Bab guna harta “suami” ini jangan ambil mudah. Walaupun dia anak lelaki anda atau  adik kandung sekali pun, kalau hendak menggunakan hartanya, perlu minta izin isterinya dahulu.
Tidak kiralah meminjam kereta mahu pun duit sekali pun perlulah mendapat kebenaran daripada isterinya dahulu.
Bukan apa jika sesuatu berlaku dan kos kerugiaan perlu ditanggung oleh anak atau adik lelaki hingga terjejas nafkah anak isteri, salah ya hukumnya.
Ikuti perkongsian peguam syarie ini, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli dan hadam sebaik-baiknya iya mak,ayah. Jangan sesekali pandang ringan.

Ahli Keluarga Suami Wajib Minta Izin

Bila sudah berkahwin ini, mana-mana ahli keluarga sebelah suami kalau hendak guna apa-apa harta suami itu kena minta izin daripada isteri dia dulu. Tahu sebab apa?
Sebab itu aset suami dia. Dan kalau jadi apa-apa pada aset suami dia itu sebagai contoh hilang, rosak atau benda-benda yang menyebabkan suami itu kena keluarkan kos untuk baik pulih aset tu, itu dah dikira sudah terguna bahagian atau hak isteri itu.
Kenapa jadi macam itu?
Sebab kebajikan atau nafkah isteri dan anak itu nanti akan terkesan mungkin jadi kurang atau terpaksa berhutang atau terus akan hilang duit untuk menafkahi keluarga.
Artikel berkaitan:
Info lebih menarik, klik saja di sini. 

Ahli Keluarga Suami Kena Tahu Hukum

Sebab itu kalau tak tau hukum, belajar. Dah tahu pulak jangan cepat sangat menghukum.
Banyak sangat punca penceraian sekarang ini melibatkan campur tangan ipar-duai atau pihak ketiga. Kalau campur tangan untuk membaik pulih hubungan oklah juga. Tapi banyaknya campur tangan untuk menghancurkan lagi hubungan.
Jika KELUARGA Suami Nak Guna Harta DIA, Wajib MINTA Izin Daripada Isterinya DAHULU
Elakkanlah jadi punca yang kedua itu iya.
MW: Bersyukur kalau dikurniakan keluarga mertua dan ipar-duai yang memahami dan faham hukum serta hak seorang “isteri”. Jika tidak pasti makan hati, jadi renung-renungkanlah iya.
Sumber: Rabiatul Adawiyah Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI