Wahai suami, tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga itu bukannya mudah. Bukan sekadar tunaikan tanggungjawab beri makan minum semata. Sebaliknya, jadilah suami yang sentiasa jujur dan mahu bercakap benar dengan isteri.
Kerana, emosi tenang isteri itulah nanti akan buatkan rumah tangga lebih damai sejahtera. Malah, semakin murah rezekinya. Jika isteri yang satu itu kau bohongi, dalam diam kau berikan dia ‘teman’ tanpa rela. Kelak kepayahan lain yang menjelma.
Perkongsian Muhammad Hassan ini banyak benarnya. Jangan sesekali permainkan hati seorang isteri yang setia melalui sebuah ‘poligami’. Yang suami sendiri pun belum tentu mampu memikulnya dengan adil.
Isteri Sebenarnya Bukan Mahu Menolak Poligami
“Lebih baik kita kahwin diam-diam,pandailah nanti kita cover”
Ayat inilah yang selalu saya dengar dari rakan rakan lelaki apabila berjenaka,bahkan realitinya berlaku.
Isteri sebenarnya bukan menolak poligami. Sebab poligami Allah dan Rasul telah halalkan, jadi mana mungkin isteri solehah menolak poligami. Jadi kaum wanita kena jaga bab ini, jaga kata kata, jangan sampai menolak ketetapan Allah.
Cemburu itu sifatnya manusia. Kita suami pasti cemburu jika orang lain pandang isteri semacam. Hatta isteri isteri Nabi s.a.w juga ada sifat cemburu.
Yang ramai tidak bersetuju itu bukan tentang hukum tetapi apabila awak dapat isteri baru, awak jadi penipu, awak abaikan nafaqah, perasaan dan emosi anak-anak.
Ads
Setiap bulan outstation kata awak cari rezeki,tapi duit selalu tak cukup, sehinggakan ada isteri terpaksa membanting tulang pula untuk mencari rezeki menyara keluarga.
Sebaik Suami Meninggal, 4 Isteri Tiba-tiba Datang Tuntut Hak
Pernah berlaku apabila si suami meninggal dunia berderet anak ditinggalkan. Isteri pertama tercengang rupanya ada isteri lain datang menuntuk hak.
Bukan 2, tetapi 4. Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini kononnya mahu amal satu sunnah,penghujung jadi punah.
Jangan samakan poligami kita dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jauh jarak langit dengan bumi. Poligami Rasulullah adalah dari perintah Allah. Bahkan perkahwinan dengan Aisyah R.A adalah satu perintah Allah. Dan setiap isteri-isteri Nabi S.a.W adalah wanita yang sangat penting dalam menyebarkan dakwah Baginda.
Jadilah Pendengar Yang Baik Terhadap Semua Isteri
Jika ditaarifkan, sebenarnya Poligami itu indah. Isteri pertama berpantang, isteri-isteri lain datang berkhidmat. Sorang buat jamu, sorang masak kat dapur, sorang ajar ilmu penyusuan dan kemaskan rumah. Suami pula mencari rezeki untuk keluarga besar.
Suami setiap hari berusaha bagaimana mahu tunaikan tanggungjawab setiap isteri dengan saksama. Tiada masa untuk melepak sehingga larut malam. Sentiasa jadi pendengar yang baik terhadap semua isteri.
Ads
Suasana ini pernah saya lihat seorang guru pondok suatu ketika dahulu. Bahkan Sehingga sekarang masih kekal keluarga mereka,bertambah besar pula pondok beliau.
Namun sayang, hari ini tidak ramai mampu berbuat demikian, nak jadi imam solat berjemaah bersama keluarga lagi tak mampu,itu belum berbicara hal solat berjemaah di masjid. Entah bila kali terakhir solat subuh di masjid. Tapi sembang bab poligami,hadith Quran bukan main hafal.
Suami Bercakap Benarlah Kepada Isteri
Ada juga yang kadang-kadang itu berjenaka ‘mengugut’ isteri mahu kahwin lain disebabkan tidak pandai menguruskan rumahtangga.
“Rumah selalu bersepah, tak pandai masak, saya kahwin lagi sorang baru awak tau!”
Sering berlaku di kalangan rakan-rakan saya yang berpoligami, setiap hari fikir bagaimana mahu mencari helah untuk ke rumah isteri baru. Tapi Kebanyakkannya berakhir dengan kemusnahan, huru hara. Paling sedih kebajikan terhadap anak anak terabai, perniagaan merudum.
Ads
Ingat, poligami itu satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menyelamatkan orang lain, bukan satu sandiwara untuk melayan kehendak nafsu semata.
Jika mahu jadi suami sejati, jadilah suami yang taat الله dan rasul. Bercakaplah benar kepada isteri, pergilah mahkamah, di sana kita akan lihat sejauh mana tahap kemampuan kita. Bukan pergi di hadapan kaabah!.
Ini isteri sorang pun sewa rumah asyik tertunggak, belanja sekolah anak anak isteri yang tanggung, hutang atas bawah depan belakang. Ada hati nak tambah isteri.
Jangan Kerana Berpoligami, Kita Di Azab Di Akhirat
Di zaman ini cukuplah menjadi suami yang berusaha untuk bawa isteri dan anak-anak kepada agama yang sempurna. Pikul amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Cukup dengan kita bahagiakan keluarga yang ada sekarang.
Kita sibuk berbicara hal poligami, tapi bagaimana anak anak kita di rumah, bagaimana agama mereka, solat mereka, pergaulan mereka.
Pernah orang alim pesan kepada saya. Jangan kerana berpoligami kita di azab di akhirat. Dan, jangan kerana berpoligami jauhkan kita dari rahmat Allah. Jangan kerana berpoligami terabai mendidik anak-anak. Jangan kerana berpoligami sunnah Nabi s.a.w diperlekeh, dihina, dipandang rendah.
MW : Kalaulah suami dapat selami sedalamnya isi hati isteri pertama.. jangankan buat, fikirpun suami takkan sampai hati.
Mak-mak, letih macam mana sekali pun, bila balik kerja mesti terus tuju ke dapur. Keluarkan lauk basah mana yang patut untuk di masak. Dalam perjalanan lagi, ligat kepala dok fikir nak masak apa untuk malam nie.
Walaupun lauk pauk agak ringkas tetapi suami dan anak-anak tetap berselera. Itu boleh dikategorikan sebagai mak-mak yang rajin. Ada juga mak-mak dan isteri yang sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan mengemas rumah.
Katanya mengemas waktu pagi cukup menenangkan sebab anak-anak tidak kacau dan boleh lakukan kerja dengan senang dan lancar. Tak kisahlah mata mengantuk, yang penting rumah terjaga.
Bagaimana pula dengan mak-mak atau isteri yang malas. Balik rumah terus mengadap telefon. Anak-anak dibiarkan bermain di ruang tamu dan suami pula dibiarkan menonton televisyen sambil melihat karenah anak-anak.
Nak tahu isteri dan mak-mak pemalas, cuba perhatikan ini:
BERSELERAK
Rumah terlalu kemas, kadang-kadang tetamu datang pun risau nak sentuh itu dan ini. Anak-anak apatah lagi. Tetapi bagaimana kalau seitap kali balik rumah, suami lihat rumah tak bersapu sampah, pinggang mangkuk tak di basuh.. Ini belum lagi bilik tidur yang tidak dikemas.
ANAK TIDAK TERURUS
Anak yang aktif tidak bermakna mereka perlu dibersihkan setiap masa. Namun, jika aktif pun janganlah sampai tidak dibersihkan pula. Kadang-kadang, biarkan anak-anak mengambil sendiri pakaian mereka dalam almari hinggakan pakaian tidak tersusun. Ada juga yang isteri atau mak yang tidak kisah anak memakai pakaian apa sekalipun, walaupun ada yang sudah terkoyak.
MENGHADAP TELEFON DAN TENGOK TV
Bersantai sangat di depan televisyen sambil menonton rancangan kesukaan. Puas menonton televisyen, masuk bili sambung dengn telefon pula. Langsung tidak kisah dengan padangan mata pada penjuru bilik yang penuh dengan pakaian kotor tidak dicuci.
SUAMI TAK TERJAGA
Sesetengah isteri sangat cerewet dengan penampilan suami. Tetapi ada juga isteri yang langusng tidak ambil tahu tentang penampilan suami. Yang penting dia seorang sahaja nampak cantik. Kalau anda seorang yang cerewet dengan penampilan suami, beruntunglah suami kerana isteri dapat mengurusan suami dengan baik.
Namun, jangan terkejut, bila anda tidak ambil tahu tentang suami sehingga suami mula pasang lain. Jangan salahkan suami pula.
Percayalah, isteri yang rajin akan menjadi kebanggaan suami! Tapi suami pun kenalah bantu, jangan harapkan isteri sorang je! Betul tak para suami?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebaiknya perlu kawal pelajar sekolah kebangsaan dan didiklah ibu ayah dulu sebelum nak kawal sekolah tahfiz, inilah isu yang masih belum tamat disebabkan kes kebakaran baru-baru ini yang berpunca daripada kes balas dendam di kalangan remaja. Untuk bacaan penuh daripada pandangan Ustaz Hanafi, baca perkongsian ini…
Rasanya tak penting sangat kawal Sekolah Tahfiz, rasanya lah.. rasa je..
Yang tersangat penting ialah kawal pelajar Sekolah Kebangsaan dan didiklah ibu ayahnya.
1. Kenapa mereka ponteng. 2. Kenapa mereka bermasalah. 3. Kenapa mereka ganas. 4. Kenapa mereka dibuang sekolah. 5. Ke mana mereka selepas dibuang sekolah. 6. Ke mana remaja lepasan sekolah.
BUkan semua bermasala, ramai yang ok.
Ustaz… ini isu kebakaran dan keselamatan.
Alhamdulillah terima kasih fikirkan keselamatan kami.
Cuma fikirkan lah dan bertindaklah untuk selamatkan pelajar atau bekas pelajar sekolah kebangsaan atau sistemnya yang sedang musnah dan terbakar.
Sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan semakin goyang, anak-anak semakin tenat. Guru-guru semakin penat, masyarakat semakin melarat sebab keluarga tak bahagia. Sebab ayah tak pandai jaga, sebab tak ada ilmu , sebab tak belajar. Dari Al-Quran sebagai panduan hidup.
Maka kerajaan kena wajibkan ibu bapa atau pasangan nak berkahwin ambil kursus KEIBUBAPAAN sebagaimana kursus kahwin dan beritahu pada semua suami atau lelaki wajib faham dan amal apa yang disuruh oleh Allah dalam Al Quran.
Sehingga berapa ramai bekas pelajar bermasalah sekolah kebangsaan di hantar ke Sekolah Tahfiz untuk di Tarbiyah, akhirnya mendatangkan masalah pada Sekolah Tahfiz.
Sekolah Tahfiz tak sempurna, kekurangan bantuan. Maka bantulah bukan dipantau. Kalau tak selamat, selamatkanlah.
Kehilangan nyawa kerana menuntut ilmu lebih Mulia kehilangan nyawa ketika merempit.
Media sosial ini boleh jadi medan pahala, boleh jadi juga medan kumpul dosa. Sebab itulah, pengguna itu sendiri mahu pilih yang mana. Jika sisi positif yang dipilih, maka positiflah ia. Pesanan Guru Kaunseling ini ada banyak benarnya, tentang ketahanan hati seseorang apabila nampak posting orang lain di media sosial.
Kerana, bagi Abdul Muiez Ruslee ini apabila seseorang itu melatih diri untuk menulis yang baik-baik setiap kali melihat perkongsian orang lain, dia juga sebenarnya sedang mendoakan orang lain. Dalam masa yang sama mendoakan untuk dirinya sendiri.
Nampak Orang Pergi Korea, Saya Berdoa Dalam Hati
Sekitar tahun 2005 dulu, saya nak pergi umrah. Tapi visa tak lepas.
Seronok betul tengok orang pergi umrah. Perlahan-lahan saya doa dalam hati. Semoga satu hari nanti, saya pun dapat pergi macam orang lain pergi.
Lima tahun lepastu, saya dihubungi seseorang. “Muiez nak pergi umrah tak? Bawa jemaah.”
Allahu akbar. Siapa sangka, Allah bagi peluang dengan cara yang tak disangka dan sudah tentu pada waktu yang terbaik.
Beberapa tahun lepas, saya pernah rancang nak pergi Korea dengan keluarga. Dah bayar deposit. Bila kira-kira balik, macam tak sempat kumpul duit sampai hujung tahun. Saya tarik balik deposit tu.
Bila tengok orang pergi Korea, saya berdoa dalam hati. Semoga dapat juga pergi Korea macam orang lain.
Tahun lepas, saya dihubungi seseorang. “Abang Muiez nak pergi Korea tak? Bawa orang. Percuma saja. Siap dapat gaji lagi.”
Allahu akbar. Sekali lagi peluang datang tanpa disangka.
Kita Tengok Orang Kongsi Apa-apa Di Media Sosial, Elak Tulis Begini
Bila tengok orang dapat itu ini, saya pun berdoa semoga saya dapat macam orang lain juga. Alhamdulillah, ada saja jalan yang Allah lorongkan untuk saya dapat macam orang lain.
Kalau kita tengok orang kongsi apa-apa dalam media sosial, cuba halang diri daripada menulis begini.
“Kau kaya tak apalah.”
“Alah, benda tu bukan boleh bawa mati.”
“Nak menunjuk lah tu.”
“Dapat duit entah dari sumber mana, lepastu nak menunjuk pula.”
Cuba latih diri kita menulis begini.
“Ya Allah. Seronoknya. Semoga satu hari nanti aku pun akan dapat macam dia.”
“Tahniah. Doakan saya ya. Saya pun nak macam ni satu hari nanti.”
“Mohon kawan-kawan yang baca komen ni, doakan sama-sama supaya kita pun akan dapat macam dia.”
Cuba kita renung balik sepanjang hidup kita. Pernah tak kita dapat, satu benda yang kita nak tapi tak sangka kita akan dapat? Ada saja jalan yang Allah tunjukkan untuk kita dapat benda tu. Malah dari jalan-jalan yang tak disangka.
“Aku saja je masuk peraduan ni. Hantar satu penyertaan saja. Tak sangka boleh menang iPad.”
“Tak sangka. Datang kedai ni nak beli baju sekolah. Tiba-tiba menang telefon sebagai pengunjung bertuah. Lama sangat dah nak pakai telefon ni.”
“Tak pernah pergi Langkawi. Tengok kawan-kawan pergi, cemburu pun ada. Tiba-tiba abang ipar belanja kami satu keluarga. Syukur.”
“Tak pernah makan musang king seumur hidup. Tiba-tiba dapat moratorium. Syukur.”
Stop wishing, start doing. Doa-doakan, mudah-mudahan impian kita akan menjadi kenyataan.
MW : Banyak benarnya, sebab itulah bila nampak posting orang lain tulis, doakan lah yang baik-baik.
Warga emas tegur remaja main motosikal maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.