who examine must elicit)

  • agraphtesia
  • Astereognosis
  • Visual inattention
  • Sensory inattention
  • Spatial neglect
  • Dressing apraxia
  • Constructional apraxia

Jika strok melibatkan parietal lobe di bahagian otak kiri (dominan) tanda-tandanya termasuk

1. Acalculia ( kegagalan mengira)
2. Agraphia (tidak boleh membaca)


3. Fingers agnosia ( tidak mengenal jari jemari)
4. Left right disorientation (tidak mengenal kiri kanan)

Pengajaran Kes Ini

– Jika ahli keluarga anda yang sebelum ini sihat dan berfungsi seperti biasa mengalami perubahan seperti yang dinyatakan di atas, bawa berjumpa doktor segera.
– Ia mungkin klu kepada penyakit melibatkan fungsi otak seperti strok, ketumbuhan dan jangkitan kuman.

Nota

Untuk para petugas kesihatan termasuk jururawat, paramedik dan para doktor, bukan semua strok datang dengan simtom FAST ( Facial assymetry, arm drift, slurring of speech), simtom-simtom seperti diatas adalah juga tanda-tanda strok namun kurang diberi perhatian kerana ia jarang berlaku. Tetapi jarang berlaku tidak bermakna kita tidak perlu tahu.

Sumber/Foto: Azlan Helmy Abd Samat via Mingguan Wanita

Published by
Netty Ah Hiyer