Bila bekerja sendiri pendapatan tak menentu, kena mencarum sendiri untuk simpanan peribadi.Jjadi bila Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) nak bagi RM250 ni, ia salah satu peluang yang mak-mak kena direbut! Peluang ni orang makan gaji pun tak dapat tau.Tapi kena pastikan diri layak ke tak sebab bukan semua orang boleh mencarum dalam skim ini. Sebab ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi.
Apa Itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?
Merujuk kepada Laman web KWSP, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
Apa Pula Definisi Bekerja Sendiri Dan Tiada Pendapatan Tetap?
Di antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap adalah:
- Petani / nelayan / pemandu teksi
- Peniaga kecil / penjaja / peniaga pasar malam / peniaga uptown
- Baby-sitter
- Ejen menerima komisyen seperti ejen insurans/takaful dan ejen hartanah
- Freelancer seperti menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding
- Pemilik perniagaan samada pemilik tunggal atau rakan kongsi yang membeli dan menjual barangan serta perkhidmatan
- Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
- Pemilik praktis sendiri seperti akauntan, doktor dan peguam
- Surirumah
- Pekerja Berpencen
Syarat-Syarat Kelayakan Lain:
- Warganegara Malaysia
- “Orang Yang Bekerja Sendiri” ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
- Merupakan ahli KWSP; DAN
- Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M)
Kena Simpan RM1,667 Baru Layak Dapat RM250 Setahun
Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022.
Jadi kalau nak dapat maksimum RM250 setahun tersebut, kena pastikan anda ada simpanan sebanyak RM1,667 dalam Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia ini.
2 Langkah Mudah Nak Mencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia:
1.Muat turun Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia [KWSP 16G (1M) atau walk-in mana-mana cawangan KWSP dan isi borang tersebut
2.Isi Borang KWSP 6A(2) dan buat bayaran minima RM50
Mudah bukan? Nak lagi senang, masukkan terus RM1,667. Kemudian tunggu setahun, dividen dapat, RM250 pun dapat.
Kalau tak nak bayar lump sum, pastikan anda membuat caruman bulanan. Guna perbankan internet dengan Maybank dan Public Bank pun boleh.
Mudah Saja Nak Dapat RM250 Daripada KWSP
Alhamdulillah, cukup mudah hanya dengan dua langkah saja dah boleh melayakkan anda dapat RM250 daripada KWSP melalui Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.
Sumber: majalahlabur
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI